Saturday, May 29, 2010

Catatan khutbah jumaat yang "segar" dan relevan


Alhamdulullah, keadaan kesihatan saya yang mengalami stroke ringan sejak sebulan lepas kini beransur pulih dan boleh mamatuk key board ini bagi updatekan blog. Pada jumaat lepas,saya ingin berkongsi satu peristiwa yang bagi saya amat relevan dan menyentuh keadaan semasa dan berkepentingan masyarakat.

Pada mulanya saya berkiea-kira untuk Solat Jumaat dengan anak lelaki saya di Masjid Wilayah di Jalan Duta kerana hari cuti, masjid itu mungkin tidak begitu sesak. Berbanding dengan masjid lain yang biasa melimpah dengan anak kariah apabila jumaat jatuh pada cuti umum. Aank-anak sekolah dan para remaja penuh masjid kalau kebetulan jumaat cuti umum.

Bagaimanapun memikirkan Selayang agak jauh juga dengan Jalan Duta, kami tidak jadi keMasjid Wilayah. Apabila saya memandu keluar dari rumah di BBS untuk ke Masjid BBS yang berdekatan Pejabat Daerah Gombak, jalan masuk ke sana berderetan kereta , lalu kami mengambil keputusan untuk ke Masjid Amaniah dekat Batu Caves.

Setibanya di masjid itu, khutbah baru bermula dan khatibnya sedang membicarakan hal berkaitan larangan judi dalam Islam. Khatib yang berkhutbah tanpa melihat teks amat baik dalam menyampaikan khutbah dan para makmun nampaknya khusuk mendengar. Khutbah yang "segar" ini nampaknya amat menarik para hadirin kerana jarang-jarang khatib berkhutbah terus tanpa membaca teks. Itulah yang sebenarnya sesuai dengan istilah "khutbah", bukannya membaca teks keseluruhannya.

Apa lagi khutbah hari ini berkenaan dengan pengharaman judi dalam Islam dan teguran khatib pada kerajaan yang telah meluluskan "perjudian sukan bola sepak Piala Dunia". Sebagai muslim mengikut khatib itu, kita sepatutnya berusaha mencegah perjudian dan sebagai penguasa kita juga bertanggungjawab mengurangkannya dan mencegahnya bukannya meluluskan. Untuk itu khutbah itu memperincikan lagi hukum Islam berkaitan larangan Allah berkenaan judi ini.

Mungkin teruja dengan khutbah yang begitu baik tersebut, selesai sahaja Solat Jumaat dan habis sahaja Imam membaca doa, para makmun di saf hadapan telah bertakbir 3 kali dan selepas itu juga satu demonstrasi aman membantah judi bola sepak Piala Dunia telah diadakan di pakarangan masjid. Kami tidak ikut sama kerana mempunyai urusan lain dan pulang sehabis doa diaminkan. Inilah kali kedua rasanya saya dapat mengikuti khutbah yang "segar" sewaktu Solat Jumaat di luar negeri Kelantan. Kalau di Kelantan suasana begini agak biasa sahaja.

No comments:

Post a Comment