Dalam isu mutakhir ini ada semacam satu usaha oleh UNNo untyuk berpaut "kukuh" pada Raja Melayu bagi membentenginya semacam ianya tidak mempunyai kekuatan tersendiri bagi menghadapi musuh politiknya. Cuba perhatikan perkara ini sama adA di Perak, Selangor atau Kedah. Malah ada NGO di Kedah yang bersuara seolah-olah ia jurucakap pada parti politik itu.
Penulis berpandangan isu ini hanyalah sebagai "pop isu" atau dengan katra lain sebagai Isu seperti "pepsi cola" yang kelihatan bergas pada awalnya kemudiannya senyap sepi seribu bahasa. Di Perak, hubungan UMNO dengan Raja begitu akrab, dan memungkinkan ia nampak ampuh menghadapi lawannya. Tetapi percayalah...isu ini akan "memakan" tuan apabila tiba masanya iaitu semasda PRU umum nanti, dan setelah rakyat umum sedar permainan politik mereka.
Di Selangor, juga keadaan serupa terjadi. Usaha "berselindung" disebalik Raja seakan menjadi trademark UMNO, tetapi apakah ianya memberi kelebihan pada UMNO. Jawabnya tidak, ianya hanya pop isu sahaja, dan akan dilupakan sahaja bila "gas"nya hilang seperti pepsi cola juga. Buat masa ini hanyalah akhbar yang meniupkan gas itu menjadi seolah-olah berbuih hebat, sedangkan tidaklah seberapa. Jadi berbaloikah UMNO memainkan isu ini untuk jangka masa panjang? Pada pandangan penulis , UMNO hanyalah menang sorak dalam isu ini. Dapat "bersorak" sekejap sahaja dan bakal berpaling pada UMNO sendiri jika pihak lawan mengeluarkan perincian apa yang diberitakan dalam akhbar semasa tahun 1986/87 dahulu bilamana UMNO menempelak Raja-Raja Melayu! dimana nak letak muka nanti.
Jadi berhati-hatilah bermain isu ini kalau ianya tidak begitu menguntungkan! Masih banyak isu lain yantg boleh dijaja untuk berlawan dengan musuh politiknya. Janganlah menampakkan UMNO begitu dangkal sekali sehingga diheret institusi Istana bersekali dengan UMNO. Lemahkah UMNO hingga terpaksa berpaut pada institusi Istana walaupun kita tahu UMNO lahir dalam Istana Besar Johor Bahru tahun 1946 dulu. Dan institusi Raja juga janganlah menampakkan memihak pada sebelah pihak sahaja, ia adalah lambang kerajaan dan memayungi seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman politik. Ini kerana dibimbangi penghormatan orang ramai sedikit luntur kalau terlalu mengikutkan kumpulan tertentu sahaja khususnya kelompok UMNO. Apa kata rakyat lain yang juga merupakan rakyat pada seseorang Raja atau Sultan berkenaan.
Kita bimbang jika keadaan di Perak akan merebak ke Kedah atau Selangor yang mana kekusutan politiknya diakibatkan oleh permainan politik UMNO yang mengheret sekali institusi Raja kerana sekali terlibat, pandangan umum akan tentu akan terjejas pada institusi ini dan memerlukan masa yang lama untuk diperbaiki. Pada UMNO-BN, Bermainlah di atas padang yang sama rata dengan musuh politik dan dalam hal-hal kepentingan negara khususnya kedaulatan negara, bersatulah pula antara semua parti politik tanpa mengira aliran. Itulah permainan politik yang sebaiknya.
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment