Blog Archive

Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru Masihi 2011


Bersempena dengan dengan kedatangan Tahun Baru Masihi 2011, saya mengucakan Selamat M
Penulis masih teringat lagi pada sambutan Tahun Baru 2004 dahulu yang mana pada waktu itu sambutan diadakan di Masjid dan Surau bagi umat Islam dengan Tazkirah, Syarahan dan sebagainya. Alangkah eloknya sambutan tahun itu. Pihak kerajaan juga tidak mengadakan acara rasmi seperti biasa sama ada di Dataran Merdeka atau KLCC; semuanya kerana negara di landa tsunami.

Namun hari ini sambutan seperti itu tidak ada lagi. Kita semakin lalai,dan pihak berkuasa juga lalai dalam memenuhi tuntutan acara sambutan Tahun Baru 2011 ini. Apakah nanti bila ada bala menimpa baru kita akan menyambutnya secara berhemah dan berpandukan agama. Wallahu a'lam

Selamat Menyambut Tahun 2011. Takbir !

Friday, December 24, 2010

Program 100 Hari PR jika tawan Putrajaya


Pada 26 Disember lalu berlangsungnya Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan antara yang diperkatakan ialah Program 100 hari PR jika berjaya memerintah Malaysia nanti. Nampaknya apa yang terkandung dalam buku jingga adalah sesuatu yang 'istimewa' dan munasabah untuk dilaksanakan. Cuma mungkin bagi kerajaan sekarang ianya akan membebankan kerajaan tetapi tidak bagi PR.

Masalah yang dikatakan beban itu boleh di atasi dengan menghapuskan sama sekali pembaziran perbelanjaan kerajaan serta ketirisannya; termasuk juga kronisme dan rasuah yang berleluasa di kalangan elit penguasa. Mungkin kerana "tersentuh" dengan perkara itu Datuk Khir Toyo juga mengulas dalam blognya yang seakan menyatakan ianya boleh dilaksanakan jika ada kesungguhan.

(berikut diperturunkan petikan dari harakahdaily antara butiran Program 100 hari tersebut)

Program 100 Hari PR atasi 53 tahun BN
Muhayat Jasmin

ALOR SETAR, 24 Dis: Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar menyifatkan reaksi mengelabah para pemimpin Barisan Nasional (BN) terhadap janji pakatan rakyat sekiranya memerintah, khususnya Program 100 Hari kerana ia akan mengatasi pencapaian BN selama 53 tahun mentadbir negara.

Kata beliau, apa yang terkandung dalam 'Buku Jingga' PR adalah sesuatu yang diluar jangkauan BN sendiri, sebaliknya bagi PR ia adalah satu aspirasi yang akan menjadi realiti sekiranya berjaya menjadi pemerintah.

"Setelah 53 tahun memerintah BN tidak mampu untuk memberi apa yang tercatat dalam Program 100 Hari PR tersebut," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Jerai.

"Misalnya, pemberian imbuhan khas pendidikan kepada para guru dan pegawai pendidikan tidak dilakukan oleh BN. Tapi PR akan lakukan, ini sudah mencabar dasar yang selama ini BN amalkan.

"Malah imbuhan ini juga akan menelan belanja sebanyak RM3.2 bilion setahun. Ia lebih baik daripada menyalahgunakankan wang dengan penyelewengan, korupsi dan pembaziran melalui projek tidak berfaedah seperti diamalkan pemerintah ketika ini," kata beliau mengulas serangan bertali arus pemimpin BN terhadap janji PR melalui saluran media.

Sebelum ini PR mengeluarkan Buku Jingga yang mengariskan rancangan jangka pendek dan jangka panjang mentadbir negara sekiranya diberi peluang mengambil alih pemerintahan dalam pilihan raya akan datang.

Buku Jingga yang merupakan dasar bersama dipersetujui parti-parti dalam PR itu dikeluarkan melalui Konvensyen Ke-2 PR di Pulau Pinang pada 19 Disember lalu.

Antara yang menjadi perhatian, Buku Jingga itu turut mengariskan sepuluh perkara yang akan dilakukan oleh PR dalam tempoh 100 hari pertama memerintah, iaitu :

1. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.
2. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
3. Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan Menaikkan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang.
4. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.
5. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
6. Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.
7. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannyakepada generasi kedua dan ketiga Felda.
8. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20%.
9. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman.
10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

Mengulas lanjut, Firdaus berkata perancangan PR yang merangkumi pendidikan, ekonomi, pengurusan negara, merombak struktur subsidi dan menitiberatkan kesejahteraan dan kebajikan rakyat itu bukan satu pembohongan sepert dakwaan pemimpin BN.

"Kenapa BN mesti takut dengan cadangan PR sekiranya mereka benar-benar yakin bahawa rakyat sememangnya menyokong kepimpinan mereka. Apa yang jelas mereka gentar kerana Program 100 Hari tersebut mencabar kewibawaan dan kredibilit mereka," ujarnnya.

Anwar: PR janjikan memartabat peranan guru


Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Konvensyen PR di Pulau Pinang ahad lepas telah menggariskan beberapa perkara bagi membantu melonjakkan ekonomi negara dan juga menaikan martabat beberapa pfofesion termasuk perguruan.

Ternyata perkara yang digariskan dalam "buku jingga" tersebut yang merupakan janji dalam masa 100 hari jika Pakatan memerintah Putrajaya telah menyesakkan nafas beberapa pemimpin UMNO dan mengundang ulasan PM dan TPM. Ini menunjukkan benda yang digariskan itu ada munasabahnya dan boleh dilakukan jika ketirisan dan pembazaran yang berlaku termasuk kronisme dihapuskan.

Bekas Ketua Pembangkang Selangor yang juga bekas MB Datuk Khir Toyojuga turut teruja dengan janji 100 hari itu terutama dalam memartabat peranan guru. Beliau percaya rakyat akan tertarik pada PR jika janji yang diberikan itu adalah munasabah dan memberi keuntungan pada rakyat terbanyak.

Beliau juga menyindir bahawa walaupun kerajaan dapat memberi justifikasi pada kenaikan harga barang dan sebagainya, tetapi rakyat tetap tidak akan percaya pada BN kerana mendatangkan kesulitan pada rakyat terbanyak melalui siri kenaikan harga barang tersebut.

(dibawah petikan dari malaysiakini tentang janji PR memartabatkan guru)

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan kenyataan menteri pelajaran baru-baru ini yang didakwanya telah memperlekehkan peranan guru sebagai pembina negara.

Ianya berhubung hasrat Pakatan Rakyat untuk memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 kepada semua pegawai dan guru yang bertanggungjawab dalam sistem pendidikan.

Beliau menyebut bahawa tindakan memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap orang setiap bulan, akan
menyebabkan Malaysia muflis," kata Anwar dalam satu kenyataan hari ini.

Sebaliknya, Anwar yang juga ketua umum PKR berkata, Pakatan telah meneliti kesan kewangan dari pelaksanaannya.

"Kita mengambil kira bahawa terdapat 537,221 jawatan dalam perkhidmatan pendidikan termasuklah pengurusan kementerian (24,153), dasar dan pembangunan pendidikan (4,059), operasi pendidikan (498,399) dan pembangunan profesionalisme keguruan (10,610).

"Usaha menaiktaraf mutu pendidikan negara bermula dengan reformasi pendidikan dari pihak atas (penggubalan dasar, pembangunan keguruan) sehinggalah ke tahap pengajaran di bilik darjah (keberkesanan pembelajaran dan pengajaran)," katanya lagi.

Menurut Anwar, imbuhan khas pendidik itu akan menelan belanja RM3.2 bilion setahun.

"Jumlah ini adalah kecil jika dibandingkan dengan pembaziran lain yang kini berleluasa di bawah Umno/BN.

"Kos perbelanjaan semua lawatan perdana menteri ke luar negara setakat ini sebanyak RM8.7 juta boleh menanggung imbuhan bagi 1,450 guru.

"Bayaran kepada APCO sebanyak RM77 juta bagi tahun 2009 boleh menampung imbuhan bagi 12,800 guru iaitu keseluruhan tenaga kerja
yang membangunkan profesionalisme keguruan," katanya.

Selain itu, tambahnya, pembaziran Umno/BN sebanyak RM131 juta bagi menampung perbelanjaan perunding dan kos operasi PEMANDU bagi tahun 2010, boleh membayar imbuhan bagi 21,833 lagi guru, iaitu hampir keseluruhan tenaga kerja kementerian.

"Ini belum lagi pembaziran mega seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada sektor korporat dan kroni, kos menyelamatkan kroni

yang melibatkan Empangan Bakun sebanyak RM6 bilion dan ketirisan akibat rasuah yang dianggarkan mencecah RM28 bilion setiap tahun.

"Justeru, persoalan sama ada negara mampu membayar imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap bulan ini tidak timbul. Perkara yang sebenar adalah keikhlasan Umno/BN untuk mengangkat martabat pendidikan di negara ini," katanya.

Hakikatnya, tegas Anwar lagi, bidang pendidikan tidaklah berada di dalam senarai kepentingan Umno/BN.

Menurutnya, isu kualiti pendidikan ditimbulkan sejak sedekad lalu, tetapi sehingga kini tidak ada satu langkah konkrit untuk mengiktiraf sumbangan guru di samping memastikan kerjaya perguruan menarik minat calon berkualiti tinggi.

"Langkah Pakatan Rakyat memperkenalkan imbuhan ini adalah langkah pertama ke arah memartabatkan kerjaya perguruan setaraf dengan kerjaya profesional lain seperti jurutera, doktor dan akauntan," tegas Anwar.

Semalam, tambahnya, akhbar melaporkan persetujuan perdana menteri untuk menubuhkan badan perundingan khas untuk menyelesaikan isu-isu perkhidmatan perguruan.

"Perkara ini telah disyorkan CUEPACS sejak tahun 2002 lagi - tetapi hanya selepas Pakatan membuat cadangan yang konkrit untuk menaikkan martabat perguruan, Umno/BN memberikan reaksi cemas.

"Baru sekarang, perdana menteri mahu mendengar keluh kesah guru-guru yang bergelumang dengan pelbagai masalah setiap hari. Ini bukanlah caranya kita merancang kebajikan pendidikan negara.

"Tanggungjawab menjaga kebajikan guru-guru bukanlah satu reaksi yang hanya ada tindakan apabila Pakatan bersuara.

"Pakatan percaya tindakan utama yang perlu diambil untuk memulihkan kualiti pendidikan negara adalah dengan menjaga kebajikan guru secara berterusan dan bertanggungjawab.

"Oleh itu, jumlah RM3.2 bilion setiap tahun bukanlah jumlah yang terlalu besar demi masa depan anak-anak Malaysia," tegas Anwar.

PRK Tenang: 22 Jan penamaan calon,30 Jan mengundiundi


Pilihan raya kecil(PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, di Labis, Johor ditetapkan pada 30 Januari (Ahad) depan.

Manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 22 Jan, (Sabtu) kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff.
Beliau membuat pengumuman ini selepas SPR bermesyuarat pagi ini, katanya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya.

Menurut Abdul Aziz (kanan), seramai 14,753 pengundi yang melibat 14,735 pengundi biasa dan 18 pengundi pos, layak memilih ADUN Tenang.

