Thursday, September 30, 2010

PRK DUN Galas masing-masing bercita menggalas kemenangan


DUN Galas akan menghadapi satu PRK selepas kematian Wakil Rakyatnya Gemuloh Che Hashim Sulaima dari PAS. SPR khabarnya akan bermesyuarat pada Rahu ini (6 Oktober) bagi menentukan hari penamaan calon dan juga hari pengundian. Mengikut Dato' Wan Omar dari SPR beberapa perkara akan diambil kira bagi menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian seperti hari perayaan dan juga aktiviti parti.

Melihat pada keadaan itu kemungkinan besar pengundian akan berlangsung akhir bulan Oktober atau awal November. In kerana pada awal Oktober iaitu 5 Oktober Hari Depavali bagi penganut Hindu dan pertengahan Oktober (17 dan 18 Oktober) Hari Raya Haji bagi umat Islam. Sama ada penghujung Oktober atau awal November maknanya PRK tersebut dalam musim tengkujuh dan kemungkinan hujan lebat turun ataupun banjir. Untuk itu semua parti politik perlu mengelakkan sebarang bentuk poster daripada kertas sebaliknya lebih baik ianya dari plastik di musim begini. Kalau poster dari kertas alamat tak lama akan koyak rabak.

UMNO nampaknya terkedepan dalam mengumumkan Pengarah PRK ini dengan menamakan YB Tengku Razaleigh Hamzah Ahli Parlimen Gua Musang sebagai pengarah PRK ini. Dan PAS nampaknya belum lagi mengumumkan pengarahnya. Samada TPM ingin mengelakkan mengambil tanggunmgjawab selaku pengarah atau memberi penghormatan pada Ku Li tidak dapat dipastikan. Khabarnya juga KU LI yang masa kini berada di London dikatakan menerima perlantikan itu. Itu menurut sumber dari UMNO sendiri.

Kita dapat mengandaikan dua tiga perkara bila Ku Li dipilih sebagai Pengarah PRK ini. Pertamanya jika Galas kalah pada PAS, yang bakal dipersalah adalah Ku LI dan akan disifatkan pengaruh KU Li telah berkurangan dan ini memungkinkan UMNO mencicirkan nama Ku Li untuk bertanding sebagai calon Parlimen Gua Musang dalam PRU13nanti. TPM yang secara tradisinya menjadi Pengarah PRK kecil juga dapat berselindung disebalik Ku Li jika kalah. Itu congak jika kalah, tetapi jika menang...tak timbul peranan kuatKU Li tetapi akan dibesarkan kerjasama semua pihak dalam UMNO yang memunmgkinkan menang.

Kemenangan UMNO itu juga nanti bergantung pada sejauh mana "autonomi" yang diberikan pada Ku Li untuk memimpin dan mengarah dalam PRK ini.Kalau setakat "pengarah kosong" sahaja tanpa kuasa kawalan peruntukan dan juga logistik dan sebagainya, mungkin peranan beliau tidak akan menonjol. Dan kalau peranan beliau tidak menonjol, kemungkinan besar UMNO akan kalah.

Pada hemat saya bagi PRK Galas ini, selain faktor Ku LI tadi faktor calon juga akan memberi implikasi besar dalam menentukan menang-kalah parti-parti yang akan bertanding. Takkan Ku Li sanggup menjadi calon DUN pula sedangkan dia telah jadi Ahli Parlimen, kecualilah UMNO nak sangat dia jadi calon macam kes di Bagan Pinang tempoh hari bagi memastikan kemenangan berpihak pada UMNO. Buat masa ini adalah dikirakan 50-50 bagi kedua-dua pihak UMNO dan PAS.

Pengarah PRK bagi pihak PAS juga akan menentukan hala tuju dan taktik bagi PAS memenangi PRK ini. Perlu diingatkan Galas mempunyai pengundi campuran 3 kelompok besar iaitu Melayu, Orang Asal dan Cina. Kalau mengikut trend sekarang 80% pengundi Cina kira-kira 1,900 orang akan memihak pada Pakatan Rakyat- PAS. Jadi PAS perlu mendapatkan 50% undi dari pengundi Melayu dan Orang Asal untuk menang. Itu perkiraan atas kertas. Di lapangan mungkin lain perkiraannya.

Monday, September 27, 2010

Beranikah Ibrahim Ali berhadapan Nazri ?


Saya rasakan ramai yang arif dengan 2 tokoh politik Datuk Nazri Aziz dan juga Datuk Ibrahim Ali. Kedua-duanya disifatkan jagoan dan sedikit panas baran. Pada 25 september lalu Ibrahin telah membawa Dr.Mahathir ke Pasir Mas dalam satu majlis PERKASA . Dalam majlis itulah Dr.Mahathir telah menempelak PAS dan kepimpinannya terutama Tok Guru MB, begitu juga Ibrahim yang menyatakan kalau dia jadi MB, Kelantan akan lebih maju.

Nampaknya bukan rahsia lagi cita-cita Ibrahim nak jadi MB Kelantan. Seorang kawan saya berkatan, Ibrahim perlu belajar agama dengan mendalam dulu sebelum dapat jadi MB kerana orang-orang Kelantan mahukan MB Kelantan dari kalangan alim ulama atau kepimpinan yang tahu agama.

Berbalik pada cercaan Mahathir pada Tok Guru dan PAS, nampaknya dia hanya membedil bom asap sahaja dan tidak memberi bekas pun. Malah bukan PAS yang terkena bedilan asap itu tetapi ia terbias pada UMNO. jadi tak payahlah PAS menangguk di air keruh lagi kerana sememangnya UMNO akan sentiasa "keruh dan berselut". Mana tidaknya Mahathir adalah ahli UMNO, yang dia bantai di samping PAS, dia juga bantai UMNO dan Menteri UMNO- Nazri Aziz.

Ada seorang kawan saya ahli UMNO menggeleng kepala...yang hadir atas pentas kebanyakannya ahli UMNO...dan ada ahli MT UMNO, tetapi bertepuk tangan dan bersorak bila Mahathir bantai UMNO. Heran kawan saya itu. Ibrahim Ali tak apalah, dia bukan ahli UMNO, tetapi yang ahli PERKASA lain yang masih ahli UMNO turut "boo" parti UMNO sendiri bila Mahathir bantai.

