Agak lama saya tidak membuat posting dan kebetulan dari 1 Mac hingga 3 Mac lalu saya berada di Pulau Pinang dalam rangka lawatan membuat tinjauan di sana. Dalam perbualan dengan pemandu teksi dan juga beca, didapati tidak ada masalah bagi mereka itu berada di bawah pentadbiran YAB Lim Guan Eng.
Malah saya disapa secara sinis oleh seorang pemandu teksi denganb mengatakan pada saya bahawa semasa pemerintahan BN selama 50 tahun dulu."apakah Ketua Menterinya Orang Melayu?" Saya terasa terpukul dengan sapaan sinis itu.
Berbalik soal pembangunan negeri ini, tidak ada apa yang tergendala sebenarnya. Malah Pulau Pinang bakal ada sebuah lagi Jambatan yang menghubungkan Pulau itu dengan Seberang Perai. Berhampiran Batu Maung kerja-kerja sedang giat dijalankan oleh kontraktor. Ini membuktikan bahawa walaupun ditadbir pembangkang, Pulau Pinang terus maju ke hadapan. Katakanlah Kerajaan Pusat yang meluluskan pembinaan Jambatan Kedua itu, tetapi kenapa Pusat membinanya; Ini kerana ianya akan juga memberi keuntungan pada negara, bukan sahaja Pulau Pinang.
Oleh itu apabila YAB Ketua Menteri Pulau Pinang menyatakan bahawa 4 buah negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Selangor,Kedah dan Kelantan telah menyumbangkan RM 25 billion pelaburan yang bersamaan dengan 53% daripada jumlah keseluruhan pelaburan Malaysia yang berjumlah RM 47.2 billion untuk tahun 2010.
Berdasarkan fakta ini 4 buah negeri yang ditadbir Pakatan ternyata lebih berjaya daripada 10 buah negeri yang ditadbir oleh BN secara umumnya.
"The 4 PR states of Penang, Selangor, Kedah and Kelantan have beaten the other 10 BN states by attracting RM25 billion in investments comprising 53% of Malaysia's total investments of RM47.2 billion in 2010. For the first time in history, Penang is now the new champion of investments in Malaysia, coming out top in 2010.
Penang replaced the previous 2009 champion Sarawak by recording RM 12.2 billion in 2010 as compared to Sarawak RM3.9 billion. Penang was No. 4 in 2009 with RM 2.1 billion but shot up 5 times to No.1. On the other hand Sarawak went down from No.1 in 2009 with RM 8.5 billion to No. 4 with RM3.9 billion in 2010. Penang's success in drawing in RM12.2 billion is an extraordinary vote of confidence by both foreign and local investors in the PR state government of Penang.
The No.2 state after Penang is another PR state of Selangor with RM 10.6 billion in investments. In fact the 4 PR states of Penang, Selangor, Kedah and Kelantan combined comprise RM 25 billion investments or 53% of the total investments in Malaysia of RM47,177 million in 2010. These 4 PR states alone can beat the remainder 10 states of BN Malaysia combined!
Despite the financial constraints and limitations imposed by BN, PR have shown our good governance. In Penang we have excelled by being praised by the Auditor-General Report for being the best financially managed state with record surpluses of RM88 million in 2008 and RM77 million in 2009. Penang became the first state government in history to be commended by Transparency International for CAT(Competency, Accountability and Transparency) governance in establishing integrity in leadership." Oleh sebab itulah BN amat bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kembali negeri Selangor ke tangannya kerana Pulau Pinang agak sukar untuk diperolehi kembali. Berdasa perangkaan di atas Pulau Pinang dan Selangor adalah antara negeri terkaya dalam Malaysia berdasar pelaburannya. Malah dalam sejarah juga buat pertama kali Pulau Pinang menduduki tempat pertama tahun 2010 edi disegi jumlah pelaburan mengatasi Sarawak yang menjuarai sebelum ini.
Sekiranya pentadbiran Pulau Pinang tetap konsisten dengan urus tadbir yang baik dan menyantuni kebajikan segenap lapisan rakyatnya tanpa mengira kaum, saya percaya usaha UMNO/BN untuk mentadbir kembali negeri itu tidak akan berjaya'; kecuali BN menampilkan corak pentadbiran yang sama dengan pentadbiran Pulau Pinang sekarang.
Saya telah mengambil catatan di atas untuk disimpan sebagai maklumat.
ReplyDeleteTerima kasih
terima kasih atas kunjungan ke blog saya
ReplyDelete