Agak lama saya tidak update blog ini, ada dalam kira-kira 10 hari lantaran kesihatan saya masih belum pulih sepenuhnya. Walaupun minda tidak terganggu, tetapi untuk tangan menaip key board tu yang sedikit masalah berikutan tangan masih kebas lagi. Bagaimanapun bila menjenguk blog sahabat-sahabat serta blogger terkenal, saya teruja untuk menulis sama, apa lagi saya menyaksikan sendiri event itu.
Maksud saya saya hadir sendiri dalam bebnerapa event sempena Lawatan PM ke Kelantan pada 16 Jun lalu itu. Antaranya ialah perasmian Ar Rahnu Bank Islam, Lawatan ke Stesen Teksi dan beberapa lagi. Apabila melihat blog-blog seperti Tinta Merah sdr MSO, blog sahabat saya Green cresent, malah kickdefeela juga ada mengulasnya dari sudut pandangan masing-masing. Malah kickdefeela ternyata agak tersasar apabila ada dinyatakan ralatnyapada awal tulisannya pada YB Datuk Takiyuddin. Mengapa tidak dipastikan dulu berita itu sehingga dia terpaksa memperbetulkan dalam ralatnya!
Pada event itu saya juga antara yang menerima jemputan, malah jemputan menyambut di airport lagi. Namun saya tidak sempat pergi ke sana kerana pada kebiasaannya kalau pergi pun buat meramaikan sahaja..pak pacak kernaa orang parti yang lebih terkedepan, dalam banyak hal, hinggakan para pegawai kerajaan terpinggir jauh kecuali seorang dua yang terkenal sahaja.
Saya dapat merasakan denyut nadi sdr MSO yang menyatakan "kurangnya perancangan BN Kelantan" bagi memastikan kehadiran PM ke Kelantan memberi impak pada Kelantan atau sekurang-kurangnya dapat "mempertemukan" pemimpin utama BN dan PAS atas satu pentas yang sekirang-kurangnya boleh melambangkan hubungan federalisme yang nampak baik. Dengan itu setidak-tidaknya mereka dapat bertegur sapa dalam suasana yang harmoni. Namuin semuanya tidak menjadi.
Benar, antara keduanya UMNO dan PAS saling mencurigai seminggu sebelum lawatan PM lagi. Saya mendapat maklumat dalaman bahawa UMNO khuatir jika MB diberi berucap , dalam ucapannya bimbang diselit "pantun" yang mengenakan PM sepertimana dalam majlis ECER dengan PM Tun Abdullah dahulu. Kalau "terkena" pantun yang mengenakan itu...akan merah padam juga muka PM sambil tersipu...khususnya mengenai tuntutan royalti minyak.
Itu yang dikhuatiri UMNO Kelantan, dan mereka juga bimbang pemuda PAS akan menaikan kain rentang tuntut royalti. Dan sememangnya kain rentang itu dinaikkan oleh NGO GERAK di beberapa tempat sempana lawatan PM itu.
Di pihak PAS pula, mereka bimbang pihak UMNO akan menguasai sepenuhnya Majlis Kelantan Fiesta itu walaupun Red Carpet event manager. Malah mereka juga mencium taktik UMNO telahpun menyediakan "bunting" yang menyatakan PM akan rasmikan Kelantan Fiesta bukannya Pemangku Raja Kelantan seperti hebahan awalnya. Dan cakap-cakap "dalaman" bahawa UMNO akan pastikan kedatangan penonton dalam stadium melebihi 40,000 orang supaya mengatasi rekod perhimpunan penjelasan royalti minyak oleh YBM Ku Li dahulu. Cakap-cakap dan bisik-bisik inilah yang menyebabkan baik antara PAS dan UMNO saling bimbang membimbangi.
Nak dijadikan"kegagalan" malam itu bila hujan lebat turun mencurah-curah selepas petangnya Kerajaan Kelantan menyatakan mereka memulau Fiesta ini kerana "telah lari" dari jadual asalnya itu. Oleh kerana itulah malam itu "gagal" sama sekali dan PM juga tidak muncul kerana pulang awal ke kuala Lumpur. Hanya Tok Pa yang merasmikan fiesta itu " dalam keadaan yang memilukan" baik dari segi hadirin dan juga PA System dan sebagainya.
Satukesimpulan yang boleh diambil atas kegagalan ini ialah kerana masing-masing pihak "bimbang dan curiga" antara satu sama lain. Walaupun ada event managernya , tetapi event manager juga lebih memihak dan mungkin kurangnya komunikasi dengan pihak Negeri. Maka berlakulah apa yang tidak sepatutnya terjadi dan saya percaya ianya memberi pengajaran berguna pada semua pihak.
Diharapkan PM tidak akan "serik" datang ke kelantan pada masa depan walaupun program pada kali ini "tidak menjadi" atau membuahkan haSIL khussunya dalam hubungan Pusat dan negeri. Seingat saya perkara hujan lebut di majlis dalam stadium ini pernah berlaku masa majlis lain juga seperti masa Persembahan kebudayaan beberapa tahun dahulu. Masa itu Al-Sultan hadir, Menteri Kebudayaan hadir dan MB juga hadir tetapi Allah turunkan "hujan" lebat malam itu sebaik memula persembahan, iaitu selepas ucapan perasmian dan majlis itupun ditamatkan.
Apapun perancangan kali ini nampak "tak lendik" sejak mula lagi. Dan perasmian Ar Rahnu oleh PM pun lebih pada "tangkap muat" sahaja kerana perasmian premis yang begitu kecil oleh PM. Saya ingat lagi MC menyatakan supaya orang ramai tidak menyertai PM memasuki premis baru itu kerana ianya akan sesak dan muat 20 orang sahaja pada satu-satu masa.
Begitu juga dengan lawatan ke Wat Siam di Tumpat (Wat Machimaram) itu, Baru seminggu sebelum itu Menteri di JPm Datuk Nazri Aziz datang temui masyarakat Siam di Tumpat. Dan PM datang lagi minggu ini, cuma PM memberikan cek bantuan 200,000 dan juga menyampaikan IC pada sekumpulan orang Siam. Dari segi mileage politiknya, agak kurang juga kerana apalah sangat dengan undi masyarakat Siam itu kalaupun dapat separuh. Ini kerana kerajaan negeri juga ada wakil dari masyarakatSiam itu menerusi perlantikan Penghulu Tanpa Mukim dan sebagainya. Sepatutnya Menteri boleh melakukannya usaha-usaha ini tanpa melibatkan PM yang memerlukan sesuatu yang lebih besar impaknya.
Kesimpulannya, bagi saya kahadiran PM pada 16 Jun lalu " mengecewakan" dari segi kesannya baik pada masyarakat Kelantan keseluruhannya terutama sekali bagi "mengharmonikan" antara pihak-pihak negeri dan Pusat. Dan seharusnya jika ingin membawa PM ke Kelantan pihak-pihak tersebut perlulah membuatkan majlis yang lebih bermakna dan dapat memberi "hasil" pada semua masyarakat Kelantan, sesuai dengan PM adalah Perdana Menteri bagi semua termasuk rakyat Kelantan juga.
No comments:
Post a Comment