Dan sebagai membalas gertak dari Ibrahim Ali, Nazri Aziz hari ini mencabar Ibrahim Ali supaya mendedahkan "rahsia" yang Ibrahim kata dia tahu semua DNA mereka. Setakat ini cabaran Nazri belum disambut Ibrahim.

Tetapi melihatkan Ibrahim membawa Dr.Mahathir, rasanya dia tidak "seberani" disangkakan kerana dia "asyik berselindung" disebalik Mahathir. Kalau tidak telah lama Ibrahim ditunjuk jalan keluar dari arena politik oleh kepimpinan atasan masa ini. wallahu a'lam.

(dibawah petikan dari m'sian insider)

Sila dedah rahsia saya, Nazri cabar Ibrahim Ali
Oleh Shazwan Mustafa Kamal September 27, 2010

Ibrahim mendakwa beliau “mengetahui DNA” pemimpin-pemimpin Umno yang membidas Perkasa. — Gambar failKUALA LUMPUR, 27 Sept — Datuk Seri Nazri Aziz, yang secara konsisten mengkritik Perkasa dan kepimpinannya, mencabar Datuk Ibrahim Ali, yang memberi amaran kepada tiga pemimpin kanan Umno termasuknya dirinya, supaya mendedahkan apa saja rahsia yang beliau dakwa ada sekarang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini menegaskan, ugutan Ibrahim kelmarin sama sekali tidak membimbangkannya, sebaliknya tindakan wakil rakyat Bebas itu memperkuatkan beliau dalam menentang sikap “rasisme” yang dibawa oleh Perkasa.

“Saya mahu Ibrahim Ali mendedahkan apa saja rahsia yang beliau ada tentang diri saya. Saya mencabar beliau.

“Lebih baik beliau mendedahkan secepat mungkin kerana saya akan terus menyerang Perkasa dan saya akan terus melawan beliau,” kata Nazri kepada The Malaysian Insider.

Di Pasir Mas kelmarin, Ibrahim memberi amaran kepada tiga pemimpin Umno supaya tidak lagi mempersoalkan perjuangan pertubuhan Melayu itu yang ditubuhkan dua tahun lalu untuk mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu.

Ketiga-tiga pemimpin tersebut adalah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Nazri dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Ketiga-tiga pemimpin tersebut pernah mendakwa Perkasa boleh menjadi punca kepada BN kehilangan sokongan dalam pilihan raya umum ke-13.

“Saya kenal siapa mereka, mereka sepatutnya tidak salahkan Perkasa,” kata beliau sambil mendakwa, “Saya tahu DNA mereka.”

“Kalau saya dedahkan nanti, jadi berperang pula,” kata Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.

“Jadi lebih baik cukup sampai di sini sahaja,” katanya.

Nazri kelihatan lantang dalam menzahirkan pendiriannya sejak kebelakangan ini berhubung tindak tanduk Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan dua tahun lalu, menghakis sokongan Barisan Nasional (BN) khususnya di kalangan bukan Melayu.

Bagaimanapun Ibrahim dalam perhimpunan Perkasa di Pasir Mas kelmarin juga mendakwa pandangan ketiga-tiga pemimpin Umno itu berbeza daripada pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden mereka.

“Adakah Ibrahim Ali tahu apa itu konsep 1 Malaysia? Jika kita bercakap dalam bahasa yang sama seperti Perdana Menteri, jadi mengapa kami menyokong konsep 1 Malaysia? Bagaimana, beliau lebih mengetahui berbanding saya? Tolong lah,” kata Nazri.

Ahli Parlimen Padang Rengas ini berkata Ibrahim, bekas ahli Umno, memerlukan penelitian realiti untuk memahami siapa dalam kerajaan dan siapa yang memimpin pertubuhan bukan kerajaan.

“Siapa dalam Kabinet? Siapa yang menganggotai Majlis Tertinggi, dan siapa dalam Umno? Sudah tentu bukan Ibrahim Ali,” kata beliau.

“Dedahkan apa sahaja yang anda ada, silakan. Dedahkan, saya cabar anda,” tambah ketua bahagian Umno ini.

Nazri bersama dengan Khairy dan Tengku Adnan secara konsisten melahirkan pendirian Umno mesti menjauhkan diri daripada Perkasa pimpinan Ibrahim.

Khairy berpegang pada pendirian bahawa BN akan kehilangan sokongan bukan Melayu sekiranya ia dengan segera tidak menjauhkan diri daripada Perkasa.

Bagaimanapun Perkasa menerima sokongan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga merupakan penaung mereka.

Dr Mahathir menghadiri perhimpunan Pasir Mas kelmarin.

Al-Fatihah, ADUN Galas meninggal dunia


Pertamanya Al-Fatihah untuk Allahyaham ADUN Galas dalam parlimen Gua Musang yang telah kembali ke Rahmatullah pada petang tadi di Kampung Baru Medical Center, Kuala Lumpur. Semoga ruh Allahyarham ditempatkan di kaloangan orang-orang soleh. Takziah juga diucapkan pada ahli keluarga Allahyarham di atas ujian Allah ini semoga tabah menghadapinya.

Dan pastinya satu lagi PRK bagi DUN ini akan diadakan dalam masa terdekat. Pihak SPR rasanya tidak menjadi masalah menguruskannya dan sementelahan ianya akibat berlakunya kematian. Ini kerana dalam kes Kota Siputeh di Kedah, ia agak liat diadakan dan kebetulannya disebabkan Speaker Dewan yang mengisytiharkan kekosongan dan ianya masih menjadi urusan di mahkamah.

Bagi pentadbiran PAS Kelantan, tidak ada pa-apa perlu dirisaukan kerana DUN Kelantan berada dalam zon selesa kalaupun Galas ditakdirkan terlepas dalam PRK itu nanti. Namun bagi menjaga 'semangat' ahli parti PAS tetap akan cuba pertahankan kerusi tersebut daripada diambil UMNO. Kekuatan kedua-dua parti nampaknya seimbang di sini dan faktor calon akan menentukannya.

Dan satu lagi faktornya ialah YB Ku Li dalam keadaan sekarang agak 'renggang' dengan UMNO Pusat dan iniboleh menjadi faktor juga yang memberi kelebihan pada PAS. Cuma rasanya PRK itu nanti akan berlangsung dalam suasana musim hujan, kalaupun tidak banjir . Ini kerana bulan Oktober hingga Disember merupakan musim tengkujuh bagi Kelantan dan kawasan Galas termasuk kawasan Hulu Kelantan kebiasaannya menerima tadahan hujan yang lebat pada musim ini.

