Saturday, March 5, 2011

PRK Dan PAS Menyantuninya


Pada masa-masa tertentu khususnya di kawasan kubu kuat PAS seperti di Kelantan, Terengganu atau Kedah serta sebahagian negeri Perak PAS memasuki gelanggang PRK adalah untuk memenanginya bagi membawa suara wakil parti Islam itu ke dalam Dewan Undangan Negeri. Namun begitu semasa kempennya tetapi juga dititik beratkan persoalan kefahaman Islam pada para pengundi.

Namun pada kawasan tertentu di pantai Barat, PAS memasuki gelanggang PRK dan juga PRU adalah lebih pada untuk menjadikan medan dakwah pada politik Islamnya. Acuan politik Islam yang dikemukakan PAS dapat disebar melalui ceramah dan kempen PRK untuk negeri-negeri yang masih lagi sukar untuk PAS bertapak.

Dan ianya tentu akan mengambil masa yang lama untuk memberi kefahaman itu. Seperti mana dalam PRK lalu di Tenang, Johor walaupun memang diduga PAS tidak akan menang tetapi usaha memperjelaskan ide perjuangan dan maslahah politik Islam perlu disebar dikhalayak ramai supaya ianya dapat difahami.

Di Tenang sekurang-kurangnya, ramai umat Islam di luar sana telah difahamkan oleh Puan Normala tentang haramnya bersentuhan(termasuk bersalam) antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim. Ianya bagaikan satu dakwah yang agak berkesan bila mana tokoh-tokoh agama turut bersetuju dengan hukum itu, walaupun banyak yang kita lihat isteri pembesar negara masih lagi bersalaman dengan lelaki bukan muhrim. Di mana suara pihak berkuasa agama kerajaan dalam hal ini? Apakah masih lagi mencari alasan "teguran bil hasanah" untuk menegur pemimpin atau isteri pemimpin itu?

Perkara sama dalam dua PRK yang terkini yang dimasuki gelanggang oleh PAS iaitu Merlimau di Melaka dan Kerdau Pahang. Mereka tidak menaruh harapan besar dalam PRK ini kerana dalam PRK segala macam "bantuan segera" dilonggokkan oleh pihak parti yang memrintah BN dan jarang PRK dapat dimenangi PAS kecuali di kawasan di pantai timur Terengganu dan Kelantan. Itu pun kadang-kadang dimenangi juga oleh BN/UMNO.

Untuk itu jadikanlah PRK dikedua-dua kawasan ini sebagai medan dakwah dan penyebaran politik Islam pada masyarakat setempat supaya suatu hari nanti Allah akan membuka pintu hatinya untuk mendekati sistem politik Islam yang lebih terarah pada memajukan masyarakat berpandukan agama Islam untuk mendapat keredhaan Allah. Wasallam.

No comments:

Post a Comment