Nampaknya pada kali ini ianya diadakan hujung minggu atau hari cuti umum iaitu sabtu dan ahad. Manakala di Kelantan tempoh hari PRK diadakan hari bekerja biasa sehingga menyebabkan kerajaan Negeri Kelantan 'Memberikan' cuti pada hari mengundi. Keputusan SPR ini kadang kala tidak konsisten dan menyusahkan sahaja.

Pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun ketiga tahun ini yang telah dikemaskini sehingga 17 Disember lalu.

Abdul Aziz berkata, sebanyak 376 petugas telah dilantik sepanjang lapan hari tempoh berkempen. Manakala seorang pengurus pilihan raya dan tiga penolongnya daripada Majlis Daerah Labis turut dilantik.

SPR menubuhkan tiga pasukan penguatkuas kempen pilihan raya untuk mengurus perjalanan pilihan raya dan mengawal kempen.

Pilihan raya itu juga akan menggunakan tiga dewan dan sembilan buah sekolah sebagai tempat pengundian yang melibatkan 32 saluran mengundi.

Katanya, penamaan calon akan diadakan di Majlis Daerah Labis manakala Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis akan dijadikan pusat penjumlahan undi.

Friday, December 17, 2010

Ambil pedoman Al Quran sepakatkan Pakatan


Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 18 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru anggota konvensyen Pakatan Rakyat mengambil pedoman dari falsafah yang ditonjolkan Islam menerusi al-Quran bagi menjaga kesepakatan hubungan dalam Pakatan Rakyat.

Tuan Guru juga seterusnya berkata, bersesuaian dengan Islam agama perpaduan, anggota Konvensyen Pakatan Rakyat perlu meletakkan keagamaan sebagai asas dalam menguruskan Pakatan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan harapan kepada perwakilan Konvensyen Ke-2 Pakatan Rakyat yang bakal berlangsung pada 19 di Kepala Batas, Pulau Pinang.

2000 perwakilan dan pemerhati dari PAS, PKR dan DAP akan menyertai konvensyen yang akan diadakan di Dewan Millenium Kepala Batas bermula jam 8.30 pagi hingga malam itu.

Konvensyen ini dijangka mempersembahkan cerita kejayaan Pakatan Rakyat dalam mentadbir beberapa negeri di samping merancang bersama persiapan menghadapi pilihan raya.

“Anggota konvensyen perlu mengambil pedoman daripada falsafah al-Quran itu sendiri sebagai penghubung penyelesaian ummah di samping meletakkan asas keagamaan teratas dalam menguruskan Pakatan Rakyat,”ujarnya lagi.

Beliau seterusnya berkata, Allah telah menciptakan manusia dalam sifat yang berbeza.

Sebagai contoh katanya, 10 manusia yang diciptakan Allah, didapati 10 kepala (pemikiran) yang bebeza.

“Bagaimanapun, rupa yang berbeza dan pendapat yang berbeza itu tidak akan memberi masalah sekiranya ia berpandukan ajaran Islam dan al-Quran, kerana Islam itu untuk semua,” ujarnya lagi.

Katanya, manusia akan selamat kehidupan mereka dunia dan akhirat sekiranya mengikut kehendak Islam yang syumul.

BERIKUT KENYATAAN PENUH NIK ABDUL AZIZ

KENYATAAN RASMI TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

Harapan Konvensyen PR ke-2: Islam sebagai asas

Bersempena dengan Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2 pada 19 di Kepala Batas, Pulau Pinang ini, semua pimpinan dan perwakilan hendaklah mengambil pedoman dari falsafah kesepakatan menurut Islam, iaitu mengutamakan peri pentingnya menjaga hubungan sesama anggota di dalam Pakatan Rakyat.

Ia juga bersesuaian dengan keutamaan ajaran Islam sebagai agama perpaduan, maka Konvensyen Pakatan Rakyat perlu meletakkan keagamaan sebagai asas dalam menguruskan kesepakatan politik.

Pimpinan dan perwakilan parti-parti Pakatan Rakyat––PAS, KEADILan dan DAP––yang menghadiri konvensyen itu nanti perlulah mengambil pedoman daripada maksud al-Quran yang sewajarnya dijadikan rujukan dan penghubung di dalam penyelesaian permasalahan ummah. Justeru ajaran Islam dan asas-asas keagamaan dapat dijadikan rujukan utama dalam menguruskan kesepakatan hubungan antara parti-parti Pakatan Rakyat.

Bagi PAS, amat meyakini bahawa Allah telah menciptakan manusia dalam sifat yang berbeza-beza. Misalnya, sepuluh manusia yang diciptakan Allah, didapati sepuluh kepala (pemikiran) yang bebeza. Bagaimanapun, perbezaan itu tidak akan memberi masalah sekiranya ia berpandukan ajaran Islam dan menjadikan al-Quran sebagai panduan, kerana Islam itu untuk semua kaum. Firman Allah SWT (surah Ali-Imran ayat 103):

Bermaksud: “...dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara...”

Sewajarnya juga kita mengambil pengajaran dari sabda Nabi Muhammad SAW:

Maksudnya: “Janganlah saling benci membenci, saling iri hati dan saling membuat keracunan. Jadilah hamba-hamba Allah yang saling bersaudara, dan tidak boleh seorang Muslim menghindari saudaranya lebih dari tiga hari.”

Demikian lagi, firman Allah SWT (surah al-Maidah ayat 48):

Maksudnya: “Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya”

Oleh itu, atas nama kesepakatan politik yang berpandukan hubungan antara parti di dalam Pakatan Rakyat yang mengutamakan asas-asas keagamaan hendaklah bersetuju dan bekerjasama di dalam setiap perkara yang memberi manfaat bersama untuk ummah di Malaysia hari ini. Sehubungan itu, saya yakin manusia akan selamat sepanjang hidup mereka di dunia dan sejahtera di akhirat kelak sekiranya mengikut kehendak Islam yang syumul.

Selamat berkonvensyen, semoga berjalanlah ia dengan keberkatan Allah SWT.

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT,

Al-Mursyidul Am PAS.

Kota Baharu, Kelantan.

12 Muharam 1432H/18 Disember 2010M.

Thursday, December 16, 2010

KAFA masih diam agihan pada pemain julang Piala Malaysia

Pada masa ini Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) masih lagi berdiam diri dari menyatakan agihan bonus pada pemain yang membantu pasukan Kelantan menjulang Piala Malaysia bagi tahun 2010 ini. Tinggal seminggu dua lagi tahun 2010 akan berakhir dan bonus yang diperkatakan masih belum ada riaknya.

Pihak pengurusan KAFA sepatutnya tidak perlu berlengah dalam hal ini. Penat lelah pemain perlulah dihargai, jangan hanya tenaga ditagih tetapi penghargaan dan bonus tidak diberikan.

Lebih-lebih lagi pihak kerajaan negeri juga sudah dua minggu menyatakan akan memberiklan RM200,000 sumbangan pada pemain Kelantan yang berjaya menjulang Piala Malaysia. Kalau KAFA berkira sangat dalam hal ini dengan pemain, akan ramai lagi bakal meninggalkan pasukan Kelantan nanti.

"Difahamkan pada Ramadan lalu kerajaan negeri juga membelanjakan sebanyak RM237,000 membawa seramai 36 pemain dan pengurusan Kafa mengerjakan umrah dan ini bagi kejayaan pasukan Kelantan menjadi Naib Juara Piala Malaysia tahun 2009 lalu.

Malah pada musim lepas kerajaan negeri juga melupuskan hutang Kafa sebanyak RM700,000daripada cukai hiburan yang dikenakan.

Manakala tahun ini cukai hiburan yang sepatutnya dibayar oleh Kafa kepada Stadium Sultan Muhammad Ke-IV sebanyak RM378,341 juga telah dilupuskan."

Itu adalah antara sumbangan kerajaan negeri yang besar juga iaitu kira-kira 1 juta pada pembangunan bola sepak Kelantan. Cukai yang sepatutnya dibayar KAFA telah dilupuskan kerajaan negeri sebagai membantu KAFA. Untuk itu adalah tidak tepat mengatakan kerajaan negeri tidak membantu bola sepak Kelantan. Hanya mereka tidak tahu sahaja berkata begitu.

Apapun bonus dan penghargaan pada semua pemain Kelantan yang membantu menjulang Piala Malaysia patut disegerakan oleh KAFA. Janganlah tunggu hingga musim 2011 menjelang tiba baru berkira-kira.

(dibawah petikan dari harakahdaily)

Insentif: Kafa membisu, pemain gelisah
Wartawan Kita

KOTA BHARU, 16 Dis: Selepas lebih dua minggu kerajaan mengumumkan memberi insentif RM200,000 kepada pemain Red Warriors di atas kejayaan menjulang Piala Malaysia, namun Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) masih membisu.

Sedangkan beberapa pemain meluahkan rasa tidak senang hati di atas tindakan Kafa tersebut.

Antaranya bekas pemain Akmal Rizal Rakhli mendedahkan kepada media, Kafa tidak berpegang kepada janji dan tidak adil dalam pembahagian bonus kemenangan Piala Malaysia.

Ekoran itu beliau dan beberapa pemain lain mengambil keputusan meninggalkan pasukan Kelantan sebaik sahaja musim Liga Malaysia 2010 berakhir.

Anggota Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood berkata, sehingga hari ini Kafa belum menghantar sebarang surat jawapan terhadap tawaran insentif kerajaan negeri kepada pemain ekoran kejayaan merangkul Piala Malaysia.

Katanya, kerajaan negeri telah mengumumkan insentif sebanyak RM200,000 diberi kepada pemain yang berjaya menjulang imej Kelantan apabila menggondol piala tersebut.

”Sehingga ke hari ini surat tawaran dari kerajaan yang dihantar kepada pihak pengurusan Kafa tidak dijawab bagi membolehkan satu majlis diadakan untuk memberi insentif kepada pemain.

”Kita memberi peluang untuk mereka menentukan tarikh yang sesuai dan senarai pemain bagi hadir menerima insentif di Kota Darulnaim.

”Namun malangnya sehingga ke hari ini Kafa tidak menghantar sebarang surat jawapan bagi membolehkan pemain yang berusaha keras sebelum ini menerima sedikit saguhati kerajaan negeri,” katanya di sini.

Pada Ramadan lalu kerajaan negeri juga membelanjakan sebanyak RM237,000 membawa seramai 36 pemain dan pengurusan Kafa mengerjakan umrah.

Malah pada musim lepas kerajaan negeri juga melupuskan hutang Kafa sebanyak RM700,000 daripada cukai hiburan yang dikenakan.

Manakala tahun ini cukai hiburan yang sepatutnya dibayar oleh Kafa kepada Stadium Sultan Muhammad Ke-IV sebanyak RM378,341 juga telah dilupuskan.

Bagaimanapun kata Abdul Fattah kesungguhan kerajaan negeri membantu pemain dan Kafa masih dipandang negetif pihak tertentu.

Saturday, December 11, 2010

Khir Toyo terkorban atau dikorbankan


Pendakwaan Datuk Seri Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor yang juga Ketua Pembangkang di DUN Selangor tidak memeranjatkan banyak pihak. Malah sedari awal lagi iaitu pada masa Tun Ling Liong Sik bekas Presiden MCA di dakwa di mahkamah, sudah ada terdengar suara mengatakan beliau juga akan menerima nasib sama seperti Ling Liong Sik.

