Saya terdengar hujah di kedai kopi semasa minum bagaimana seorang pak cik yang agak berusia mengatakan BN adalah Barang Naik...bagi menyatakan rasa tidak puas hatinya pada kenaikan harga barang keperluan utama bermula malam tadi. Apa lagi Pak Cik tu bersyarah sakan dan melepaskan geramnya pada kawan sebelahnya yang berlainan anutan parti dengannya. "Ini sebab pemimpin UMNO punya pasal ni... suka naikkan harga barang..yang pemimpin tu hidup mewah...kita rakyat jembel ni yang melarat.
Kawannya yang dari tadi senyap nampak merah muka juga bila partinya di persalahkan lalu berkata. "kenapanya ...Barang awak tak naik ke?" membuatkan ramai tertawa dengan makna disebalik gurauan negetif itu.
Betul... bila harga barang seperti petrol dan diesel serta gula dan gas naik, akan dengan sendirinya harga barangan lain akan turut naik. Walaupun kerajaan kata ianya bukan naik tetapi "diseleraskan" sahaja, tetapi rakyat kini telah cerdik , apapun istilahnya maknanya tetap sama ,iaitu mereka terpaksa membayar harga yang lebih. Bukahlah lebih senang menyatakan harga "naik" sahaja daripada bersilat kuntau supaya ayatnya nampak lunak seperti pengurangan subsidi atau penyelerasan harga!
Rasanya semua masih lagi ingat tatkala PM terdahulu Tun Abdullah Badawi menaikkan harga minyak semasa pentadbirannya dengan agak tinggi dan katanya kerajaan akan dapat penjimatan 4 billion ringgit dan akan digunakan untuk menaiktaraf kemudahan pengangkutan awam. Bercakap atas kertas memang senang, tetapi ke mana perginya 4 billion penjimatan itu, sedangkan pengangkutan awam pada tahap yang sama.
Begitu juga sekarang, beratus juta dapat dijimatkan daripada kenaikan harga ini dan PM sekarang menyatakan ianya akan digunakan bagi kepentingan rakyat. Betulkah? atau juga alasan bagi menjustifikasikan kenaikan itu. Rakyat juga percaya dalam seminggu dua ini lagu-lagu lama akan didendangkan iaitu seperti pengambilan gula berlebihan tidak baik untuk kesihatan, penggunaan kenderaan persendirian terlalu banyak akan menyebabkan udara tercemar dan pelbagai lagi.
Manakala perbandingan harga dengan negara-negara lain juga akan dinyatakan bahawa harga di negara kita adalah yang terendah sekali berbanding Amerika Syarikat! masyarakat akan hanya senyum sumbing dengan kata-kata yang akan keluar dari pemimpin atau pak-pak menteri kerana telah faham benar maksudnya. Manakala pihak berkuasa pula akan menggandakan penguakuasaan dan menangkap penyeludup-penyeludup "ikan bilis" atau penyeludup kecil dan sebagainya. Drama dan lakonan ini telahpun dijangkakan oleh masyarakat yang telah masak dengan perangai dan feel pemimpin mereka.
Bagaimanapun isu kenaikan harga barang ini dapat menggerhanakan isu pasir di Selangor dan juga isu-isu lain. Mungkin pihak kerajaan tergesa-gesa melakukannya kenaikan harga ini kerana "mengejar" masa tatkala bulan depan sambutan bulan Ramadhan dan seterusnya hari raya. Adakah ini "ole-ole bulan puasa" dari kerajaan untuk tahun ini. Atau apakah mungkin ada lagi pusingan kedua kenaikan selepas raya atau hujung tahun nanti. Kalau begitu gayanya harapan CUEPACS untun mendapat "bonus" dua bulan bagi kakitangan awam hanya tinggal kenangan sahaja.
Saya suka mencadangkan pada pihak kerajaan, supaya "mengimbangi" kenaikan harga barangan ini dengan "membuat pengorbanan" sama dipihak pentadbiran kerajaan. Apa kata PM dan kabinetnya turut "berkorban" memotong sedikit gaji atau elaun mereka umpamanya 10% termasuk CEO GLC serta pegawai JUSA. Ini bagi menampakkan pada masyarakat umum bahawa pihak kerajaan sendiri juga "berkorban" dan bukan hanya rakyat yang "terkorban" atau "berkorban" untuk kerajaan.
Gaya kehidupan "mewah" para pemimpin kerajaan perlu di kurangkan dan perbelanjaan kerajaan juga perlu berhemah dalam apa acara sekalipun termasuk perayaan Rumah-Rumah Terbuka hari raya anjuran kerajaan dan lain-lain termasuk acara di peringkat "pemimpin bersama rakyat" yang menampakkan pembaziran dan tidak menampakkan kesan besar yang menguntungkan masyarakat keseluruhannya.
Sekiranya kerajaan bersederhana dalam perbelanjaan dan sedia juga "berkorban" dengan memotong sedikit gaji dan elaun terutama sekali para menteri dan timbalan, saya rasa rakyat akan sedikit terubat dengan kesnaggupan "orang atas" ini berkongsi zaman kesusahan ini.
No comments:
Post a Comment