Saturday, May 1, 2010

Mengapa majoriti Cina tak undi BN?


PRK Hulu Selangor telahpun berlalu dan pemenangnya ialah P.Kamalanathan dari BN, tahniah pada pemenangnya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin untuk rakyat Hulu Selangor. Pada Datuk Zaid, cuba lagi dalam PRU akan datang. Anda tidak tewas sebenarnya tetapi kurang bernasib baik kali ini. Undi anda dapati lebih besar dari undi gemulah prof dulu.

Sayangnya semasa PRK sedang rancak dahulu saya di Kota Bharu dan masih mengalami masalah kesihatan. Hanya pada saat ini kian beransur pulih dan dapat menulis sedikit-sedikit. Seperti biasalah apabila selesai PRK banyaklah yang kedengaran sama ada pihak yang menang atau yang tewas. Tetapi pihak yang menang pun nampaknya tidak begitu ghairah sangat dengan kemenangan tipis itu. Alasan nya ialak kemenangan itu kurang serinya kerana "undi Cina" semakin lari dari BN.

Maka ramailah yang memberikan teori itu dan ini mengapa orang Cina tak undi BN, ada yang menyalahkan PERKASA yang dikatakan ultra, ada yang menyalahkan MCA kerana asyiuk berkrisis dan sebagainya. Namun semuan ya tidak tepat belaka. Dr. Mahathir pula membuat swing teori menyatakan mujur juga ada PERKASA kerana orang Melayu beri sokongan pada BN semakin baik. Mahathir gagal jawab mengapa undi Cina lari, PM dan TPM juga masih mencari jawapan atau sebenarnya telah tahu jawapan, tetapi buat-buat tak tahu!

Bagi saya mudah saja. Kalau dalam PRK Bukit Gantang dulu undi Cina pada PAS/Pakatan agak tinggi membolehkan PAS menang di Bukit Gantang dan kali ini PRK Hulu Selangor undi Cina tetap tinggi untuk PKR iaitu sekitar 75% dan undi Cina pada BN hanya sekitar 25% sahaja. Itu pun selepas PM turun padang sendiri, seb4elum PM turun dianggarkan 20% sahaja orang Cina sokong BN. Tetapi nasib baik pengundi Cina sekitar 16,000 bagi kerusi ini daripada lebih 60,000 pengundinya. Kalau pengundi Cina mencecah hingga 40% ari jumlah pengundi dah tentu BN kecundang!

Mengapa undi Cina lari dari BN. Sifir politiknya senang sahaja. Apa yang telah BN buat di Perak yang tidak ikut lunas perlembagaan dan "melalui pintu belakang" benar-benar membuatkan Cina marah dengan BN. Bukan sahaja Cina , tetapi juga Melayu yang celik politik dan Melayu golongan pertengahan/ melayu educated juga tidak menyokong BN dalam isu kekalutan politik di negeri Perak ini. Hanya golongan "cari makan" melalui projek kerajaan sahaja yang terpaksa bermuka-muka sokong tetapi undi belum tentu. Bagi saya selagi "masalah Perak" tidak dapat diselesaikan dengan cara baik dan diterima semua pihak, maka selagi tu BN akan terima "hukuman" dari pengundi Cina.
Silap-silap dalam PRU nanti BN sekali lagi akan dihukum pengundi Cina sama ada mereka undi PKR atau PAS. Malah sekarang ini pemuda Cina tidak segan lagi pakai kemeja T PAS dan bawa bendera PAS.

Di bawah saya letakkan ulasan sahabat Sdr Shuhaimi Al Maniri, dari blog Kalam Perantau mengenagi undi Cina dalam PRK Hulu Selangor itu.

Cina Hulu Selangor Tolak BN, Peluang DAP Cerah di Sibu
Oleh: Suhaimi Al-Maniri


Kemenangan calon BN, P Kamalanathan menewaskan calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim adalah sudah diduga lebih awal. Apa yang mengejutkan adalah majoritinya hanya sekadar 1,725 undi sahaja.

