Saturday, September 25, 2010

Dr M: Melayu hilang kuasa kalau Pakatan memerintah?


Tajuk di atas sebenarnya telah lama diperkatakan di media dan juga forum khususnya selepas kekalahan BN-UMNO dalam PRU12 yang lalu. Malah sebelum itu lagi dalam sesi yang disifatkan sebagai "brain wash" dalam kursus BTN, para pegawai kerajaan seringkali disogokkan dengan isu ini sebagai satu "psi-war" bagi menakutkan pengundi Melayu supaya terus berpaut pada BN.

Semasa zaman "reformasi" lagi isu ini seakan menjadi satu "perbincangan" khusus dalam sesi kursus BTN. Mengikut pandangan kawan saya yang pernah jadi peserta yang pernah saya temui menyatakan "moderator" BTN khususnya yang tersdiri dari bekas pegawai polis (SB) yang mengendalikan perbincanagan sering kali timbulkan isu ini. Tetapi ada juga yang memberikan pandangan"Kontra" dengan apa yang diharapkan oleh moderator itu. Katanya, ada peserta yang agak berani khususnya dari agensi badan berkanun dengan menyatakan yang hilang kuasa itu orang Melayu atau Melayu UMNO.

Sifirnya mudah...mengikut kawan saya tadi, kalau Pakatan menguasai majoriti parlimen, sudah pasti MP UMNO yang akan menjadi pembangkang akan "lari" ke pihak yang menang atau dalam erti kata lain ramai MP UMNO akan "berhjrah" ke Pakatan dan ini akan menjadikan Melayu tetap majoriti. Malah kalau Melayu-UMNO yang bertanding "kalah" yang menang adalah "Melayu dari Pakatan" ; maka tetap Melayu juga. Yang pasti hilang kuasa UMNO dan Melayu UMNO kata kawan saya tadi. Terkedu moderator BTN bila ada jawapan sebegitu.

Jadi apabila Tun Dr.Mahathir berkata Melayu hilang kuasa dan suara kalau Pakatan memerintah, telah lama diperkatakan dahulu cuma diulang semula. Mungkin juga sedikit "kehilangan suara" tetapi nak kata hilang kuasa adalah sesuatu yang terlalu angkuh. Seolah-olah kita mengetahui apa yang bakal terjadi pada masa hadapan.

Apabila beliau membuat perbandingan dengan apa yang terjadi di Perak dan Pulau Pinang, bukannya satu perbandingan yang sepatutnya, Malah kita juga boleh menyoal semula apakah semasa Pulau Pinang dikuasai BN selama 50 tahun itu kedudukan orang Melayu semakin tahun semakin baik? apakah semasa BN kuasai Pulau Pinang, Ketua Menterinya Orang Melayu? Tidak!

Untuk itu sayugia dingati rakyat kini semakin "celik" dan jangan lagi mengandaikan mereka masih ditahap lama. Dalam dunia globalisasi kini, rakyat mendapat maklumat dari pelbagai sumber dan tidak lagi bergantung semata-mata pada akhbar arus perdana atau media elektronik milik kerajaan. Media baru kini menjadi punca maklumat dan luahan bicara yang ternyata sehingga kini gagal dikuasai BN-UMNO. Walaupun mereka mempunyai barisan apa yang dikatakan "cyber trooper" yang ramai tetapi nampaknya laman pro kerajaan tidak diminati penjenguk media baru ini kerana memaparkan isu yang "basi" dan tidak mesra pengguna.

Untuk itu cabaran YB Nurul Izzah untuk berdebat isu ini adalah baik. Dr. Mahathir bolehlah aturkan kalau dia sendiri berasa tidak "sepadan" untuk berdebat dengan Nurul Izzah, sekurang-kurangnya YB Datuk Mukhriz boleh mewakilinya. Mungkin juga elok didiskusikan isu ini bagi memperjelaskan lagi supaya ianya lebih jelas dan tidak menampakkan usaha menakutkan pengundi Melayu sahaja seperti disifatkan sesetengah pemimpin Pakatan. Adakah debat dan biarlah ianya jelas. wallahu a'lam.

(diselitkan di bawah sedikit petikan dari Malaysiakini)
Dr M: Melayu hilang kuasa jika Pakatan memerintah

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan bahawa orang Melayu bakal kehilangan kuasa dan suara jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara ini, lapor Umno-online.

Menurut Mahathir, apa yang dinyatakan itu bukan satu igauan tetapi telah menjadi kenyataan kerana perkara itu sudah pun berlaku di negeri Pakatan Rakyat.

2 comments:

  1. Tuan yang dihormati,
    Manusia nama Mahathir ini lahir dari darah DKK yang sebenarnya tidak punya akar budaya nusantara kukuh lantas beliau tidak punya rasa cinta kepada bahasa dan sejarah tempatan ibarat golongan cukong di Indonesia. Beliau hanya menggunakan Melayu dan Islam untuk kepentingan diri dan populariti tetapi malangnya ramai org Melayu yang bersumber Utusan dan BH tertipu dengan lakonan beliau yang bersahaja dan selamba. Orang Melayu yang mempunyai pemikiran terbuka tidak akan terpengaruh dengan beliau.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Tuan. Nampaknya Dr Mahathir telah dapat mencium BN akan kecundang dalam PRU13 nanti, sebab itu dia habis-habisan menakutkan orang Melayu supaya tidak meninggalkan UMNO kerana legasinya akan terpadam bila BN kalah. Sebaliknya segala kebobrokan semasa pemerintahannya 22 tahun akan didedahkan.

    ReplyDelete