Ada juga suara nakal yang menyatakan seharusnya ada seorang ahli politik dari MIC sepatutnya didakwa atas kesalahan serupa supaya ianya menampakkan "satu Malaysia". Ini kerana setakat imi hanya ahli politik berprofail tinggi dari UMNO, MCA sahaja yang didakwa, mungkin sedikit masa lagi ada juga dari MIC.

Kalau hendak diikutkan salah laku Khir Toyo itu telah didedahkan oleh Sdr Lutfi Othman lebih 10 tahun lalu semasa beliau menjadi MB lagi tetapi hanya selepas UMNO kalah dalam PRU lalu di Selangor baru didakwa. Ini memberi gambaran seolah-olah kalau mahu melihat ahli politik dari BN yang "salah laku" itu perlu ditumbangkan kerajaan BN yang memerintah sesuatu negeri itu. Kalau berkuasa agak susah nak di bawa kesnya. Apakah ianya sekadar dakwaan liar atau kebetulan tidaklah penulis ingin lanjtkan di sini.

Hanya satu perkara yang semua rakyat mahu melihat ialah pendakwaan ini telus dan terbuka dalam erti kata sebenarnya. Ini bagi memberi keadilan pada tertuduh dan juga rakyat jelata. Kita tidak mahu kes berprofail tinggi seperti ini hanya sebagai satu "eksesais undang-undang" sahaja. Rakyat mahu melihat ianya tidak seperti kes Eric Chia atau lain-lain seumpamanya.

Ianya penting bagi memperlihatkan ketelusan undang-undang yang akhir-akhir ini dimomokkan oleh pihak asing sehingga mencemarkan kedaulatan undang-undang.
Wallahu a'lam.
(petikan harakahdaily)

Khir Toyo korban PRU 13
Muhayat Jasmin

JERAI, 10 Dis: Pendakwaan terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamed KhirToyo merupakan agenda terancang Barisan Nasional (BN) bagi mencapai aspirasi mereka untuk menang menjelang pilihan raya umum ke-13 yang akan datang, dakwa Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar.

Mohd Firdaus yang juga Ahli Parlimen Jerai berkata, Khir menjadi mangsa politik BN yang terpaksa dikorbankan menjelang pilihan raya yang akan datang.

"BN cuba pamerkan imej bersih mereka dengan mengorbankan Ketua Pembangkang dalam Dun Selangor. Melalui cara ini BN mahu buktikan kepada rakyat mereka seolah-olah telus dalam membasmi rasuah dan penyelewengan," katanya.

Justeru beliau mengingatkan rakyat supaya tidak tertipu dengan sendiwara ini dan menggesa menolak BN dalam pilihan raya akan datang untuk memastikan perubahan lebik baik berlaku dalam negara.

Katanya, BN tidak mampu menyelesaikan masalah rasuah kerana mereka telah bergelumang terlalu lama dengan penyelewengan yang melibatkan sebahagian besar dari pemimpin mereka.

"Penyelewengan - penyelewengan yang berlaku sejak dahulu khususnya waktu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri tidak pernah pernah dibongkar dan diambil tindakan walaupun berpuluh - puluh aduan maupun laporan polis dibuat.

"Kes Khir Toyo ini langsung tidak menunjukkan mereka (BN) serius melakukan perubahan, ini hanya kes terpilih sama seperti beberapa kes sebelum ini yang disendiwarakan untuk tujuan politik," ujar beliau mengulas isu Khir Toyo dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan rasuah.

Khir Toyo, didakwa berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Seksyen 7, Shah Alam.

Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Khir Toyo didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Bagaiamanapun beliau dan pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni yang turut didakwa tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut yang dibaca di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh hari ini.

Shamsuddin didakwa di bawah akta yang sama serta satu tuduhan tambahan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat dengan Khir Toyo.

Dipihak Pakatan Rakyat khususnya, pendakwaan terhadap Khir Toyo masih dilihat sebagai usaha Umno dan BN memulihkan imejnya menjelang saat-saat pilihan raya umum yang dijangka hanya tinggal beberapa bulan lagi.

Pendakwaan terhadap Khir Toyo disifatkan sama dengan pendakwaan terhadap Eric Chia dan Kasitah Gaddam yang pernah diwar-warkan sebagai kes berprofil tinggi untuk menunjukkan kesungguhan kerajaan menentang rasuah ketika diawal pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.

Dalam kes Pengarah Urusan Perwaja Steel Sdn Bhd, Eric Chia yang dikatakan skandal penggunaan wang rakyat terbesar yang pernah dibicarakan iaitu melibatkan RM76.4 juta, berakhir dengan keputusan mengejutkan rakyat apabila mahkamah membebaskan beliau.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain yangt turut mengulas perkembagan kes Khir Toyo berkata, strategi politik BN sudah boleh dibaca iaitu menjadikan satu atau dua jerung besar sebagai mangsa menjelang pilihan raya.

"Walau bagaimana pun rentak tari BN, rakyat tidak akan mudah terpedaya. Yang jelas Umno dan BN semakin terdesak untuk mengekalkan kuasa pemerintahan dalam negeri dan juga negara.

"Pakatan Rakyat (PR) optimis, kekuatan yang terhad dimiliki oleh Umno dan BN itulah yang memaksa mereka bertindak sedemikian terhadap Khir. Bagi Umno dan BN siapa yang menjadi mangsa tidak menjadi keutamaan mereka. Kemenangan dengan apa jua cara sepertimana yang mereka lakukan di Perak adalah agenda utama, " katanya.

Friday, December 10, 2010

Sultan Muhammad Ke V Sah dan tidak perlu dipertikai sesiapa


Menteri Di JPM, Datuk Nazri Aziz menjelaskan bahawa Pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru, Sultan Muhammad V tidak perlu mendapat persetujuan daripada Kerajaan Pusat kerana Majlis Perajaan Negeri (MPN) lebih berkuasa tentang perkara tersebut. Beliau juga menyatakan semua pihak seharusnya menerima keputusan yang dibuat mengikut peraturan itu.

Penjelasan beliau itu dikatakan merujuk pada kenyataan media YB Tengku Razaleigh Hamzah yang meminta campurtangan Persekutuan dalam hal ini. Dengan jawapan itu sepatutnya golongan yang masih "keliru" atau sengaja tidak mahu faham itu sepatutnya memahami hakikat sebenarnya.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, apabila berlakunya sesuatu lantikan oleh majlis tersebut, apa yang perlu dilakukan adalah pemasyhuran iaitu memaklumkan kepada rakyat.

“Sebagai kerajaan, sebenarnya kita tidak boleh campur tangan dalam apa yang berlaku di dalam institusi beraja di Kelantan kerana mereka ada Majlis Perajaan yang boleh menentukan siapa yang berhak menjadi sultan.

“Apabila mereka telah menentukan siapa yang menjadi sultan, proses seterusnya adalah pemasyhuran, maknanya memaklumkan kepada rakyat.

“Jadi, kalau kita faham sistem ini, tidak ada ruang dan sebab mengapa pihak Kerajaan Pusat, mengapa kerajaan negeri dan mengapa rakyat perlu mempertikaikan apa yang berlaku di istana Kelantan itu,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya.

(petikan dari Kalam Perantau di bawah)

Isu Istana Kelantan : Majlis Perajaan Negeri lebih berkuasa


KUALA LUMPUR - Pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru, Sultan Muhammad V (gambar) tidak perlu mendapat persetujuan daripada Kerajaan Pusat kerana Majlis Perajaan negeri lebih berkuasa dalam perkara tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, apabila berlakunya sesuatu lantikan oleh majlis tersebut, apa yang perlu dilakukan adalah pemasyhuran iaitu memaklumkan kepada rakyat.

“Sebagai kerajaan, sebenarnya kita tidak boleh campur tangan dalam apa yang berlaku di dalam institusi beraja di Kelantan kerana mereka ada Majlis Perajaan yang boleh menentukan siapa yang berhak menjadi sultan.

“Apabila mereka telah menentukan siapa yang menjadi sultan, proses seterusnya adalah pemasyhuran, maknanya memaklumkan kepada rakyat.

“Jadi, kalau kita faham sistem ini, tidak ada ruang dan sebab mengapa pihak Kerajaan Pusat, mengapa kerajaan negeri dan mengapa rakyat perlu mempertikaikan apa yang berlaku di istana Kelantan itu,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya, di Parlimen hari ini.

Beliau mengulas permintaan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang meminta Majlis Raja-Raja, Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri memberi perhatian serius terhadap krisis istana di Kelantan yang berlanjutan bagi mengelakkan kegelisahan dan kekeliruan rakyat dengan situasi semasa di negeri itu.

Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra) dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 24 Mei tahun lalu oleh Majlis Perajaan kerana ayahandanya, Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Petra gering dan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu.

Mohamed Nazri berkata, institusi beraja di Kelantan telah wujud sebelum kewujudan Kerajaan Pusat pada 1957 malah tidak pernah berlaku pemasyhuran sultan perlu melibatkan persetujuan kerajaan pusat atau negeri.

“Tidak ada masalah dalam pemasyhuran itu. Jadi, takkan jika hanya Tengku Razaleigh tidak berpuas hati kita akan ambil kira pandangan beliau dan tidak pernah berlaku pun rakyat, Kerajaan Pusat atau kerajaan negeri dilibatkan dalam soal pemasyhuran sultan,” katanya.

Beliau berkata, isu tersebut juga tidak layak dibawa ke mahkamah khas kerana mahkamah itu hanya membicarakan salah laku seorang raja, bukan untuk pertikaian sama ada pemasyhuran itu sah atau tidak.

“Pemasyhuran ini (Sultan Muhammad V) perlu diterima semua. Apabila dimaklumkan kepada Pusat dan kita terima, bukan untuk kita iktiraf pun kerana ia tak perlu pengiktirafan daripada kita (Kerajaan Pusat),” katanya

Thursday, December 9, 2010

PROTES sedia berdemo kenaikan 4 dlm 1 ?


Pihak Gabungan Anti Inflasi (PROTES) menyatakan mereka sedia berdemo bagi mendesak kerajaan menarik balik kenaikan 4 dlm 1 yang diumumkan kerajaan minggu lalu. Kenaikan itu ialah petrol,diesel, gas, dan gula. Manakala pemimpin dan pihak penyokong Pakatan Rakyat juga sedia untuk turun ke jalan raya bagi bantahan ini yang menyebabkan rakyat bawahan menerima tekanan akibat kenaiukan harga barang.

Walau bagaimanapun mereka akan meneliti dahulu perkembangan kenaikan harga barang sebelum sesuatu keputusan untuk berdemo diambil.Minggu lalu, harga petrol RON95 naik 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula juga naik 20sen menjadi RM2.10 sen. Semua kenaikan itu dibuat di sebalik jaminan kerajaan bahawa tiada kenaikan harga untuk tahun ini.

Setiausaha agung PSM, S Artuchelvan ketika dihubungi berkata parti itu bersedia menggerakkan ahlinya menyertai demonstrasi membantah kenaikan yang sedang diteliti oleh Gabungan Anti-Inflasi (PROTES).

Katanya, bantahan itu adalah hak bagi setiap individu tetapi demonstrasi itu perlu diadakan dengan aman.

Sementara itu, Penyelaras PROTES Dr Hatta Ramli berkata gabungan itu kecewa kerana kerajaan telah memungkiri janjinya untuk tidak menaikkan harga barangan utama keperluan rakyat tahun ini.