Ianya jauh lebih kecil daripada kira-kira 6,000 yang disasarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin. Calon Barisan Nasional (BN) P. Kamalanathan dari MIC, muka baru dalam pilihan raya, menerima 24,997 undi manakala calon Pakaran Rakyat Datuk Zaid Ibrahim memperioleh 23,272

Melihat kepada kesungguhan BN berkempen di sini termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghulurkan berbagai habuan kepada pengundi di Hulu Selangor semasa pilihanraya baru-baru ini, majoriti tersebut adalah disumbangkan oleh warga Felda terutama Kampung Sungai Buaya yang mahukan duit RM 50,000 yang dijanjikan kepada mereka jika BN menang pilihnraya kecil tersebut.

Apa yang saya lihat bukan setakat Najib sahaja berkempen di kawasan Felda, malah bapanya allahyarham Tun Razak, pun turun berkempen bila merata billboard yang mengingatkan warga tua Felda agar tidak lupa kepada bekas Perdana Menteri ke-2 tersebut yang berjasa mewujudkan Felda.

Saya difahamkan pengundi di Felda Sungai Tengi Selatan, Sungai Tengi, Felda Soeharto, Gedangsa dan Kampung Sungai Buaya menyumbang tambahan lebih 1,000 undi dalam pilihanraya kecil kali ini berbanding dengan pilihanraya umum lepas.

Untuk menggambarkan cukup banyak wang yang dibelanjakan oleh BN bagi memenangi kersui tersebut. Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyebut BN membelanjakan RM 65,000 untuk seorang pengundi di sini.

Sungguhpun begitu besar wang yang dilaburkan oleh BN untuk seseorang pengundi, tetapi ianya masih gagal memujuk pengundi Cina untuk mengundi calon BN pada pilihanraya kecil ini. Mengikut satu analisa, daripada 16,964 undi masyarakat Cina, hanya 25 peratus memihak kepada BN, selebihnya 75 peratus menjadi milik mutlak Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Keyakinan masyarakat Cina terhadap BN terutama MCA masih belum pulih, malah kehadiran beberapa pemimpin MCA di kawasan berkenaan gagal mendapat sokongan daripada pengundi Cina dan perkara ini tidak boleh dinafikan..

Malah, BN kalah teruk dengan margin cukup besar dalam peti undi yang majoritinya Cina. Misalnya daripada lebih 300 undi Cina, BN hanya memperoleh sekitar 60 undi. Begitu juga dengan lain-lain peti undi Cina khususnya dalam DUN Kuala Kubu Baru yang gagal dipertahankan oleh BN.

Satu maklumat lain menyebut, diperingkat awal kempen, sokongan pengundi Cina terhadap BN dikatakan cuma sekitar 10 hingga 15 peratus. Kedatangan Datuk Seri Najib Razak untuk turut sama berkempen dengan berbagai goodies berjaya melonjak peratus sokongan pengundi Cina kepada sekitar 25 peratus.

Keupayaan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor memenuhi segala kehendak masyarakat Cina yang sebelum ini tidak diperoleh ketika BN, membuatkan mereka teguh menyokong calan PKR. Selain itu, faktor kedudukan DAP tidak boleh dinafikan antara penyumbang kepada sokongan masyarakat Cina pada PR


Malah dalam tulisannya juga Shuhaimi meramalkan undi Cina sekali lagi akan menjadi penentu dalam PRK Sibu dan DAP dikatakan akan beroleh kemenangan jika pengundi Cina berubah sokongan pada calon DAP kali ini.

Sekiranya kali ini juga pangundi Cina lari dari BN, maka bersedialah BN untuk dihukum dalam PRU akan datang jika tidak memberikanperhatian khususnya "menyelesaikan" masalah Perak yang ramai pengundi Cina sifatkan satu bentuk pencabulan demokrasi oleh BN dalam kes Perak.

No comments:

Post a Comment