(di bawah petikan dari Malaysiakini)

ADUN Galas, Che Hashim Sulaima, 48, yang menghidap barah usus meninggal dunia di Hospital Al-Islam Kampung Baru di Kuala Lumpur pada 4.30 petang tadi.

Perkara itu disahkan oleh naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menerusi twitternya sebentar tadi.

Pada 26 Julai lalu, beliau dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Pakar Perdana di Kota Bharu, tetapi kemudiannya dibenarkan pulang.

Che Hashim dimasukkan Hospital Pakar Perdana itu, selepas tiga hari pulang daripada membuat rawatan kemoterapi di China selama 10 hari.

Beliau disahkan menghidap penyakit tersebut sejak Mei tahun lalu selepas batuk mengeluarkan darah.

Susulan itu beliau menjalani pembedahan di The First People's Hospital Fu San, Beijing selepas menerima rawatan di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur selama tiga bulan.

Keadaan kesihatannya agak serius sebelum itu. Kepulangannya daripada menjalani rawatan di China tahun lepas disambut wakil-wakil rakyat dan penduduk Gua Musang.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Mac lalu beliau turut hadir. Bagaimanapun pada persidangan Jun lalu beliau mohon bercuti.

Allahyarham memenangi kerusi Galas dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum yang lalu dengan mengalahkan calon BN, Saufi Deraman.

Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN, Saufi yang mendapat 3,753 undi.

Galas adalah DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain DUN Nenggiri dan Paloh.

Sementara itu, di Rantau Panjang, Speaker DUN Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud, berkata beliau akan menulis surat kepada SPR sebaik menerima sijil kematian Allahyarham.

Tunggu sijil kematian

"Sebagaimana biasa laporan bertulis akan dibuat secepat mungkin sebaik menerima laporan kematian dari pihak keluarga atau pihak berwajib.

"Kita tunggu sijil kematian Allahyarham sebelum menulis surat kepada SPR bagi menyatakan kekosongan DUN Galas," katanya

Ini adalah kali ke-12 pilihan raya kecil terpaksa diadakan selepas pilihan raya umum 2008 berikutan kematian atau perletakan jawatan.

Sementara itu, jenazah Che Hashim sedang diuruskan di Masjid Jamek Kampung Baru, kata pembantu peribadinya Husin Embong.

Beberapa pemimpin tertinggi PAS dilihat menziarahi allahyarham di masjid itu, termasuk timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa, serta naib presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

"Selepas selesai dimandi, dikafan dan disembahyangkan, kita akan terus bertolak bawa jenazah ke Gua Musang," kata Husin ketika dihubungi.

Beliau menjangka, mereka akan bertolak membawa jenazah ke kampung halamannya di Kampung Kerinting, Gua Musang menjelang jam 7 malam.

Tambahnya, pimpinan PAS negeri serta warga Gua Musang akan menunggu ketibaan jenazah di Masjid Tengu Faiz Petra dan akan terus disemadikan di perkuburan berhampiran.

Allahyarham meninggalkan dua balu - Che Bongsu Jusoh dan Aida Zahari - serta 12 orang anak, yang turut berada di masjid itu hari ini
.

Sunday, September 26, 2010

Tahniah Chong Wei. Juara Japan Super Series 2010



Apabila kita terlalu mengharapkan kemenangan Datuk Lee Chong Wei ketika berdepan musuh tradisi Lin Dan dari China, seringkali harapan kita tak kesampaian. Baik di Kejohanan Dunia, Sukan Olimpik dan lain-lain apabila seluruh harapan rakyat Malaysia tertumpah untuk kemenangan Chong Wei ke atas Lin Dan seringkali tidak kesampaian. Lantas saya seringkali juga membuat perbandingan bahawa dari segi skill permainan, mereka setara hanya masalah "kekuatan mental" sahaja yang menjadi perbezaan.

Dalam Kejohanan Dunia lalu yang berlangsung di Kuala Lumpur, Chong Wei dengan mudah kecundang pada Lin Dan hinggakan Lin Dan terlalu gembira hingga "membuka baju" dan melemparkan kepada penonton tatkala Chong Wei tunduk layu kerana tidak dapat menggalas harapan rakyat dan peminat sukan Malaysia.

Pada waktu-waktu rakyat menunggu kemenangan dan media TV dan sebagainya menanti detik untuk merakam, seringkali gagal membuahkan impian. Apabila kita tidak terlalu mengharapkan pada pertemuan 2 jaguhan ini, ianya berpihak pada Chong Wei.

Pada hari ini 26 September 2010, Chong Wei berjaya muncul Juara Japan Super Series dengan menewaskan musuh tradisinya lin Dan dari China. Lihat tiada TV kita membuat liputan, dan ternyata dia berjaya menjadi Juara. Kalau dia bergelar Juara dengan menmewaskan orang lain kita tak kisah, tetepai berjaya menewaskan Lin Dan sepatutnya mengujakan kita semua. Dan saya juga tumpang gembira!

Lin Dan umpama Tekbok Besar China yang hanya dua tiga kali sahaja dapat dirobohkan oleh Chong Wei berbanding dengan kegagalannya pada Lin Dan. Dan kejayaan hari ini tentunya terlalu manis buat Chong Wei. Dilaporkan bahawa Chong Wei mengatasi Lin Dan dari China dengan 22-20,16-21 dan 21-17 dalam masa 1 jam 22 minit, satu pertarungan yang sengit. Dengan muncul Juara Japan Super Series ini Chong WEi membawa pulang US 200,000. Tahniah Chong Wei atas kemenangan ke atas Lin Dan itu.

KUALA LUMPUR, Sept 26 — World number one Datuk Lee Chong Wei defeated archrival Lin Dan of China in the final of the Japan Super Series 2010 at the Tokyo Metropolitan Gymnasium, Japan today.

According to http://www.tournamentsoftware.com Chong Wei took an hour and 22 minutes before finally overcoming Lin Dan 22-20, 16-21, 21-17 to bag the championship and the US$200,000 (RM610,000) purse.

Meanwhile, Malaysia’s top doubles pair Koo Kien Keat/Tan Boon Heong lost to Cai Yun/Fu Haifeng of China 21-18, 14-21, 12-21 in the men’s doubles final.