Beliau yang sedang bercuti di luar negara berkata, kerajaan tidak prihatin masalah rakyat di hujung tahun yang memerlukan perbelanjaan bagi menyediakan keperluan untuk anak-anak bersekolah.

“PROTES akan bincangkan langkah seterusnya kemudian,” katanya kepada Malaysiakini menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Di Pulau Pinang, setiausaha PAS negeri, Mohd Fadzil Kemi berkata parti itu sedang memantau kesan kenaikan harga 4-dalam-1 itu sebelum bertindak.

Nampaknya semakin ramai NGO dan masyarakat membantah kenaikan ini kerana dibimbangi ianya akan menyebabkan kenaikan harga barang yang melambung jika tidak dikawal. Ini kerana petrol dan diesel merupakan "nadi" bagi pengangkutan barangan. Sebarang kenaikannya kan menyebabkan barangan lain naik.

Sunday, December 5, 2010

Peserta demo bantah kenaikan tarif air disembur air


Pada tengah hari tadi demonstrasi "kembali" lagi di ibu negara dengan kehadiran dua puan iaitu baju hitam dan baju merah. Penggunaan jenama baju berwarna ini seolah-olah "meniru" gaya demo di negara jiran Thailand suatu masa dahulu.

Bagaimanapun demo oleh peserta "baju hitam" amat dingin sekali sambutannya sekmitar 200 orang sahaja iaitu mereka yang berdemo membantah "apa yang disifatkan penyelewengan kerajaan selangor" dan peserta mereka juga dapat diagakkan iaitu terdiri dari para penyokong UMNO.

Manakala para peserta "baju merah" pula diketuai para pemimpin Pakatan Rakyat yang berjumlah kira-kira 15,000 orang. Seperti biasa demo di Kuala Lumpur tidak sah jika tidak berlaku tembakan gas pemedih mata atau semburan air, kecuali demo oleh penyokong UMNO atau dihadiri pemimpin UMNO yang biasanya jumlah yang kecil dan tidak dihiraukan sangat oleh masyarakat Kuala Lumpur.

Tetapi kalau demo oleh PR biasanya akan menyebabkan terjadinya "pertempuran" gas dan semburan air. Jarang terjadi suasananya aman damai walaupun ianya perhimpunan aman. Agak susah untuk melihat suasana perarakan aman seperti mana di Kota London yang mana pasukan keselamatan memberi kerjasama dan ianya berlangsung secara aman.

Saya dapat membuat kesimpulan di sini bahawa baik pasukan pendemo atau pasukan keselamatan, masing-masing ada agendanya. Pihak pendemo sebolehnya mahu menghimpunkan seramai mungkin orang ramai dan berarak dan jika ini terjadi mereka "berjaya". Dan bagi pasukan keselamatan pula mereka semahu mungkin tidak mahu adanya perarakan beramai-ramai itu kerana jika ada akan memberi gambaran rakyat tidak sukakan kerajaan yang berkuasa dan ini yang tidak diingini oleh pemimpin yang berkuasa.

Lantaran itu terjadilah "pertempuran" seperti biasa terjadi dalam demonstrasi, tangkapan dan sebagainya dan kemudian segalanya selesai seketika sehinggalah demonstrasi yang akan datang pula.

Friday, December 3, 2010

Harga Petrol, diesel , gas dan gula naik lagi!


Harga bagi petrol, diesel, gas dan juga gula akan mengalami kenaikan mulai tengah malam ini. Hanya beberapa hari lalu harga petrol RON97 mengalami kenaikan sebanyak 15 sen, dan kali ini RON95 juga naik. Ini akan menyebabkan pihak kerajaan dalam keadaan sukar memberi penjelasan pada rakyat bawahan justifikasinya.

Ini kerana pada kenaikan RON97 beberapa harilalu dikatakan tidak melibatkan rakyat terbanyak kerana ia dikatakan melibatkan kereta mewah, tetapi bila RON95 juga naik adalah susah sikit penjelasannya. Walau apa pun nama diberi iaitu "penyelarasan" subsidi atau apa istilah pun, hakikatnya harganya naik.

Dan kenaikan ini tentu sekali menyusahkan rakyat jelata kerana ianya merupakan barangan perlu termasuk gula dan gas. Seperti biasa pihak kerajaan akan membanding dengan negara-negara lain yang dikatakan lebih mahal dari Malaysia. Alasan lapuk yang hanya manis dimulut sahaja sedangkan hakikat sebenar rakyat lebih memahami. Saya percaya kerajaan akan menjadi lebih tidak popular dengan dasar ini.

Apakah ini merupakan tanda-tanda akan "buang tabiat" sebuah kerajaan yang dikatakan kukuh dan teguh sehingga dalam beberapa bulan sajaha menaikan harga. Kalau tak silap bulan Julai lalu terlaku kenaikan harga minyak dan kini berlaku lagi. Saya percaya kalau kerajaan memanggil PRU13 dalam keadaan sekarang mereka akan "bungkus" kerana ketidakpopularan kerajaan semakin menjunam.

(dari malaysiakini)
4-dalam-1: Harga petrol, diesel, gas, gula naik lagi

Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

azlanPetrol RON95, dipercayai akan dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel pula dipercayai dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula dikatakan akan naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

azlanSemua harga baru dijangka berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) .

Malaysiakini turut dijemput ke taklimat itu melalui panggilan telefon tetapi wartawan kami dihalang memasuki ibupejabat Unit Kordinasi dan Pelaksanaan di Pejabat Perdana Menteri, kemudiannya tanpa sebarang alasan.

Pengumuman rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri berhubung kenaikkan ini dijangkakan pada jam 8 malam.

Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas.

Wednesday, December 1, 2010

Kerajaan Kelantan sumbang RM200,000 pada Pasukan Red Warriors yang menjadi Juara Piala Malaysia

Kerajaan Kelantan hari ini telah meluluskan hadiah wang tunai sebanyak RM 200,000 untuk diberi pada Persatuan Bolasepak Kelantan(KAFA) untuk diagihkan pada pemain-pemain pasukan Red Warriors di atas kejayaan menjulang Piala Malaysia pada tahun 2010 ini.

Hadiah ini juga sebagai menggantikan hadiah "menunaikan umrah" tahun 2009 lalu. Mengikut Tok Guru MB, pada tahun ini kerajaan bercadang memberikan wang tunai kerana ianya akan dapat turut dikecapi ahli keluarga pemain berbanding "umrah" dapat dinikmati pemain sahaja, tidak keluarganya.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fatah Mahmood, selepas mesyuarat exco, di sini selepas mesyuarat EXCO pada hari ini.

Dengan ini ternyata kerajaan negeri juga turut berkongsi kejayaan dan turt meraikan kejayaan pasukan Kelantan itu. Tidak timbul soal kerajaan negeri mengabaikan KAFA kerana penggunaan stadium negeri oleh KAFA juga seringkali diberikan diskaun oleh kerajaan negeri menerusi Perbadanan Stadium dan kadang kala hutang KAFA bagi penggunaan stadium juga boleh dibawa berunding bagi melunaskannya oleh KAFA.

Oleh itu pihak KAFA dan juga kerajaan negeri seharusnya mengeratkan lagi kerjasama ini tanpa dipengaruhi mana-mana elemen politik bagi menyaksikan sukan bola sepak Kelantan terus berkembang maju.

(petikan harakah dibawah)

Piala Malaysia: Kelantan hadiah RM200,000 Rizal Tahir

KOTA BHARU, 1 Dis: Kerajaan Kelantan hari ini meluluskan ‘hadiah’ sebanyak RM200,000 kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) setelah Red Warriors berjaya membawa pulang Piala Malaysia, baru-baru ini.

Sumbangan itu sebagai memenuhi janji kerajaan negeri sebelum ini terhadap pasukan Kelantan itu yang telah berjaya menjulang Piala Malaysia setelah 55 tahun menunggu.

Hadiah wang tunai tersebut juga bagi menggantikan hadiah Umrah yang diberi oleh kerajaan negeri tahun lalu.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fatah Mahmood, selepas mesyuarat exco, di sini sebentar tadi.

Menurutnya, kerajaan negeri melihat kejayaan besar itu perlu diraikan untuk mereka.

“Kerajaan negeri akan menyerahkan sumbangan itu pada Kafa dan terpulang pada Kafa tarikh yang sesuai perlu diadakan untuk diadakan majlis khas.

“Kita cadangkan biarlah ianya diadakan di Kompleks Kota Darulnaim dan kita raikan sama-sama,”ujarnya.

Pada masa yang sama, katanya bagi meraikan kejayaan Red Warriors juga kerajaan negeri turut melupuskan Cukai Hiburan yang perlu dibayar oleh Kafa kepada Stadium Sultan Muhammad Ke-IV sebanyak RM378,341.11.

Menurutnya, tahun ini kerajaan negeri telah dua kali mengecualikan bayaran itu, iaitu pada bulan April lalu.

Ianya dilakukan sebagai sumbangan terhadap kecemerlangan Kafa dan Red Warriors.

Harakahdaily/-

Saturday, November 20, 2010

Mengapa tiada demonstran tenaga kerja Indonesia di Saudi didera dan dibunuh


Saya percaya sekiranya peristiwa penderaan ke atas tenaga kerja Indonesia seperti yang berlaku di Arab Saudi itu terjadi di Malaysia, pasti satu tunjuk perasaan besar-besaran akan berlaku di Jakarta dan seluruh bandar lain. Apa lagi isu ini diambil berat sehingga kerajaan Indonesia menghantar seorang menteri ke Arab Saudi bagi memperinci kes ini.

Lantas kedengaran juga desakan dari Speaker Dewan Perwakilan Rakyat supaya memberhentikan pengiriman tenaga kerja Indonesia ke Arab Saudi. Sementara soal penghantaran tenaga kerja ke Malaysia khususnya pembvantu rumah masih lagi "tergantung" dan belum dipastikan lagi sama ada diberhenti terus atau disambung semula. Dan jika diberhenti pula pengiriman ke Saudi,maka 2 negara terlibat dalam penghantaran tenaga kerja Indonesia, yang rasanya tidak mampu ditangani kerajaan. Ini kerana mereka ini (tenaga kerja) membawa pulangan kewangan ke Indonesia yang agak besar juga.

Apa yang ingin diperkatakan di sini ialah soal kepekaan baik media atau NGO di Indonesia tentang nasib tenaga kerja mereka. Kalau kes yang terjadi di Malaysia amat cepat mereka menyuara bantahan keras termasuk "membakar bendera" atau berdemo, tetapi mengapa sepi bila terjadi di negara lain.

Apa yang terjadi di Arab Saudi rasanya sama tragisnya dengan yang berlaku di KualaLumpur iaitu tenaga kerja pembantu rumah itu didera dengan sterika panas, malah digunting bibir mulut, dan juga dibunuh. Rasanya warga Indonesia keseluruhannya tidak dapat menerima sama sekali penderaan ini. Cuma kali ini aksinya terhadap Arab Saudi tidak sama dengan aksi pada Malaysia.

Adalah diharapkan pada masa depan media dan juga NGO serta masyarakat Indonesia supaya bertindak sama rata dan lebih berdiplomasi menggunakan saluran kerajaan dan diplomatik dalam mengatasi masalah ini. BUkannya semberono melakukan aksi demonstrasi dan berslogankan "ganyang Malaysia" yang akan mengeruhkan hubungan dua hala antara 2 negara.

Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan, cuma berhemahlah dalam mengatassi masalah tersebut dalam suasana serumpun.

(dibawah petikan dari Utusan online)

Indonesia digesa henti hantar pekerja ke Saudi

JAKARTA 20 Nov. - Speaker Dewan Perwakilan Rakyat, Marzuki Alie menggesa kerajaan Indonesia menghentikan penghantaran pekerja-pekerja tempatan ke Arab Saudi jika pihak berkuasa negara itu gagal menangani kes penderaan ke atas rakyatnya Sumiati Salan Mustapa, yang bekerja di negara itu, baru-baru ini.

Sumiati dimasukkan ke hospital di Arab Saudi akibat didera secara fizikal dan psikologi.

"Penderaan itu mengaibkan Indonesia sebagai sebuah negara. Jika pihak berkuasa Arab Saudi gagal menangani kes itu, adalah lebih baik penghantaran pekerja-pekerja tempatan dihentikan untuk sementara waktu," kata Marzuki.

Menurut Marzuki, kerajaan Arab Saudi perlu menjatuhkan hukuman ke atas majikan Sumiati jika dia terbukti mendera pekerjanya itu.

Tambah beliau, kerajaan Indonesia juga perlu memantau proses undang-undang itu dan memulakan dialog serius dengan kerajaan Arab Saudi untuk menjamin keselamatan pekerja-pekerja Indonesia.

"Kami akan membantu kerajaan untuk melakukannya. Satu pasukan daripada kalangan penggubal undang-undang akan dibentuk bagi memastikan keselamatan rakyat negara ini yang bekerja di Arab Saudi,'' katanya. - AGENSI

Ku Li mahu tunai janji membela nasib Orang Asli


Mengikut laporan media hari ini YB Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang berjanji akan membela nasib Orang Asli yang telah membantu memberi kemenangan yang selesa kepada UMNO-BN dalam PRK Galas 4 November lalu. Sokongan pengundi orang asli melebihi 90 % daripada kira-kira 2000 pengundi orang asli telah melonjakkan kemenangan BN.

Namun begitu Ku Li juga perlu "berbaik" dengan pihak kerajaan negeri dan juga jentera negeri terutama Pejabat Tanah dan Jajahan bagi menyelesaikan masalah orang asli ini khususnya soal pemilikan tanah yang di bawah bidang kuasa negeri. Adalah diharapkan kerjasama yang baik dapat terjalin bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab baik olehy kerajaan negeri dan juga wakil rakyat baru kawasan ini yang dari BN.

"Saya fikir sekiranya tidak kerana sokongan padu daripada kaum itu sudah tentu kita daripada BN amat sukar memperoleh kemenangan dengan majoriti besar.

"Oleh itu, saya tidak akan mungkir janji semasa pilihan raya kecil lepas dan tetap melaksanakan apa yang saya kata (pada kempen pilihan raya itu)," katanya semasa berucap pada majlis sambutan Aidiladha sempena meraikan kemenangan BN bagi kerusi DUN Galas pilihan raya kecil di Bukit Chekati, di Gua Musang, malam tadi.


Dengan ura-ura PM tentang rombakan kabinet, adakah Ku Li akan diberikan peranan dalam UMNO-BN atau beliau masih ditakuk lama. Mungkin lebih baik jika beliau diberi peranan yang penting dalam kerajaan bagi membalas jasanya "memberi kemenangan" pada Bn dalam PRK Galas baru-baru ini. JIka tidak beliau hanya akan kekal menjadi "gurkha" untuk kesekian kalinya. wallahu a'lam.

Ku Li jamin tunai janji Orang Asli

Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah memberi jaminan akan menunaikan segala janji untuk membela nasib kaum Orang Asli yang banyak membantu kemenangan BN pada pilihan raya kecil DUN Galas, 4 Nov lepas.

Tengku Razaleigh berkata kaum itu yang setia dengan perjuangan Umno telah memberikan sokongan padu bagi membolehkan BN menebus semula maruah selepas kekalahan kerusi DUN Galas pada pilihan raya umum lalu.

"Saya fikir sekiranya tidak kerana sokongan padu daripada kaum itu sudah tentu kita daripada BN amat sukar memperoleh kemenangan dengan majoriti besar.

"Oleh itu, saya tidak akan mungkir janji semasa pilihan raya kecil lepas dan tetap melaksanakan apa yang saya kata (pada kempen pilihan raya itu)," katanya semasa berucap pada majlis sambutan Aidiladha sempena meraikan kemenangan BN bagi kerusi DUN Galas pilihan raya kecil di Bukit Chekati, di Gua Musang, malam tadi.

Hadir sama pada majlis itu anakanda Sultan Ismail Petra, Tengku Muhammad Fakhry Petra; ADUN Galas Abdul Aziz Yusoff; ADUN Paloh Datuk Nozula Mat Diah dan ADUN Nenggiri Md Yusoff Ab Ghani serta wakil-wakil kaum Orang Asli dan pemimpin parti komponen BN.

Tengku Razaleigh berkata beliau bersedia berbincang dengan ketua-ketua kaum Orang Asli mengenai perkara yang dijanjikan dalam masa terdekat ini kerana ia penting bagi kemajuan masa depan mereka.

Ia turut membabitkan hal berkaitan dengan kerajaan negeri terutama mengenai tanah kerana kaum itu wajar diberi keutamaan dalam penyelesaian berkenaan, katanya.

"Kita begitu kagum dengan sokongan 90 peratus Orang Asli pada pilihan raya kecil berkenaan di samping kaum lain terutama Melayu, Cina dan India juga. Saya menghormati segala usaha hingga mencapai kemenangan," kata Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang.

Katanya BN Gua Musang kini perlu bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

"Langkah itu bukan bertujuan untuk kita membanggakan diri atau riak diatas kemenangan besar BN pada pilihan raya kecil berkenaan (Galas), sebaliknya untuk faedah rakyat di Gua Musang juga," katanya.

Pada pilihan raya kecil Galas, Abdul Aziz menang dengan majoriti 1,190 undi setelah mendapat 5,324 undi manakala calon PAS Dr Zulkefli Mohamad memperoleh 4,134 undi.

Tengku Razaleigh merupakan pengarah pilihan raya kecil BN/Umno pada pilihan raya kecil berkenaan.

--Bernama

Friday, November 19, 2010

Jubli Perak Peristiwa Memali: Pengkisahan Sejarah memperingati


Pada hari ini bermulanya Sambutan Jubli Perak Peristiwa Memali di Madrasah Islahiah Diniah, Memali, Baling, Kedah. Majlis sambutan selama 3 hari itu bertujuan memperingati sejarah "pedih" yang terjadi 25 tahun lalu itu yang pada masa ini mungkin geberasi muda tidak begitu tahu mengenainya.

Di samping itu Pengkisahan Sejarah diadakan yang mana tokoh yang terlibat sendiri dengan peristiwa itu (eye-wittness)iaitu Senator Yusuf Husin akan memperihal kan susur galur terjadinya peristiwa malang itu.

(berikut dipetik dari malaysiakini beritanya)

Pengkisahan Memali imbau insiden 25 tahun
Abdul Rahim Sabri
Nov 19, 10
Sambutan jubli perak selama tiga hari bagi memperingati peristiwa Memali bermula hari ini.

NONEKetua penerangan Pemuda PAS Kedah, Nasir Zakaria. kemuncak program ini ialah apabila setiausaha PAS Kedah Senator Yusof Husin membaca satu pengkisahan mengenai peristiwa berdarah itu.

"Ini kerana beliau terlibat secara langsung dengan peristiwa terbabit," katanya sambil menambah pengkisahan itu akan berlangsung pada hari ketiga, iaitu Ahad ini.

Menurutnya, program itu akan berlangsung di Madrasah Islahiah Diniah - sekolah yang diasaskan oleh Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.

Tiada permit polis

Nasir berkata pihaknya tidak memohon permit polis, kerana program tersebut dibuat di dalam kawasan sekolah dan berharap program itu berlangsung dengan aman tanpa kekecohan.

NONE"Sebelum ini kita buat (program) tidak pernah berlaku apa-apa kekecohan. Berlangsung dengan aman," katanya.

Namun katanya, pihak penganjur juga telah memaklumkan kepada polis berhubung penganjuran program berkenaan.

PAS menganggarkan kira-kira 50 ribu pengunjung dari seluruh negara akan menghadiri penganjuran "ala-ala karnival" dalam sambutan ulang tahun ke-25 memperingati peristiwa Memali.

Selain pengkisahan itu, pelbagai program juga disusun bermula hari ini yang dianjurkan Pemuda PAS Kedah dengan kerjasama Pemuda PAS di peringkat pusat.

NONE"Apa yang menarik dalam program ini adalah kita mahu mengimbau insiden yang berlaku 25 tahun lalu. Ada di kalangan generasi (yang berumur) 25 tahun, tidak mengetahui (sejarah) peristiwa ini.

"Kita mahu menyampaikan sejarah peristiwa Memali. Kita mahu peristiwa ini sentiasa segar dalam ingatan rakyat di negara ini," kata Nasir.

Tragedi Memali pada 1985 menyaksikan 14 orang terbunuh ketika bangkit menentang lebih 3,000 anggota polis yang cuba menahan Ibrahim Libya yang merupakan orang kuat PAS dan 35 pengikutnya di bawah Akta ISA 1960.

NONEMereka didakwa disyaki terlibat dalam kegiatan yang menggugat keselamatan negara.

Menurut kerajaan, semasa operasi tersebut, pihak polis telah diserang oleh pengikut-pengikut Ibrahim dengan bersenjatakan senjata api, parang, pedang dan buluh runcing.

Pihak polis telah menyeru mereka supaya meletakkan senjata dan menyerah diri secara aman tetapi didakwa tidak diendahkan dan demi mempertahankan diri dan mematahkan serangan tersebut, pihak polis mendakwa terpaksa menggunakan senjata api dan melepaskan tembakan.

Konvoi bermotosikal

NONEPeristiwa tersebut, turut mengorbankan empat anggota polis 23 anggota polis dan 14 orang awam mengalami kecederaan.

Menurut Nasir, lagi program sambutan memperingati peristiwa yang menyayat hati itu dibuat setiap tahun bagaimanapun kali ini dianggap istimewa kerana sempena genapnya 25 tahun peristiwa itu.

Nasir berkata, program selama tiga hari ini diisi dengan program antaranya, ijtimak guru dan pelajar pondok, konvoi Pemuda PAS, persembahan nasyid, tahlil perdana, klinik smart solat, pameran gambar tragedi berkenaan, pameran jabatan pendidikan negeri, dan ceramah perdana.

Selain itu, Nasir juga berkata pantomin mengisahkan rakyat Palestin akan juga dipentaskan bagi memberi kesedaran kepada rakyat mengenai kesengsaraan yang masih terus dihadapi oleh saudara Islam mereka di bumi Anbiya'.

memali 25 year anniversary, pas supporters"Konvoi bermotosikal dibuat oleh semua 15 kawasan seluruh Kedah menuju ke Memali dan saya difahamkan turut disertai oleh beberapa kawasan dari Perak.

"Ceramah pembukaan malam ini yang akan disempurnakan oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Kita menjangkakan kira-kira 8,000 orang akan menghadirinya sekiranya cuaca mengizinkan," katanya ketika dihubungi pagi ini.

