Pada awal minggu ini Tun Dr.Mahathir telah melontar idea tentang 1Malaysia yang disifatkannya tidak difahaminya dengan jelas. Malah menurut beliau masing-masing orang Cina, Melayu dan bangsa-bangsa lain memahami 1Malaysia mengikut pandangan masing-masing. Seperti sebelum ini Dr.Mahathir membantah gagasan Islam Hadhari semasa PM Pak Lah, kini dia juga "membantai" gagasan 1Malaysia PM Najib.Dalam Malaysiakini dan juga Malaysia Insider dimuatkan kenyataan beliau yang agak jelas dan "berani" berbanding medfia arus perdana lain.
Kebetulan pula komennya itu semasa PM tidak berada dalam Malaysia kerana bercuti di luar negara. Kebetulan pula juga , TPM Tan Sri Muhyiddin turut bersetuju dengan pendapat Dr.Mahathir ini. Walaupun TPM agak berlapik dengan mengatakan perlu lagi diperjelaskan supaya rakyat dapat memahaminya.
Dalam komennya awal minggu ini Dr Mahathir berkata penjelasan terperinci dan menyeluruh berhubung 1 Malaysia wajar diberi bagi mengelak pandangan dan pendapat berbeza dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.
“Saya bercakap dengan orang Cina, orang Melayu, masing-masing ada pendapat berbeza dan tidak boleh disatukan, saya berpendapat satu penjelasan perlu dibuat,” katanya.
“Mereka (rakyat) tidak tahu yang mana satu, yang mana untuk orang Cina dan yang mana untuk orang Melayu. Kalau suruh saya buat penjelasan, mana saya tahu bukan saya yang buat slogan itu,” katanya.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulas kenyataan Dr Mahathir itu kelmarin berkata langkah untuk memberi penjelasan mengenai konsep 1 Malaysia memang wajar dilakukan dan sedang dijalankan oleh kerajaan untuk memberi penerangan secara terperinci kepada rakyat mengenainya.
Beliau yang bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir berkata kerajaan tidak menjangkakan rakyat akan dapat memahami konsep itu selepas setahun ia diperkenalkan oleh Najib dalam pentadbirannya.Apakah ini bermakna ada sesuatu perkara yang kita kurang maklum berlegar di puncak kuasa sekarang, yang menampakkan seakan ada "pertarungan" di puncak kuasa itu. Ini kerana pada 5 Ogos semalam, Datuk Nazri Aziz, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri mempertahankan gagasan 1Malaysia yang diilhamkan bossnya itu. Nazri telah "menempelak" Dr Mahathir dengan mengatakan konsep Bangsa Malaysia semasa Mahathir menjadi PM dahulupun juga keliru dan ramai yang tidak faham. Nazri yang pernah digelar Mahathir sebagai "kaki pukul" telah mempertahankan PM Datuk Najib dalam hal ini dan "berlainan " dengan sikap TPM yang sependapat dengan Mahathir.
“Apa isu sebenar di sini? Apa yang kecoh? Jika beliau sendiri tidak menjelaskan mengenai (konsep) Bangsa Malaysia bila beliau (Dr Mahathir) menjadi perdana menteri, mengapa sekarang Dr Mahathir mahu kerajaan menjelaskan 1 Malaysia?
“Malah kita sendiri tidak faham apa itu Bangsa Malaysia, tujuan konsep itu,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini.
Nazri (gambar) memberitahu The Malaysian Insider bahawa Dr Mahathir tidak harus menuntut penjelasan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana beliau sendiri telah gagal untuk menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan Bangsa Malaysia ketika menerajui kepimpinan kerajaan.
Dr Mahathir melepaskan jawatan perdana menteri pada Oktober 2003.
“Jadi perkara yang sama (wujud) ektika Tun Dr Mahathir, di bawah Wawasan 2020, beliau memperkenalkan Bangsa Malaysia, tapi beliau sendiri tidak pernah menjelaskan konsep Bangsa Malaysia,” katanya. Para pemerhati melihat pertentangan pendapat ini melambangkan di puncak kuasa seakan ada "pertelagahan" dan ianya seakan terkesan semasa PM bercuti dan TPM memangku jawatannya. Perkara pertaman terkesan bila TPM mengingatkan komponen BN khususnya MCA dan DAP supaya jangan ungkit isu penggunaan "ALLAH" kerana kerajaan telah menanganinya. Ia berpunca dari kenyataan Datuk Hishamuddin yang agak "apologetik" dalam isu ini pada MCA dan GERAKAN. MUngkin Hisham ingin menjaga hati komponen BN itu dan biasalah dia suka mengambil sikap sebegini.( beliau juga pernah memohon maaf pada masyarakat Cina kerana mencium keris sewaktu Perhimpunan Agung UMNO)tetapi TPM agak tegas dalam hal ini dan seolah meminta sepupu PM itu "tidak bermain" dengan isu penggunaan nama Allah ini lagi.
Dan pertentangan kedua bilamana TPM menyokong Dr Mahathir dalam isu 1Malaysia dan terjahan keras Nazri pada Mahathir yang juga menampakkan seolah-olah memberitahu umum bahawa TPM sepatutnya "mempertahankan" gagasan ini selaku anggota kerajaan bukannya menyokong pandangan luar.
Apapun seakan benar ada pertarungan hebat di puncak kuasa itu dan peranan bekas PM Mahathir tidak boleh dipandang ringan oleh kepimpinan hari ini. Jika sikap konfrontasi diambil terhadapnya, Mahathir akan bangkit dengan lebih keras lagi. Soalnya mampukah PM Najib berkonfrontasi dengan Mahathir kerana apa yang berlaku pada Pak Lah boleh menjadi pengajaran.
Namun seeloknya setiap PM ada ciri pimpinan tersendiri dan tidak semestinya mengikut telunjuk Mahathir yang seolah-olah dia sahaja yang betul. Namun isu-isu yang membelit PM sekarang terlalu banyak untuk dirungkai sebelum PRU13 akan datang yang bakal mencorakkan politik negara masa akan datang.
No comments:
Post a Comment