Other Malaysians consisting of men’s singles Muhammad Hafiz Hashim and men’s doubles Mak Hee Chun/ Tan Wee Kiong had early exits from the championship. — Bernama

Saturday, September 25, 2010

Dr M di Majlis PERKASA Pasir Mas, UMNO yang lemas!


Pada hari ini 25 September 2010, Tun Dr. Mahathir Mohamad buat sekian kalinya mengunjungi Kelantan sejak 4 tahun lalu yang mana dalam kunjungan 4 tahun lalu itu beliau "terkena semburan" bahan yang memedihkan mata! Pada hari ini tiada lagi kes tersebut dan syabas pada pasukan keselamatan lapangan terbang.

Seperti biasa di Majlis PERKASA, Dr.Mahathir akan terus bercakap berkaitan kepentingan orang Melayu dari kaca matanya. Dan di samping itu turut memperlekeh PAS Kelantan termasuk Tok Guru Menteri Besarnya. INilah yang membuatkan UMNO lemas. Kalau Dr. Mahathir bercakap pasal Melayu sahaja tidak apa, tetapi bila mengutuk PAS dan juga kepimpinannya dengan secara semberono tanpa fakta akan menyebabkan pihak UMNO kelemasan! Kerana dalam politik di Kelantan lawan PAS adalah UMNO bukannya PERKASA...kerana PERKASA buat masa ini bukan lagi entiti parti politik.

Dalam majlis yang dihadiri Dr. Matahir di Pasir Mas tadi dilaporkan 5,000 orang hadir yang antara lainnya datang dari Terengganu, Perak dan sebagainya. Kalau sebanyak itu sahaja yang hadir, setiap pagi jumaat di Medan Ilmu, tempat Tok Guru Menteri Besar Kelantan memberi kuliah pun ada sekitar 5000 orang. Itu tanpa hebahan, tanpa ajakan dan yang datang itu untuk menadah ilmu dari Tok Guru datangnya sejauh dari Gua Musang dan juga Besut, Terengganu.

Saya rasakan apabila kedatangan Dr. Nahathir pada majlis itu yang kemudian "menyerang" MB dan kepimpinan PAS tidak berapa kena dan tidak memberi keselesaan pada UMNO Kelantan. Ianya bukan memberi "mileage" tetapi 'memudaratkan' UMNO Kelantan lagi. Cuma munmgkin bagi Datuk Ibrahim Ali, boleh rasa bangga dengan kehadiran Dr. Mahathir ke majlisnya itu, bagaimanapun tidak memberikan "kemenangan" pada Ibrahim jika PRU13 dia bertanding di Pasir Mas. Sama ada Ibrahim bertanding lawan UMNO dan PAS 3 penjuru atau Ibrahim diberi laluan oleh UMNO untuk lawan PAS; Ibrahim akan tetap rebah!

Ini kerana 'tempelak' Dr Mahathir hari ini tidak akan sedikit pun mencalarkan peribadi Tok Guru MB kerana umum lebih mengetahui akan kebenarannya.“Nowadays Nik Aziz allows everything. If a person wants to raise a pig farm next to Malay house, he said that it is permissible because the Quran only forbids us to eat pork. Willingness to allow what the opposition party is doing has caused Nik Aziz to make interpretations which are against Islamic teachings,” he said at the Perkasa rally held a few kilometres from the state capital Kota Baru.

Kata-kata Dr. Mahathir itu boleh memberi kesan yang tidak baik pada diri Dr Mahathir sendiri yang membuat perbandingan liar sebegitu. Ini akan mengingatkan orang (jika orang Melayu tidak mudah lupa) pada kata-kata Dr. Mahathir bahawa Rasulullah tidak mencukur janggut kerana tidak ada pisau Gilet atau kata-kata Mahathir, ramai orang Melayu akan kudung tangan jika hudud dilaksanakan. Kata-kata Mahathir hari ini akan membelit dirinya sendiri seperti kata-kata lain beliau yang tidak "begitu cermat" itu.

Selain itu majlis hari ini juga beliau turut membelasah parti UMNO, partinya sendiri dan juga seorang Menteri Datuk Nazri Aziz yang tidak disukainya kerana sering mempertahankan kerajaan bila beliau mengkritik kerajaan sama ada semasa Tun Abdullah dahulu atau pun sekarang.

Apapun majlis Dr Mahathir di Pasir Mas hari ini tidak memberi apa-apa bekas pada kerajaan negeri Kelantan ataupun MB nya. Sedangkan semasa Dr.Mahathir menjadi PM dan juga menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan pun, Dr.Mahathir tidak dapat menewaskan Tok Guru MB Kelantan; apa lagi pada masa kini Dr Mahathir tanpa jawatan PM. Hanya Ibrahim Ali "menang sorak" dapat membawa Mahathir ke Kelantan. Itu sahaja. Dan UMNO tidak berani "menjentik" Ibrahim kerana ada Mahathir di belakangnya!

(di bawah dipaparkan sebhg.sedutan dari Malaysian Insider)

"Dr M: Nik Aziz compromises Islam for political power
By Asrul Hadi Abdullah SaniSeptember 25, 2010
Dr Mahathir says he is sad because the Malay people are not aware of the threat that faces them. — Picture by Jack OoiPASIR MAS, Sept 25 — Deep in the PAS heartland, Tun Dr Mahathir Mohamad labelled the party’s spiritual leader today as a religious sell-out for working with non-Muslims.

The former prime minister told a Perkasa rally here that the state’s Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat was willing to jeopardise PAS’s Islamic philosophy for political expediency.

“Nowadays Nik Aziz allows everything. If a person wants to raise a pig farm next to Malay house, he said that it is permissible because the Quran only forbids us to eat pork. Willingness to allow what the opposition party is doing has caused Nik Aziz to make interpretations which are against Islamic teachings,” he said at the Perkasa rally held a few kilometres from the state capital Kota Baru.

More than 5,000 people waited under the scorching sun at the car park of the Pasir Mas railway station, with buses bringing supporters from Perak, Terengganu and Selangor.

Banners praising Dr Mahathir as a national hero were put up around the station as organisers distributed Perkasa headwear and the Malay right-wing group’s paper Suara Perkasa.

Dr Mahathir arrived wearing a yellow traditional Malay headgear, tengkolok, with his wife Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali while accompanied by Perkasa chief Datuk Ibrahim Ali.