Wednesday, November 17, 2010

Presiden MCA salahkan AidilAdha...Alahai Chua...


Presiden MCA sekali lagi melontar pandangan dengan ide "otak kemetotnya" (pinjam istilah MSO) dengam mempersalahkan perayaan Aidil Adha di Kota Bharu yang menurutnya beberapa kedai ditutup. Nampak sangat beliau sengaja mencetuskan isu ini bagi "membelasah" pentadbiran PAS Kelantan, namun yang terjadi sebaliknya, ramai yang mempertikaikan beliau termasuk menerusi twitter.

“Disebabkan Hari Raya Haji, semua kedai nampak tertutup untuk sambutan ataupun ini adalah arahan daripada majlis tempatan? Ia sunyi di Kota Bharu,” soal Chua di Twitter walaupun sememangnya umum diketahui bahawa sambutan Hari Raya Haji di Kelantan dan beberapa negeri lain adalah jauh lebih meriah berbanding Hari Raya Aidilfitri.

Kenyataan bekas Menteri Kesihatan yang pernah terpalit dengan skandal seks apabila videonya dengan seorang wanita tersebar di khalayak ramai, menerima kritikan keras daripada ahli parlimen Batu, Tian Chua yang menyelar Chua cuba menjadikan cuti sambutan Aidil Adha sebagai satu isu.


Beliau mungkin kurang menyedari bahawa penutupan kedai sempena Tahun Baru Cina lebih lama oleh para peniaga sebenarnya yang kadang kala sampai dua minggu sehingga selepas Chap Goh Mei. Tetapi masyarakat Melayu tidak merungut dengan penutupan kedai oleh pekedai cina seperti itu.

Apa yang Chua cari di Kota Bharu sebenarnya? atau sekadar mencari isu! Kelantangan beliau han ya memberikan imej buruk pada dirinya yang sudahpun terpalit imej buruk skandal seksnya itu. Masyarakat Kelantan tidak akan lupa dengan bekas Menteri "porno" ini yang kini menjadi Presiden MCA. Malah masyarakat Kelantan di luar Kelantan juga akan mencemuh beliau yang membangkitkan isu remeh ini sekadar untuk bercakap kerana kekurangan isu.

Kedai tutup: Presiden MCA salahkan Aidil Adha
Harakahdaily
KOTA BHARU, 18 Nov: Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sekali lagi cuba mencetuskan isu untuk membelasah PAS semalam apabila mempersoalkan mengapa kebanyakan kedai di Kota Bharu tutup sempena sambutan Aidil Adha.

“Disebabkan Hari Raya Haji, semua kedai nampak tertutup untuk sambutan ataupun ini adalah arahan daripada majlis tempatan? Ia sunyi di Kota Bharu,” soal Chua di Twitter walaupun sememangnya umum diketahui bahawa sambutan Hari Raya Haji di Kelantan dan beberapa negeri lain adalah jauh lebih meriah berbanding Hari Raya Aidilfitri.

Kenyataan bekas Menteri Kesihatan yang pernah terpalit dengan skandal seks apabila videonya dengan seorang wanita tersebar di khalayak ramai, menerima kritikan keras daripada ahli parlimen Batu, Tian Chua yang menyelar Chua cuba menjadikan cuti sambutan Aidil Adha sebagai satu isu.

Kenyataan Chua turut dibidas oleh para pengikutnya di Twitter sehingga beliau dituduh sebagai seorang ahli politik yang bangkrap idea.

“Reportlah polis. Minta suruhanjaya diraja. Buat demo ke,” cabar seorang pengguna Twitter Noor Azam yang juga kelihatan tersinggung dengan kenyataan Chua.

Ini bukan kali pertama presiden MCA itu menonjolkan kedaifannya terhadap hal-hal berkaitan Islam.

Pada bulan Ogos yang lepas, Chua telah menimbulkan kontroversi apabila mengatakan antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam.

Beliau turut mendakwa pertarungan keIslaman antara Umno dan PAS sebagai punca utama negara terperangkap dalam golongan negara berpendapatan sederhana untuk sedekad yang lalu.

Kenyataan Chua tersebut menerima kritikan pedas dari ahli politik kedua-dua sisi dan disebabkan itu, sebagai jalan keluar bekas menteri Kesihatan telah menyalahkan online portal Malaysiakini dan The Malaysia Insider kerana 'salah memetik' kenyataannya.

ABIM: Hindari rasuah, Fitnah dan zalim sesama manusia

Dalam perutusan Hari Raya Qurban Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Muhamad Razak Idris mengajak umat agar tingkatkan penghayatan diri terhadap kefahaman ajaran Islam dan membudayakan seluruh perintah dan larangan agama di dalam kehidupan diri,” kata Presiden ABIM itu.

Pada zaman yang penuh pancaroba ini penghayatan pada kefahaman ajaran Islam adalah amat penting sebagai benteng diri dan memperkasakan lagi jatidiri berasaskan ajaran Islam.

(dibawah adalah petikan perutusan beliau dari harakahdaily)

Jauhi rasuah, fitnah dan zalim sesama manusiaHarakahdaily

KUALA LUMPUR, 17 Nov: Umat Islam diajak memulakan proses penghayatan semangat Aidiladha di dalam setiap kehidupan terlebih dahulu selaku individu muslim.

“Marilah kita tingkatkan penghayatan diri kita terhadap kefahaman ajaran Islam dan membudayakan seluruh perintah dan larangan agama di dalam kehidupan diri,” kata Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Muhamad Razak Idris.

Katanya, umat Islam juga hendaklah meningkatkan kegiatan kerohanian dan mengukuhkan nilai-nilai luhur dan kualiti dalam kehidupan seharian dan kerjaya.

“Hal ini tentu sekali menuntut kita menghayati perintah beramanah dan berintegriti di dalam setiap pekerjaan.

“Kita hendaklah menjauhi perbuatan rasuah, menjauhi fitnah dan zalim terhadap sesama manusia,” ujarnya dalam perutusan Aidiladha 1431 Hijrah yang disambut hari ini.

Tambahnya, kesemuanya itu akan dapat disempurnakan menerusi kekuatan kerohanian yang berteraskan kepada keyakinan serta kepatuhan sepenuhnya terhadap Allah S.W.T

Berikut adalah perutusan penuh beliau.

Tahmid kesyukuran ini melambangkan kerendahan hati manusia di dalam mengabdikan diri setulus-tulusnya terhadap Allah s.w.t. Sesungguhnya, Aidil Adha mempunyai pengajaran yang amat besar kepada kehidupan kita sebagai seseorang Muslim dan umat Islam. Dalam hubungan ini, antara pengajaran terbesar sekali ialah tentunya tentang semangat pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail di dalam menyempurnakan perintah Allah. Pengorbanan baginda mereka di dalam menjunjung perintah Allah adalah lambang kepatuhan tertinggi seorang hamba kepada Penciptanya.

Penghayatan serta kefahaman terhadap pengorbanan yang dilakukan baginda seharusnya diinsafi serta dihayati oleh seluruh umat Islam, terutama di kalangan para belia. Selaku kelompok teras masyarakat, para belia mempunyai kekuatan untuk memainkan peranan sebagai agen perubah yang positif terhadap persekitaran mereka. Peranan ini boleh dijayakan menerusi proses penghayatan semangat Aidiladha dalam konteks pengukuhan semangat pengorbanan dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada seluruh ajaran Islam di dalam amalan dan penghayatan diri.

Kita yakin, sekiranya penghayatan semangat pengorbanan dan ketaatan yang tinggi ini dapat dijelmakan, sebagai agen perubahan, para belia akan mendorong kewujudan sebuah persekitaran hidup yang bercorak Islami sejajar dengan tuntutan syariah. Persekitaran yang Islami adalah prasyarat asas yang akan membawa kepada sebuah kehidupan yang yang diberkati dan seterusnya membawa kepada kelahiran umat terbaik - khayra ummah.

Bagi tujuan tersebut, marilah kita memulakan proses penghayatan semangat Aidiladha ini di dalam setiap kehidupan diri kita terlebih dahulu selaku individu Muslim. Marilah kita tingkatkan penghayatan diri kita terhadap kefahaman ajaran Islam dan membudayakan seluruh perintah dan larangan agama di dalam kehidupan diri. Kita juga hendaklah meningkatkan kegiatan kerohanian dan mengukuhkan nilai-nilai luhur dan kualiti dalam kehidupan seharian dan kerjaya.

Hal ini tentu sekali menuntut kita menghayati perintah beramanah dan berintegriti di dalam setiap pekerjaan. Kita hendaklah menjauhi perbuatan rasuah, menjauhi fitnah dan zalim terhadap sesama manusia. Kesemua ini akan dapat disempurnakan menerusi kekuatan kerohanian yang berteraskan kepada keyakinan serta kepatuhan sepenuhnya terhadap Allah S.W.T, yang disegarkan melalui amalan-amalan kerohanian seperti solat sunat, membaca Al-Qur’an serta zikir.

Semoga Allah swt merahmati segala urusan kehidupan kita semua dan memberi kekuatan untuk kita terus gigih dan komited di medan dakwah. Dan khusus untuk para jemaah haji di Mekah, bagi pihak Abim, kami mendoakan semoga semua memperoleh haji dan mabrur dan sentiasa berada di dalam kesihatan yang terbaik untuk menyempurnakan ibadah terpenting Islam ini. Wassalam.

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Idul Adha


Bersempena dengan Hari Raya Qurban atau Idul Adha di Malaysia yang jatuhnya pada esok hari 17 November 2010 bersamaan 10 Zulhijjah 1431, saya dengan ini mengucapkan Salam Hari Raya Qurban buat semua penjenguk dan seluruh umat Islam dan bagi yang berada di Tanah Suci Makkah, didoakan semoga memperolehi Haji Mabrur. Bagi teman-teman dan taulan semua hayatilah semangat korban Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail yang kental yang diterima baik oleh Allah SWT semoga pengorbanan kita juga diterima Allah. Selamat Hari Raya Qurban!

Monday, November 15, 2010

Amaran Ramalan Banjir Besar di negeri Pantai Timur dan Sabah & Sarawak

Pada dua minggu lepas, banjir buruk telah berlaku di negeri Kedah dan Perlis dan juga telah menenggelamkan bandar Hadyai di Thailand. Banjir besar tersebut telah membawa kerosakan dan kerugian besar pada Kedah dan Perlis. Walau pun korban jiwa tidak berlaku kecuali beberapa kes terpencil sahaja, tetapi kerosakan akibat dari banjir itu amat dirasakan sekali oleh para penduduk yang menerima musibah ini.


Kini beberapa negeri di Pantai Timur termasuk bahagian Timur Johor serta Sabah dan Sarawak pula dijangka dan diramal mengalami banjir besar berikutan peningkatan taburan hujan dengan sesetengah tempat diramal melebihi 40 peratus berbanding paras biasa.

Fenomena itu dijangka berlaku ekoran perubahan cuaca musim Monsun Timur Laut bermula awal bulan ini dan dijangka berterusan hingga awal Mac depan.

Pengarah Ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Ling, berkata kadar purata taburan hujan bagi kawasan berkenaan terutama Kelantan, Terengganu, Pahang, Pantai Timur Johor serta Sabah dan Sarawak pada kebiasaannya mencatat 680 milimeter (mm).

