Sunday, August 29, 2010

Indonesia: "Abang Besar" yang selalu nakal


Malaysia dan Indonesia memang mengalami keadaan pasang-surut perhubungan baik yang boleh diibaratkan sebagai adik dan abang. Pantang ada sesuatu isu ianya bakal mewujudkan demonstrasi di pihak Indonesia. Seolah-olah menggambarkan "abang besar" suka membuat nakal pada adik kecilnya.

Kalau sebelum ini semasa pilihanraya pemilihan Presiden isu hubnungan dua negara ini juga dijadikan modal politik di sana dan isu-isu Ambalat, Tarian Pendet serta penderaan pembantu rumah Indonesia di Kuala Lumpur telah menjadi isu penting bagi puak-puak pendemo di sana.

Seingat penulis, sejak Indonesia "kehilangan" kedaulatan atas kepulauan sipadan dan ligitan ekoran keputusan Mahkamah Antarabangsa (ICJ), telah menyebabkan rata-rata rakyat Indonesia menyalahkan ahli MPR mereka atas kekalahan itu. Sejak itu muncul pula pelbagai isu lain sentiasa diapi-apikan dalam media di sana.

Terbaru isu pertindihan perairan di kawasan Riau - Penggerang, Johor yang menyebabkan 15 nelayan Malaysia didakwa menangkap ikan di perairan Indonesia dan bot-bot mereka ditunda ke kawasan Batam. Suatu panggilan kecemasan diberikan kepada Pasukan Polis Marin Wilayah Selatan, Malaysia dan akibatnya berlaku ketegangan sehingga akhirnya 3 daripada “pegawai” Indonesia itu ditahan polis Malaysia manakala 7 nelayan Malaysia ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia.

Walaupun isu ini dikatakan "selesai" ekoran pembebasan nelayan Malaysia dan juga 3 anggota penguatkuasa Indonesia, tetapi ianya telah menjadi sati isu besar yang kemudiannya terjadinya demonstrasi di beberapa bandar di Indonesia termasuk di Jakarta, dihadapan Kedutaan Besar Malaysia sendiri.

Sesunggunya perairan Malaysia-Indonesia memang mengelirukan kerana ia terlalu sempit dan rapat. Difahamkan juga terdapat pula arus yang kuat berhampiran sempadan yang kekadang samada membawa bot jiran ke sini atau bot kita ke sana. Ekoran insiden ini pihak berkuasa Indonesia bersuara ingin mengadakan perbincangan segera bagi mengatasi isu "pertindihan" ini.

Namun apa yang dikesali, peristiwa ini dijadikan batu loncatan oleh sesetengah pihak di sana untuk menganjurkan demonstrasi liar termasuk "membakar bendera" Malaysia di samping melontarkan najis ke laman kedutaan. Dan pihak berkuasa di sana juga tidak begitu tegas ke atas pendemo yang liar itu. Selain itu terdapat suara-suara ancaman lain termasuk ancaman terhadap kepentingan ekonomi Malaysia di sana.

Mahu kemanakah hubungan Malaysia-Indonesia? dan apa tindakan segera kepimpinan tertinggi kedua-dua pihak mengatasinya. Sempena semangat Ramadhan yang mulia ini sesuatu dapat dilakukan bagi mengharmonikan suasana itu. Wasallam.

2 comments:

  1. Bru, tentang Indonesia Malaysia ini pada saya memang wujud kelompok halimunan yang tidak ingin melihat hubungan baik kedua negara.Singapore pasti tidak selesa,Dengan lebih 200 juta umat Islam di Indonesia dn lebih kurang 18 juta di Malaysia sudah tentu menjadi kuasa besar yang menggerunkan jiran.

    ReplyDelete
  2. terima kasih bro. Juga agenda cia dan sekutu tidak boleh ditolak.

    ReplyDelete