The former Umno president said the Malays are not aware of the political threat facing them and blamed power-hungry politicians for the dire state of the community.

“I am saddened because the Malay people are not aware of the threat that faces them. Today, the Malays are divided into three groups (PAS, PKR, Umno) and not one group can obtain a percentage of Malay votes that can give a win for the community.

“The reason why the Malays are split today is because there is a person who is obsessed in becoming the prime minister. He does not care and will support everything which is racist,” he said.

Dr Mahathir ridiculed PAS leaders, claiming that they are Muslims first and Malay second.

“There are also those who are ashamed in being Malay. They say that are only Malay by fate. They instead prefer to call themselves Muslims. Yes, we understand that they are Muslims but if they prioritise Islam then act like a Muslim.

“But today they are not willing to work with other Muslims especially in Umno. Instead they support people that used to say that we must cross their dead body to make this an Islamic country,” he said, referring to DAP chairman Karpal Singh’s comment that PAS has to cross over his “dead body” to set up an Islamic state.

He also condemned Nik Aziz’s willingness to forego the party’s Islamic principles in order to appease the DAP.

“However, leaders who used to ridicule Islam in Umno are now allowing everything because they want support. Until things which are not accepted by us, he (Nik Aziz) is willing to allow because he wants to get support from this opposition party,” he said.

He added that PAS’s co-operation with the DAP has led to Nik Aziz to make decisions which are un-Islamic.

“Because of this, the Malay community is split between Umno and PAS. When Umno wants to reunite the Malay community in one movement, they reject it. Instead they are willing to work with those who threatened their religion,” he said.

Dr Mahathir stressed that the Islamist party was willing to work with the “enemies of Islam” to capture federal power in the coming general election.

“Race has been push aside and religious practice relaxed so that they can co-operate with those that are clearly the enemies of Islam. This is the result of politics from someone who is too eager in becoming the government,” he said.

Dr Mahathir continued by criticising his own party, Umno, for becoming a puppet to other communities.

“Today, the Malays are divided into three teams (Umno, PKR, PAS) and these teams have worked hard to attract the support from the other communities. This is okay but when they are willing to become puppets in the government that is only represented by Muslims in name but they have to follow whatever orders from the other races. They are willing to seize the rights promised to the Malays,” he said.

Dr M: Melayu hilang kuasa kalau Pakatan memerintah?


Tajuk di atas sebenarnya telah lama diperkatakan di media dan juga forum khususnya selepas kekalahan BN-UMNO dalam PRU12 yang lalu. Malah sebelum itu lagi dalam sesi yang disifatkan sebagai "brain wash" dalam kursus BTN, para pegawai kerajaan seringkali disogokkan dengan isu ini sebagai satu "psi-war" bagi menakutkan pengundi Melayu supaya terus berpaut pada BN.

Semasa zaman "reformasi" lagi isu ini seakan menjadi satu "perbincangan" khusus dalam sesi kursus BTN. Mengikut pandangan kawan saya yang pernah jadi peserta yang pernah saya temui menyatakan "moderator" BTN khususnya yang tersdiri dari bekas pegawai polis (SB) yang mengendalikan perbincanagan sering kali timbulkan isu ini. Tetapi ada juga yang memberikan pandangan"Kontra" dengan apa yang diharapkan oleh moderator itu. Katanya, ada peserta yang agak berani khususnya dari agensi badan berkanun dengan menyatakan yang hilang kuasa itu orang Melayu atau Melayu UMNO.

Sifirnya mudah...mengikut kawan saya tadi, kalau Pakatan menguasai majoriti parlimen, sudah pasti MP UMNO yang akan menjadi pembangkang akan "lari" ke pihak yang menang atau dalam erti kata lain ramai MP UMNO akan "berhjrah" ke Pakatan dan ini akan menjadikan Melayu tetap majoriti. Malah kalau Melayu-UMNO yang bertanding "kalah" yang menang adalah "Melayu dari Pakatan" ; maka tetap Melayu juga. Yang pasti hilang kuasa UMNO dan Melayu UMNO kata kawan saya tadi. Terkedu moderator BTN bila ada jawapan sebegitu.

Jadi apabila Tun Dr.Mahathir berkata Melayu hilang kuasa dan suara kalau Pakatan memerintah, telah lama diperkatakan dahulu cuma diulang semula. Mungkin juga sedikit "kehilangan suara" tetapi nak kata hilang kuasa adalah sesuatu yang terlalu angkuh. Seolah-olah kita mengetahui apa yang bakal terjadi pada masa hadapan.

Apabila beliau membuat perbandingan dengan apa yang terjadi di Perak dan Pulau Pinang, bukannya satu perbandingan yang sepatutnya, Malah kita juga boleh menyoal semula apakah semasa Pulau Pinang dikuasai BN selama 50 tahun itu kedudukan orang Melayu semakin tahun semakin baik? apakah semasa BN kuasai Pulau Pinang, Ketua Menterinya Orang Melayu? Tidak!

Untuk itu sayugia dingati rakyat kini semakin "celik" dan jangan lagi mengandaikan mereka masih ditahap lama. Dalam dunia globalisasi kini, rakyat mendapat maklumat dari pelbagai sumber dan tidak lagi bergantung semata-mata pada akhbar arus perdana atau media elektronik milik kerajaan. Media baru kini menjadi punca maklumat dan luahan bicara yang ternyata sehingga kini gagal dikuasai BN-UMNO. Walaupun mereka mempunyai barisan apa yang dikatakan "cyber trooper" yang ramai tetapi nampaknya laman pro kerajaan tidak diminati penjenguk media baru ini kerana memaparkan isu yang "basi" dan tidak mesra pengguna.

Untuk itu cabaran YB Nurul Izzah untuk berdebat isu ini adalah baik. Dr. Mahathir bolehlah aturkan kalau dia sendiri berasa tidak "sepadan" untuk berdebat dengan Nurul Izzah, sekurang-kurangnya YB Datuk Mukhriz boleh mewakilinya. Mungkin juga elok didiskusikan isu ini bagi memperjelaskan lagi supaya ianya lebih jelas dan tidak menampakkan usaha menakutkan pengundi Melayu sahaja seperti disifatkan sesetengah pemimpin Pakatan. Adakah debat dan biarlah ianya jelas. wallahu a'lam.