“Namun, disebabkan peningkatan dan hujan yang diramal berterusan, taburan purata hujan akan meningkat sehingga 1,000 mm di beberapa kawasan yang akan mengakibatkan banjir.

“Dalam tempoh ini hujan boleh berlaku sepanjang hari dengan hujan yang lebih kerap pada lewat malam dan pagi yang turut disertai ribut petir,” katanya.

Walau bagaimanapun para penduduk kawasan terlibat seharusnya sentiasa berwaspada pada musim tengkujuh ini supaya dapat mengelakkan perkara buruk berlaku.

Apapun kita masih mengharapkan dan berdoa kepada Allah agar keadaan banjir itu tidaklah mendatangkan kerosakan besar. Ini kerana musim tengkujuh sentiasa datang pada waktu ini cuma diharapkan ianya tidak mendatangkan kemudaratan yang besar dan memusnahkan kehidupan.

Sultan Kedah dukacita pihak tak hargai sumbangan negeri


Semasa merasmikan persidangan Dewan UNdangan Negeri Kedah pada 14 November kelmarin, baginda telah melahirkan rasa dukacitanya pada pihak -pihak yang tidak menghargai sumbangan negeri. Dengan kenyataan ini seolah-olah satu "pukulan" kepada pihak tertentu termasuk UMNO Kedah yang beria-ia hendak menidakkan usaha bantuan kewrajaan ngeri kepada mangsa-mangsa banjir.

Bagi yang kurang maklumat mungkin tidak mengetahui bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) di Negeri adalah di bawah kawalan negeri dan juga Persekutuan. INi kerana hanya pengarah sahaja dari Persekutuan dan staf lain dibayar gaji oleh negeri, dan untuk itu JKM selayaknya agensi negeri. Dan JKM lah yang terutama dalam soal bantuan mangsa banjir dan Kedah juga dilaporkan telah menggunakan peruntukan RM 2 juta bagi membantu mangsa banjir.

Oleh itu apabila baginda Sultan bertitah demikian, maka tiada lagi serangan media perdana terhadap apa yang disifatkan "kelembapan" bantuan oleh negeri itu. Ini kerana nakpaknya senjata makan tuan. Serangan hanya dialih pada soal kerajaan Kedah melarang media utama membuat liputan persidangan DUN pula.

Persoalan ini adalah "subjektif" dan tertakluk pada pihak berkuasa negeri sama ada membenar atau melarang mereka membuat liputan. Mungkin pihak negeri berasakan jika membenar pun mereka ini akan "spin" berita yang memburukkan kerajaan negeri juga. Sebab itu dihalang terus dari membuat liputan kecuali pada media-media tertentu seperti BERNAMA. The Star, Sinar Harian, Harakah dan lain-lain.

Untuk itu pihak media juga hendaklah kembali pada perkara pokok iaitu melaporkan berita yang tepat dan betul bukan untuk "di spin" bagi agenda tertentu. Mana perginya Kod TataCara Media yang mereka agungkan itu dan mengapa tidak mematahi kod itu.

Apapun kedua-kedua pihak iaitu kerajaan negeri dan media perdana selepas ini patut "berdamai" kerana mereka saling memerlukan dan buangkan yang keruh, ambil yang jernih bagi memperbaiki hubungan ini. Wallahu a'lam.

(dibawah petikan malaysiakini)

Sultan dukacita pihak tak hargai sumbangan negeri

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kecewa dengan pihak yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan negeri dan semua yang terlibat membantu mangsa banjir besar baru-baru ini.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Penggal Ketiga di Alor Star pagi tadi, lapor Harakahdaily.

"Beta merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat membantu mangsa banjir dan keadaan ini jelas menggambarkan semangat persaudaraan dan perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat beta yang berbilang kaum dalam menghadapi bencana," titah Baginda lagi.

Ucapan tahniah turut dirakamkan kepada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang berjaya menerajui kerajaan negeri secara adil, beramanah dan proaktif.

"Rakyat di negeri ini telah diberi layanan yang adil, hubungan antara kaum semakin erat melalui pelbagai aktiviti yang telah dijalankan.

"Beta dapati kerajaan negeri telah memberikan sepenuh daya usaha dan kerjasama dengan semua pihak bagi memajukan negeri ini," titah Baginda seperti dilaporkan akhbar web PAS itu.

Friday, November 12, 2010

Banjir di Kedah sepatutnya kedua-dua negeri dan Persekutuan bekerjasama


Dalam sehari dua ini media pro kerajaan arus perdana mula membuat serangan ke atas kerajaan negeri Kedah ekoran masalah bantuan banjir di negeri itu. Ini yang membuatkan Menteri Besdarnya agak berang dengan tuduhan itu dan memberikan reaksinya yang sedikit "keras" pada wartawan RTM.

Sememangnya sedari hari pertama lagi kerajaan Kedah telah menggerakkan jenteranya bagi membantu mangsa banjir. Bagaimanapun kita sedia maklum "jentera" kerajaan negeri tidaklah sehebat jentera Persekutuan. Jentera negeri terdiri dari SUK dan Pejabat-Pejabat Tanah serta PBT dan Jabatan Kebanjikan Masyarakat(JKM). Sedangkan Jentera Persekutuan seperti Pasukan Polis,Bomba dan Penyelamat, JPAM, Kesihatan, Pelajaran dan sebagainya yang mempunyai kakitangan logistik yang besar. Kerajaan negeri tidak boleh sewenangnya mengarahkan Jentera Persekutuan. Maka kena ada koordinasi dan selayaknya pihak Majlis Keselamatan Negara(MKN) yang menguruskannya.

Jadi apabila TPM "menyelar" bantuan lambat dan sebagainya terhadap kerajaan Kedah, saya beranggapan itu adalah "kenyataan politik" sahaja memandangkan Kedah diperintah oleh PAS. Dan TPM juga sebenarnya hanya mendengar maklumat dari sebelah pihak iaitu pemuka-pemuka UMNO Kedah sahaja. Maka timbullah tanggapan yang tidak begitu tepat mengenai perkara tersebut, apa lagi TPM berkata demikian itu pada hari ke 7 banjir melanda Kedah.

Logiknya kalau dah masuk hari ke 7, semua pihak telah menjelainkian kerjasama dengan elok demi membantu rakyat terbanyak dalam hal ini, bukannya soal menuding jari mana-mana pihak. Menteri Besar "agak melenting" dengan teguran itu dan juga pertanyaan media kemudiannya mungkin telah hilang "sabar" akibat kerenah media pro kerajaan BN yang membuat laporan berat sebelah. Dan sememangnya itu adalah kerja mereka, dan sepatutnya MB Kedah memberikan jawapan secara "mantik" yang mengenaklan balik para wartawan itu bukannya menunjukkan gaya konfrontasi, yang akan dipergunakan lagi bagi menyerang kerajaan Kedah.

Pihak kerajaan Kedah patut belajar dari Kelantan dalam hal ini dan cuba menjalinkan kerjasama yang baik untuk sama-sama membantu rakyat. Ramai yang memang mengetahui kerja-kerja para pemimpin UMNO Kedah sekarang ini ialah mencari apa sahaja kekurangan kerajaan negeri untuk diserang. Dan mereka juga sering menggunakan media menunjukkan mereka seolah bekerja walaupun hanya sekali sekala sahaja, tetapi apabila ditayang TV dan media seolah mereka begitu rajin. Tetapi percayalah rakyat di kawasan itu tahu apa yang sebenarnya berlaku. Mereka yang jauh dari kawasan itu mungkin boleh tertipu sekali sekala, tetapi pengundi sebenar kawasan itu tahu segalanya.

Untuk itu diharapkan semua pihak menjalinkan kerjasam baik dalam usaha membantu rakyat yang mengalami kesusahan ini. Tak usahlah memacakkan bendera parti dalam apa jua usaha membantu mangsa banjir ini termasuk juga pemimpin yang memakai "topi BN" semasa melawat mangsa atau memberi bantuan. Nampak sangat nak bermain politik, biarlah sama sama kerajaan negeri dan pusat saling bantu membantu mangsa banjir. Pusat juga ada peranannya kerana rakyat Kedah juga dipungut hasilnya oleh kerajaan Pusat.

Untuk itu usahlah bertelagah dan banjir baru pusingan pertama, mungkin lepas ini ada lagi pusingan kedua dan seterusnya dan perlu bekerjasama demi membantu rakyat jelata.
(dibawah , petikan dari harakah)

Kedah belanja RM2 juta bantu mangsa banjirAli Hashim

ALOR SETAR, 11 Nov: Kerajaan Negeri Kedah telah membelanjakan hampir RM2 juta bagi membantu mangsa banjir yang terlibat dalam bencana yang menimpa negeri Kedah baru-baru ini.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada sidang media di sini semalam.

Menurut beliau lagi sumbangan bagi mangsa banjir tersebut telah disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi penyediaan segala bentuk keperluan seperti makanan dan seumpamanya.

"Selain dari bantuan tersebut, tenaga kerja dan logistik turut disediakan bagi membantu banjir yang berpindah ke tempat perpindahan. Namun begitu bagi mereka yang tidak berpindah kemungkinan bantuan dalam bentuk lain akan dipertimbangkan.

"Sebelum ini adanya dakwaan mangsa banjir yang tidak menerima bantuan datangnya dari mereka yang enggan berpindah ke pusat pemindahan yang telah ditetapkan, " katanya lagi.

Azizan juga berkata, sehingga semalam jumlah mangsa banjir yang telah pulang ke rumah adalah seramai 45,583 mangsa yang terdiri dari 11,840 keluarga.

Manakala seramai 12,185 mangsa yang terdiri dari 3181 keluarga masih lagi ditempatkan di 23 buah pusat pemindahan.

Katanya lagi antara pusat pemindahan yang telah ditutup ialah dalam daerah Padang Terap, Pokok Sena dan Pendang.


Sementara itu 11 pusat pemindahan di Kubang Pasu dan 12 di Kota Setar masih lagi beroperasi sehingga keadaan dipastikan selamat sebelum mangsa banjir dibenarkan pulang kerumah masing-masing.

Beliau juga menyelar Kerajaan Pusat yang cuba mempolitikkan isu bantuan kepada mangsa banjir apabila mendakwa kerajaan negeri tidak mampu untuk menyalurkan sumbangkan kepada mangsa yang terlibat.

"Sebenarnya kita tidak pernah memohon bantuan dari Kerajaan Pusat bagi membantu mangsa banjir di negeri ini. Kita hanya meminta bantuan dari Perak. Manakala Pulau Pinang dan Selangor pula menawarkan bantuan yang berupakan minuman dan bekalan air bersih.

"Perak menyalurkan bantuan yang berupa logistik, lori tangki serta 120 sukarelawan bagi membantu melicinkan perjalanan membantu mangsa banjir. Kita juga berterima kasih kepada mereka kerana sanggup untuk mengenepikan perbezaan fahaman ideologi demi kemanusiaan, " ujarnya lagi.

Tuesday, November 9, 2010

Angkara Merapi meletus...pelajar Malaysia dibawa pulang


Jogjakarta, terkenal dengan jolokan kota pelajar kerana hampir 70% daripada penduduk kota ini terdiri dari para pelajar sama ada pelajar dari luar atau pelajar Indonesia sendiri tetapi dari daerah lain. Malah mengikut teman saya yang biasa di sana tukang beca di Kota Jogja itu sendiri bukannya rakyat asal Jogja tetapi dari Semarang, Magelang dan lain-lain bandar sekitarnya.

