Pada 6 Oktober kelmarin, pihak SPR telah mengumumkan hari penamaan calon dan hari pengundian bagi PRK Galas iaitu pada 26 Oktober 2010 iaitu hari selasa dan pengundian pada 4 November 2010 iaitu hari khamis. Soalnya mengapa pihak SPR memilih tarikh tersebut bukannya tarikh hari cuti sama ada jumaat atau sabtu. Inilah agaknya beberapa pihak membuat anggapan pihak SPR "undur ke belakang" dalam soal ini atau apakah "ada udang disebalik Mi".
Kalau nak dikatakan ianya bagi mengelakkan hari Deepavali pada 5 Oktober dan juga Raya Haji pada 17-18 Oktober, SPR boleh memilih tarikh selepas itu. Ini kerna SPR ada tempoh 60 hari untuk melaksanakan PRK itu. Pada suatu ketika SPR memilih tarikh hari cuti dalam beberapa PRK bagi menyenangkan para pengundi, tetapi dalam hal ini apa pula alasan SPR. Seolah-olah tidak memberi peluang bagi pengundi yang berada di luar Galas untuk kembali mengundi, lantas peratusan undi akan turun. Apakah kurangnya peratusan yang dimahukan SPR, tentunya tidak!
Pihak Kerajaan Kelantan hari ini ada membayangkan kemungkin memberikan cuti peristiwa pada 4 November ini bagi memmudahkan pengundi. Tetapi itu hanya melibatkan para pekerja Kerajaan Negeri, staff Persekutuan tidak mendapat keuntungan juga. Tetapi sekurang-kurangnya melegakan pihak pengurusan Pilihan Raya yang biasanya dilantik dari kalangan pegawai di Pejabat Tanah dan Jajahan.
KOTA BAHARU, 7 Okt – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau kemungkinan akan mengisytiharkan cuti peristiwa pada 4 November untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.
Beliau berkata perkara itu sedang dipertimbangkan disebabkan tarikh tersebut jatuh pada hari Khamis yang merupakan hari bekerja.
Nik Aziz (gambar) yang juga Mursyidul Am Pas berkata, hasratnya ialah untuk memudahkan pengundi keluar mengundi terutama bagi penduduk di kawasan terpencil.
Katanya beliau juga kesal dengan tarikh itu yang jatuh pada hari bekerja dan sepatutnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berbincang dengan kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum membuat keputusan kerana ia membabitkan hari bekerja dan urusan dengan orang ramai.
“Tindakan yang dibuat oleh SPR itu boleh menambahkan lagi kemarahan rakyat terhadap kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Pelancongan di sini, hari ini.Dalam pada itu perkembangan PRK semakin menampakkan kerancakannya. Dan nama-nama bakal calon juga semakin diperkatakan oleh kedua-dua pihak yang akan bertanding iaitu UMNO dan PAS. Malah ura-ura meletakkan KU Li sebagai calon DUN Galas semakin "kendur" dan bebarpa nama lain telah mula diperkatakan. INi berikutan tempelak dari beberapa pihak termasuk penyokong KU Li bahawa tindakan memaksa Ku Li turun ke DUN sebagai calon adalah seolah-olah merendah-rendahnya beliau.
Untuk itu sama-sama kita tunggu pengumuman dari Ku Li sendiri apabila beliau pulang ke tanah air pada 9 Oktober nanti. Sama ada beliau setuju jadi calon dan juga pengarah PRK atau hanya mengambil satu sahaja cadangan tugas yang mahu diletakkan atas bahunya.
No comments:
Post a Comment