(diselitkan di bawah sedikit petikan dari Malaysiakini)
Dr M: Melayu hilang kuasa jika Pakatan memerintah

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan bahawa orang Melayu bakal kehilangan kuasa dan suara jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara ini, lapor Umno-online.

Menurut Mahathir, apa yang dinyatakan itu bukan satu igauan tetapi telah menjadi kenyataan kerana perkara itu sudah pun berlaku di negeri Pakatan Rakyat.

Saturday, September 18, 2010

PERKASA: PM Najib hadapi dilema!


NGO PERKASA yang dipimpin Datuk Ibrahim Ali nampaknya setakat ini telah diberi liputan agak selesa khususnya oleh media masa tertentu. Perjuangannya juga agak menarik minat sesetengah golongan dalam UMNO untuk menyertai juga NGO ini. Malah mengikut kata YB Khairy Jamaluddin, 99% keahlian dalam PERKASA adalah terdiri dari kalangan ahli UMNO.

Pertelagahan antara PERKASA dan UMNO pada masa ini dilihat sesetengah pihak tidak lebih dari masalah dalaman UMNO. Pimpinan Pakatan Rakyat melihatnya sebagai satu 'sandiwara' sahaja dan tidak perlu mengambil perhatian. Ini kerana yang berbalah itu adalah dari 'kapal" yang sama. Betul juga kerana sebelum ini Khairy dan Ibrahim Ali "bertelagah" dan kemudian "berdamai" sementara dan kini "bertelagah" semula.

Pada kali ini Setiausaha Agung UMNO , Datuk Tengku Adnan mansur sendiri mengeluarkan kenyataan supaya pemimpin UMNO mengelakkan diri dari PERKASA dan bekerjasama dengan PERKASA. Di antara pimpinan lain yang agak terkedepan menentang PERKASA ialah Datuk Nazri Aziz, di samping Khairy sendiri.

Manakala sebelah pihak lagi Ibrahim Ali,Datuk Mukhriz Mahathir, Datuk Khir Toyo. Dan jangan lupa Tun Dr.Mahathir yang juga penaung PERKASA adalah orang paling kuat di belakang PERKASA. "Mohamad sendiri telah memberikan amaran bahawa Umno bakal kehilangan sokongan sekiranya ia bertindak memusuhi PERKASA". Bagaimanapun UMNO agak ragu-ragu bekerjasama dengan PERKASA kerana komponen BN nampaknya mencurigai perjuangan PERKASA yang disifatkan perkauman, walaupun PERKASA menyatakan perjuangannya masih dalam kerangka perlembagaan negara.

Pada hari ini Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali menggesa PM Datuk Najib menjelaskan sejelas-jelasnya 1Malaysia kepada masyarakat. Nampaknya PERKASA sedang menumpukan 'serangan pada PM' berkaitan isu 1Malaysia ini selepas kelmarin PM menyatakan di Sabah bahawa 1Malaysia bukanlah gagal.

Nampaknya PERKASA semakin "gagah" dan para jeneralnya semakin berani 'membantai" orang nombor satu. Dan PM pula nampaknya malu alah untuk menyerang balas PERKASA. Walaupun dalam blognya semalam PM ada menyatakan penentangan kerajaan pada puak pelampau yang orang melihat ditujukan pada PERKASA tetapi PM menyatakan ianya umum untuk semua.

Mungkin sebab Dr.Mahathir ada di belakang PERKASA menyebabkan PM menjadi malu alah untuk tibai balik PERKASA. Dengar khabar juga Ibrahim Ali akan membawa Dr Mahathir ke Kelantan dalam waktu terdekat ini. Kita tengoklah nanti sama ada sambutan diberikan luar biasa atau sebaliknya. Agaknya mungkin ramai ahli UMNO keluar menyambutnya kerana mengikut Datuk Awang Adik, di Kelantan UMNO tiada masalah dengan PERKASA.

Cuma diingatkan supaya aspek keselamatan diperketatkan supaya insiden "sembur pemedih mata" Dr Mahathir suatu masa dahulu tidak berulang lagi.

Friday, September 17, 2010

"Ustaz Kamalanathan" MIC pula di masjid?


Dalam bulan puasa dahulu heboh berminggu-minggu perihal ramai yang memperkatakan tentang bukan Islam memasuki masjid dan dikatakan memberi ucapan yang ditokok tambah oleh setengah media sebagai "tazkirah". Maka isu itu telah dijadikan bola tanggung dan di smash oleh sebuah parti politik Melayu dan juga NGO tertentu.

Serentak dengan itu jugalah maka pihak berkuasa agama negeri turut tumpang semangkok bukan untuk melerai keadaan tetapi memihak pada pihak berkuasa tertentu. Manakala terdapat pihak ulama yang bebas lebih cenderung pada "usaha dakwah" bagi mendekatkan bukan Islam dengan Islam bukannya melarang mereka mendekati Islam. Pandangan uslub dakwah ini bagaimanapun tidak diperkenan pihak berkuasa agama yang terletak di bawah sultan atau Raja di negeri-negeri.

Untuk itu YB Teo telah dikutuk habis-habisan kerana menerima undangan pihak surau dan masjid, manakala ajk surau pula bakal dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa agama negeri.

Sekoyong-koyong isu itu reda sedikit, timbul pula isu serupa yang lain yang mengundang "padah" buat pihak berkuasa agama untuk bertindak serupa dengan oisu Teo dahulu. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad telah menyatakan bahawa Ahli Parlimen Hulu Selangor yang digelarnya "Ustaz kamal" juga telah memasuki masjid dan menyampaikan ucapan serta menberikan bantuan cek.

Nah! mana pihak yang beria-ia dahulu menenmpelak pihak tertentu itu hendak meletakkan muka! Mereka terpaksa menelan ludah mereka sendiri, dan hendaklah memberi ulasan sama; jika tidak akan dipandang "serong" dan seolah-olah nampak kesalahan pihak lain sahaja. Peristiwa ini terjadi di Masjid Felda Soeharto dan juga di Sungai Tengi yang merupakan kawasan dalam parlimen Hulu Selangor.

Baik pihak berkuasa agama negeri Selangor atau pun pejabat sultan perlu mengambil pendekatan tidak berpihak dalam hal ini. Kalau dahulu mereka bertegas sekali, maka kali ini juga perlu begitu walaupun ahli parlimen MIC itu dari komponen BN. Janganlah menampakkan ada perbezaan dalam hal ini.

wallahu a'lam. (di bawah dipetik berita dari malaysiakini)


'Ustaz Kamal' MIC pula didakwa masuk masjid

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menyifatkan Umno tanpa syak lagi "berkura-kura", berpura-pura dan memutarbelitkan fakta berhubung isu bukan Islam dibenarkan memasuki surau dan masjid.

