Friday, July 30, 2010

TPM ke Kelantan 15 Julai lalu; ada cerita tersendiri

Pada lawatan PM sebelum itu iaitu pada 16 Jun 2010 yang mana telah mencatatkan sejarah tersendiri dalam satu lawatan PM ke Kelantan yang berakhir dengan "sesuatu" yang agak "memilukan" untuk dikenangi. Saya juga ada mengulasnya dalam posting yang terdahulu. Untuk kali ini saya cuba menyusuri lawatan TPM ke Kelantan pada 15 Julai lepas.

Sememangnya kedatangan beliau itu adalah untuk perasmian persidangan UMNO Bahagian Tanbah Merah dan Jeli dan disamping itu diadakan acara pemimpin bersama rakyat di kedua-dua tempat tersebut. Dan seperti biasa selain ahli UMNO kerahan wajib ialah kakitangan kerajaan Persekutuan yang bukan sahaja sekitar dua daerah tersebut tetapi juga dari Kota Bharu juga dikerahnya.

Ketibaab TPM di Lapangan Terbang Gong Kedak telah disambut pelbagai lapisan masyarakat terutamanmya para pemimpin UMNO Bahagian. Kebetulan juga dalam sehari sebelum TPM tiba di Kelantan, media masa melaporkan usaha-usaha termasuk dari seorang mufti bagi membawa UMNO-PAS berpadu. Dan Menteri Besar Kelantan menyambut cadangan ini dengan mengatakan mereka "boleh berbincang untuk bekerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan"; manakala kerjasama parti tidak boleh kerana telah ada keputusan muktamar PAS yang mahu kekal dalam PR.

Walaupun begitu, ramai yang berharap TPM akan berjumpa MB apabila datang ke Kota Bharu. Tetapi ternyata perkara itu tidak terjadi sepertimana tidak terjadinya pertemuan PM dan MB dalam Kelantan Fiesta di Stadium Sultan MUhamad IV 16 JUn lalu.
Jadi harapan masyarakat ramai ingin melihat pertemuan itu yang sekurang-kurangnya perjumpaan biasa tidak berlaku. Mungkin masing-masing ada "sedikit ego" yang menyebabkan pertemuan itu tidak berlaku.

Namun begitu antara kedatangan TPM itu juga dipercayai untuk "mendamaikan" dua pihak bertelagah dalam UMNO terutama UMNO Rantau Panjang dan juga UMNO Tanah Merah. Ramai yang melihat kegawatan dalam UMNO ini di Kelantan semakin kronik. Kalau sesama UMNO pun berbalah mana mungkin dapat berhadapan dengan PAS, lebih=-lebih lagi PAS sudah 20tahun memerintah Kelantan.

Kedatangan beliau juga adalah bagi menghormati jemputan Datuk Mustapha Muhammad, Ketua Perhubungan UMNO Kelantan yang juga Ketua UMNO Jeli. Di Jeli TPM diberi sambutan hebat dan selepas merasmikan mesyuarat di Jeli beliau ke Tanah Merah. Tiada apa perkara buruk berlaku di Tanah Merah walaupun sebelum itu dibimbangi kedua pihak bertelagah akan "bertembung" di depan TPM.

Namun ada ceritanya yang ramai tak puas hati di Tanah Merah ini. Sehari sebelum itu masyarakatsekitar Tanah Merah telah diminta untuk membuka akaun di Agro Bank kerana dikatakan pemimpin tempatan di situ mewar-warkan bantuan persekolahan akan disampaikan oleh TPM. Saya tidak pasti pihak TPM tahu atau tidak , atau ianya diusaha sendiri oleh kumpulan tertentu kerana ternyata apabila berita akan mendapat bantuan ramai yang telah membuka akaun Agro Bank.

Dalam majlis yang dihadiri TPM itu memang ada penyampaian bantuan TPM ituyang saya difahmkan dalam bentuk cek Agro Bank. Tetapi yang menjadi buah mulut ramai di Tanah Merah ialah kerana ramai yang telah membuka akaun itu gagal mendapat bantuan seperti yang diberitakan. Ini pasti akan dijadikan modal politik bukan sahaja oleh para pimpinan UMNO tempatan yang bertelagah tetapi juga dapat digunakan PAS yang merupakan musuh politik utamanya.

Justru, kedatangan TPM tempoh hari juga sebagaimana PM dahulu tidak dapat memberikan "impak" yang besar pada UMNO Kelantan dan juga pada "kejernihan" hubungan antara kerajaan negeri dan persekutuan. Malah khabarnya risikan seorang Menteri yang akan berkunjung ke Kelantan sebelum puasa ini untuk melawat projek Taman Budaya kendalian kementeriannya dan juga merasmikan satu majlis lain di samping untuk
"bertemu"dengan MB Kelantan juga katanya tidak jadi. Dan pada tarikh itu iaitu 5 Ogos 2010 MB dan EXCO serta para pegawai kerajaan negeri berada di Lojing, berhampiran Cameron Highlands bagi upacara perasmian Jajahan Baru Lojing oleh DYMM Pemangku Raja Kelantan.

No comments:

Post a Comment