Beliau yang juga anggota biro politik PAS juga malah mendakwa pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pula terus menjadi "kesinambungan wadah kepuraan Umno dalam bersandiwara"
Menulis dalam blognya hari ini, Khalid memuatkan kembali beberapa keping gambar, antaranya menunjukkan pemimpin Umno memberikan 'tazkirah'.

Terdapat juga gambar Kamalanathan - yang didakwanya digelar 'Ustaz Kamal' oleh perayu undi Umno semasa kempen pilihan raya kecil lalu - menyampaikan sumbangan dalam sebuah masjid.

Dimuatkan juga sekeping gambar Kamalanathan dalan sebuah progam gotong royong di Masjid Felda Soeharto, Hulu Selangor yang mana pengerusi MAIS didakwa turut hadir.

"Lebih hebat, 'Ustaz Kamal' bersama pengerusi MAIS menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta.

"Ke mana perginya ahli parlimen berkopiah dan mereka-mereka yang lantang bersuara tempohari kononnya umat Islam telah dihina?" soalnya.

Sebelum ini, tindakan ahli parlimen Serdang daripada DAP memasuki sebuah surau di Kajang mencetuskan perasaan tidak puas hati banyak pihak, terutamanya oleh pemimpin Umno dan BN.

MAIS malah memberikan amaran keras kepadanya ekoran tindakan itu.

Tuesday, September 14, 2010

Episod pembunuhan kejam Datuk Sosilawati dan 4 yang lain


Dalam seminggu ini cerita tentang pembunuhan kejam tersebut pastinya menjadi bualan hangat baik di mana-mana sahaja termasuk kedai-kedai kopi. Bagi masyarakat Malaysia yang waras fikirannya tentu sekali amat terkejut serta mengutuk perbuatan yang tidak berperikemanusiaan itu. Pemimpin politik juga mula kedengaran mengutuk keras perbuatan tersebut baik dari UMNO, PAS, PKR dan juga MIC. Hanya T. Mohan dari MIC yang mengeluarkan kecaman, Datuk Samy Vellu belum lagi mengulas.

Bukannya apa, ini kerana kumpulan yang melakukan jenayah kejam itu adalah dari keturunan India. Semalam Senator T.Murugiah telah meminta kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri(KDN) membanteras "gangsterism" di kalangan belia-belia India. Beliau berkatan demikian semasa melawat kediaman bekas Ahli Perniagaan di Gombak itu.

Secara kebetulan atau apa sekalipun "jenayah" adalah jenayah. Pelakunya mesti dihukum dengan setimpal. Cuma dalam kes ini "mangsa" kebetulan semuanya berbangsa Melayu, manakala pelakunya setakat ini adalah "suspek berbangsa India". Mungkin itulah juga pihak polis ada mengeluarkan ingatan pada media arus perdana agar berhati-hati dalam laporan.

Pada kali ini kita berharap pihak berkuasa "telus" dalam siasatannya dan membawa pelaku jenayah ke muka pengadilan dengan seberapa segera yang boleh. Ini bagi menjamin kredibiliti pasukan polis serta memenuhi hasrat rakyat ramai yang ingin melihatkan keadilan tertegak di bumi Malaysia ini walaupun ianya melibatkan suspek golongan VIP yang bergelar Datuk yang berpengaruh.

DYMM Tuanku Muhammad Faris Petra; Sultan yang dekat dihati rakyat


DYMM Sultan Kelantan yang baru dimasyhurkan, Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra merupakan seorang raja yang berjiwa rakyat dan dekat di hati rakyat Kelantan.

Sebut sahaja kawasan pedalaman mana yang tidak pernah dilawati baginda bagi menyelami suka duka rakyat termasuk ke kampung-kampung penempatan Orang Asli di Gua Musang dan Jeli.

Sering mengenakan jubah atau berbaju "gumbang" (baju Melayu) serta berkain pelikat dan berkopiah putih ketika melawat rakyat jelata menyebabkan tiada siapa yang menyangka lelaki segak itu merupakan pewaris Kesultanan Kelantan yang baru.

Pernah satu ketika di Pantai Damat, Bachok, baginda tidak kekok duduk bersila dan mendengar kisah penderitaan seorang ibu tunggal yang uzur dan hanya bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mata baginda berkaca ketika mendengar kisah keperitan hidup Azizah Abdullah, 41, membesarkan tiga anaknya.

Membahasakan diri baginda dengan perkataan "kita" menyebabkan baginda dan rakyat seperti tidak ada jurang pemisah yang boleh merenggangkan hubungan rakyat dan raja.

Ketika di rumah Azizah, baginda yang turut menghulurkan sumbangan peribadi, juga sempat memberikan perangsang kepada tiga anak wanita itu untuk berjaya dalam pelajaran mereka.

Tuanku Muhammad Faris Petra merupakan putera sulung Sultan Kelantan sebelum ini, Tuanku Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra.

Pendidikan awal

Baginda mempunyai tiga adinda iaitu Tengku Bendahara Tengku Muhammad Faiz Petra, Tengku Temenggong Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Amalin A'Ishah Putri.

Baginda mendapat pendidikan awal di Kota Baharu dan di Kuala Lumpur dan seterusnya di Oakham School Rutland, England sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang Kajian Diplomatik di Kolej St. Cross dan Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.

Tuanku Muhammad Faris Petra diputerakan pada 6 Okt 1969 dan dianugerahkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985 dan sejak pelantikan itu baginda telah menunjukkan kecenderungan untuk mempelajari dan mendalami selok belok pentadbiran negeri.

Baginda mula menarik perhatian seluruh negara dengan liputan meluas media ketika bertitah merasmikan Perhimpunan Perpaduan Melayu sempena Maulidur Rasul 1429 Hijrah di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur pada 2008.

Ketika bertitah pada majlis itu, baginda secara terbuka mengingatkan usaha penyatuan Melayu perlu diberi keutamaan yang tinggi berikutan kedudukan orang
Melayu dan Islam yang kian tercabar kerana ia boleh menjejaskan keharmonian negara.

Baginda berharap segala perbezaan pendapat dan perbelahan diketepikan melalui jalan yang bijaksana dengan perpaduan ummah harus diutamakan demi agama, bangsa dan negara sebagaimana yang diimpikan oleh semua.

Di masa lapangnya, baginda gemar membaca bagi mengikuti perkembangan semasa di dalam dan luar negara di samping meminati sukan lasak seperti ekspedisi kenderaan pacuan empat roda dan kejohanan kuda lasak.

Selain itu baginda juga menunjukkan minat mendalam terhadap sukan memanah, berkuda, boling serta suka memelihara haiwan kesayangan seperti kuda, kucing, ayam dan burung.

Dalam hubungan dengan rakyat, baginda ternyata mengambil berat kebajikan mereka dan kerap kali dalam diam-diam dan di luar pengetahuan media, baginda menjengah kehidupan mereka yang memerlukan pembelaan.

Komander Askar Wataniah

Baginda juga turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan dan juga aktif berperanan dalam organisasi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan.

Baginda telah dilantik sebagai Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigadier Jeneral (Kehormat).

Umum juga mengetahui hubungan yang akrab baginda dengan ayahanda baginda dan kegeringan Tuanku Ismail Petra pada 14 Mei tahun lalu membuatkan baginda diselubungi kesedihan dan berasa tertekan.

Baginda pernah mengimamkan solat hajat bersama-sama rakyat jelata sebelum ini bagi memohon kesejahteraan ayahanda baginda.

Pada 24 Mei tahun lalu, Tuanku Muhammad Faris Petra telah dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan setelah ayahanda baginda mendapat rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Pelantikan itu membolehkan baginda menjalankan tugas Sultan Kelantan mengikut perenggan (b) Fasal (1) dan (3) Perkara 22A Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) yang menurut pakar perundangan mempunyai kuasa yang sama dengan Sultan mengikut Perkara 4 Fasal 1 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan dan Majlis Perajaan Negeri mengikut peruntukan tersebut.

- Bernama

Pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru...Daulat Tuanku!


Pada tengah hari kelmarin kira-kira jam 12.30 tengah hari di Balai Rong Seri, Istana Balai Besar Kelantan telah berlangsung istiadat pemasyhuran Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra, Pemangku Raja Kelantan sebagai Sultan Kelantan yang baru menggantikan ayahanda baginda berkuatkuasa pada tanggal 13 September 2010.

Detik yang bersejarah ini telah berlangsung dalam suasana yang aman dan harmoni. Pengisytiharan pemasyhuran itu diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

Nik Abdul Aziz berkata, Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang dipengerusikan Tengku Abdul Halim telah bermesyuarat pada pukul 9 pagi ini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Kota Darul Naim di sini bagi membuat keputusan itu.

Sebagai mewakili rakyat jelata, Nik Abdul Aziz melafazkan taat setia yang tidak berbelah-bahagi terhadap Sultan Kelantan.

"Sekian hamba rakyat mengaku taat setia dan kepada Allah SWT dipohonkan taufik dan hidayat semoga Tuanku Muhammad Faris Petra dapat memerintah dan memandu negeri agar aman, mewah dan makmur dan semoga Allah SWT menyelamatkan Tuanku di dunia dan di akhirat," katanya sebelum mengakhiri pengisytiharan itu dengan laungan takbir Allahuakbar sebanyak tiga kali.

"Maka dengan ini diisytiharkan mengikut perkara 29 A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan melantik dan mengesahkan Pemangku Raja Kelantan menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda berkuat kuasa hari ini," katanya ketika mengumumkan pemasyhuran itu.

Turut hadir Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra, Pengerusi Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang juga Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Almarhum Sultan Ibrahim, Pengelola dan Ketua Istiadat Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, pembesar-pembesar negeri dan semua anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Dalam majlis itu juga Ketua Kerajaan dan para pembesar negeri melaungkan Daulat Tuanku menjunjung tinggi pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru yang amat disayangi segenap lapisan rakyat jelata.

Daulat Tuanku!

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya Idul Fitri, Maaf Zahir Batin


Saya ucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri Maaf Zahir Batin pada semua penjengok sekalian dan semoga hari raya ini merapatkan silaturrahim antara semua.

Sunday, September 5, 2010

Iklan Raya TV3 Cemarkan Islam!


Memang tidak patut! itulah terpacul perkataan yang sesuai kalau tidakpun perkataan "biadap" sepatutnya kepada pihak TV3 atas penyiaran iklan yang sangat kurang ajar dan menghiris perasaan umat Islam itu. Soalnya di mana peranan CEOnya dan juga pegawai kanan Melayu lainnya. Apakah mereka tidak peka dengan sesuatu yang amat janggal disiarkan itu. Kalau nak dikatakan pembaharuan ...ya ..memang satu pembaharuan tetapi pembaharuan yang menyesatkan dan syirik sifatnya.

Mana perginya suara-suara NGO PERKASA atau Mufti dan tokoh agama yang kuat mempertahankan Islam selama ini. Tidak kedengaran suara-suara merekauntuk menegur TV3. MUngkin ini juga satu "bala" yang ditimpakan ke atas mereka atas keceluparan mereka selama ini yang hanya berani bersuara jika ianya terkena pada pihak lain terutama yang mnereka tidak sukai. Apabila ia terkena -pada TV3 yang sinonim dengan pihak penguasa atau pemerintah, maka terkedu suara-suara berani tadi untuk bersuara.

Tahniah pada Pemuda PAS yang terkedepan dalam isu ini sehingga ianya telah ditarik balik siaran iklan itu bermula malam ini. Rasanya tidak cukup dengan, TV3 juga terutama orang besarnya patut memohon maaf secara terbuka kepada seluruh Umat Islam atas ketelanjurannya itu. Seingat saya ini bukan kali pertama TV3 menarik balik iklan sensitif berkaitan agama Islam, dulu pernah ada iklan yang latar belakang muziknya seakan "suara azan" yang juga telah ditarik balik.

Tatkala umat Islam sedang menjalani ibadah puasa dan mengharapkan keberkatan Lailatul Qadar pada malam 10 yang akhir, tiba-tiba kita ditimpakan dengan satu penghinaan yang menyanyat hati seluruh umat Islam di Malaysia. Wahai umat Islam...bila kah lagi kamu akan bangkit dan sedar dari tidur yang panjang!