Pada tahun 2007 ketika pertama kali saya ke sana melalui Lapangan Terbang atau dikenali Bandara di Solo kerana masa itu Air Asia belum lagi mendarat di Jogja, tertarik dengan pemandangan Gunung Merapi semasa pesawat rendah untuk mendarat. Kelihatan jelas kawah gunung berapi itu dari atas pesawat. Sungguh cantik pemandangannya. Namun pemergian saya tahun 2008 melalui Lapangan Terbang Jogja, tidak dapat melihat pemandangan itu ekoran cuaca berkabus.

Tetapi hari ini, pemandangan menarik itu telah bertukar tragedi ekoran meletusnya Merapi mengeluarkan debu panas dan lahar yang setinggi 1800 meter ke udara yang jatuhnya menjangkau sehingga 40 km dari kawasan gunung itu. Atas sikap prihatin dengan keselamatan para pelajar Malaysia di sana, pihak kedutaan telah membawa keluar warga Malaysia dan juga para pelajar kita dari sana.

Malah Universiti Gajah Mada tempat sebahagian besar pelajar perubatan kita belajar itu telah memberi cuti seminggu sehingga keadaan kembali reda. Tahniah dan terima kasih pada pihak kedutaan besar Malaysia di Indonesia atas inisiatif yang cepat dan berkesan ini.

Pengajaran kekalahan di Galas...


Pertama sekali masih belum terlambat untuk diucapkan tahniah pada BN-UMNO yang telah memenangi kedua-dua PRK Galas dan Batu Sapi pada 4 November lalu. Kekalahan di Batu Sapi memang sudah dijangkakan tetapi kemenangan besar BN di Galas sedikit menimbulkan upset terutama dikalangan para pemerhati politik.

Kemenangan Abdul Aziz Yusuf di Galas telah melenyapkan anggapan bahawa calon Ku Li itu akan dicah keting puak-puak tertentu dalam UMNO nampaknya tidak menjadi kenyataan walaupun ada beberapa tokoh UMNO menunjukkan muka hanya sehari sebelum hari mengundi termasuklah bekas wakiul rakyat Saufi Deraman.

Kemenangan ini juga sedikit sebanyak memberikan kemenangan moral bukan sahaja pada UMNO, bahkan pada Pengarahnya Ku Li. Percaturan Ku Li yang berkempen secara berhemah dan mengunjungi rumah ke rumah telah berkesan sekali.

Saya ada juga meneliti beberapa ulasan blog kawan-kawan termasuk Green Cresent dan Merah Tinta. Ulasan saudara MSO menampakkan ada kebenarannya dan ulasan wan nik juga ada sedikit kebenaran tetapi lebih pada fakta dan angka-angka yang nampak di atas kertas, tetapi persoalan disebaliknya tidak cuba dihuraikan dengan lebih lanjut.

Saya masih ingat lagi SU Agung PAS, Datuk Mustapha Ali menyatakan bahawa bakal calon PAS di Galas dan memberikan ciri-cirinya. Tetapi citi "calon yang belum lagi bertanding" itu tidak menepati pada Dr. Zulkifli Mohamad walaupun ciri lain ada Apakah sebelum diputuskan Dr Zul, ada calon lain yang membayanginya.

Ini kerana seeloknya dalam PRK seperti ini sebaiknya calon biarlah yang "fresh" untuk memberi pilihan pada rakyat. Itu belum lagi mengambil kira faktor lain seperti gerak kerja yang seakan "lesu" dan seolah tidak mempunyai minat yang tinggi untuk menang. Apakah para penggerak utama PAS dalam PRK ini merasa "malu alah" pada Ku Li dan tidak agresif dalam berkempen.

Saya percaya sekiranya gerak kerja bersungguh untuk menang dalam PRK ini PAS tidak akan kecundang dengan undi yang agak besar seperti ini iaitu melebihi 1000 undi atau memang ada "gentlement agreement" sepertti andaian beberapa pihak antara dua parti politik itu. Dan Ku Li pun ada ucapkan terima kasih pada PAS atas "perlawanan persahabatan" iniyang dimenangi partinya. Wallah hu a'lam.

Saturday, October 30, 2010

Juara Piala Malaysia: Tahniah pasukan The Red warriors


Perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia baru saja selesai dan pasukan Kelantan- The Red warriors telah berjaya muncul Juara baru dengan menewaskan pasukan negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional, Bukit jalil malam ini. Kemenangan bergaya Kelantan ini dapat mengubat duka tahun lalu yang tewas 1-3 kepada lawan yang sama.

Maka episod kali ini seumpama episod balas dendam dan Kelantan berjaya "membalasnya" bagi kekalahan tahun lalu itu. Kejayaan ini merupakan pertama kali dalam sejarah bola sepak Kelantan. Sebelum ini Kelantan hanya muncul Juara banyak kali tetapi pada Piala Emas Raja-Raja sahaja.

Pasukan kendalian Jurulatih B.Sathianathan ini sememangnya sedari awal diyakini memenangi perlawanan ini. Sepanjang musim ini pasukan Kelantan yang mempunyai pengurusan yang baik dibawah pimpinan Presiden KAFA, Tan Sri Anuar Musa telah berjaya menunjukkan permainan yang baik dan bermutu.

Dari segi corak permainan Kelantan jaub telah maju dan baik dan telah lama meninggalkan corak "robust" suatu masa dahulu. Cuma kelakuan penonton sahaja yang sedikit dirisaukan, tetapi ternyata pada malam ini penonton Kelantan telah menunjukkan disiplin yang baik tanpa insiden yang tidak diingini. Setakat pembakaran mercun itu perkara biasa sahaja.

Mungkin juga pada kelmarin MB Tok Guru sendiri ada berpesan supaya pasukan kelantan bermain dengan baik dan penyokong pula Tok Guru meminta berkelakuan baik serta berdisiplin. Semangat kesukanan yang tinggi perlu ditunjukkan dan Tok Guru berharap Kelantan Insya Allah memenangi perlawanan malam ini. Dan ternyata Kelantan telah menang pada malam ini dan bakal menerima insentif kewangan seperti yang dijanjikan oleh Tok Guru Menteri Besar Kelantan.

Pada malam ini juga Dato' Ahmad yaakob,Timbalan MB Kelantan yang mewakili Tok Guru di stadium Bukit Jalil telah mengumumkan Kelantan cuti pada 31 Oktober iaitu esok hari. TMB menyatakan perkara ini MB telah bermurah hati memberikan "cuti peristiwa" di atas kejayaan Kelantan dan memudahkan urusan balik para penyokong ke Kelantan.

Apapun Tahniah kelantan! Gomo Kelate Gomo!

Friday, October 29, 2010

Bila Tok Guru bercakap pasal bola dan janji kerajaan Kelantan pada Red Warriors


Dalam masa demam bola sepak menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan pada malam ini, ramai orang memperkatakannya. Dan antaranya termasuklah Tok Guru Nik Aziz , Menteri Besar Kelantan. Sebagai Ketua Kerajaan Negeri, beliau telah memberikan semangat pada pasukan Kelantan dan katanya insya Allah Kelantan akan menang dan muncul Juara.

Lebih penting lagi nasihat beliau pada para penyokong pasukan kelantan supaya menjaga kelakuan dan tatatertib dengan tidak menimbulkan sebarang kekecohan seperti masa lalu.

"Dalam pada itu, Nik Aziz turut mengingatkan penyokong Kelantan yang akan hadir ke stadium agar menjaga adab dan tatasusila dan tidak menimbulkan kekecohan.

"Saya nak tengok penyokong jaga tatsusila, jangan ada keganasan, semangat kesukanan kena jaga molek.

"Kita rakyat dan kerajaan negeri Kelantan duduk dalam keadaan tenang, berakhlak dan beradab," katanya penuh harapan.

Beliau bagaimanapun optimis Kelantan mampu membawa pulang Piala Malaysia ke negeri itu pada pertemuan Sabtu ini.

"Saya sebagai rakyat Kelantan berdoa agar kita berjaya..InsyaAllah kita harap kita berjaya," tambahnya.


Pesanan Tok Guru itu penting dan wajar sekali diikuti oleh para penyokong pasukan Kelantan yang bertandang ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam ini. Semangat kesukanan yang tinggi perlulah ditonjolkan baik semasa permainan dan juga selepas perlawanan. hendaknya jangan ada peristiwa membakar kerusi atau menimbulkan kekecohan dan sebagainya.

Sementara itu Tok Guru juga ada menjanjikan imbuhan berbentuk kewangan pada Pasukan kelantan nanti. Kalau pada tahun lepas Kerajaan Kelantan membawa para pemain ke Tanah Suci Mekah mengerjakan umrah, tetapi kali ini ganjaran wang tunai dijanjikan. Ini kerana menurut Tok Guru ganjaran wang tunai ini akan turut dinikmati dan dikongsi isteri dan anak-anak pemain juga.

Selamat berjuang untuk pasukan Kelantan dan semoga berjaya.

Kelantan janji wang tunai buat The Red Warriors
Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 29 Okt: Tidak seperti musim lalu, kerajaan negeri Kelantan akan memberi imbuhan berupa wang tunai kepada pemain pasukan bola sepak The Red Warriors Kelantan yang berjaya ke final Piala Malaysia musim ini.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pemberian wang tunai tersebut ekoran kerajaan negeri merasakan ianya lebih sesuai berbanding imbuhan menunaikan umrah yang diberikan musim lalu.

"Imbuhan ada, tahun lepas kita bawa ke tanah suci, tapi dapat dirasai oleh suami sahaja, isteri tak dapat rasa apa-apa.

"Jadi tahun ini kita ubah teknik sikit, kita bagi wang tunai supaya suami sebagai pemain dapat rasa, isteri sebagai penonton dapat rasa, anak-anak pun seronok," katanya kepada stesen radio HotFM semalam.

Beliau bagaimanapun tidak memberitahu berapa jumlah yang akan diberikan kepada setiap keluarga pemain tersebut.

Sabtu, 30 Oktober ini, Kelantan akan berdepan pasukan Negeri Sembilan, pada Piala Malaysia edisi ke-84 di Stadium Bukit Jalil.

Pertemuan ini adalah kali kedua berturut-turut selepas bertemu pada peringkat akhir musim lalu dengan kemenangan milik Negeri Sembilan 3-1.

Dalam pada itu, Nik Aziz turut mengingatkan penyokong Kelantan yang akan hadir ke stadium agar menjaga adab dan tatasusila dan tidak menimbulkan kekecohan.

"Saya nak tengok penyokong jaga tatsusila, jangan ada keganasan, semangat kesukanan kena jaga molek.

"Kita rakyat dan kerajaan negeri Kelantan duduk dalam keadaan tenang, berakhlak dan beradab," katanya penuh harapan.

Beliau bagaimanapun optimis Kelantan mampu membawa pulang Piala Malaysia ke negeri itu pada pertemuan Sabtu ini.

"Saya sebagai rakyat Kelantan berdoa agar kita berjaya..InsyaAllah kita harap kita berjaya," tambahnya.

Ditanya pengalamannya bermain bolasepak, beliau memberitahu meminati sukan itu sejak kecil.

Malah katanya lagi, bahagian lututnya kini masih terdapat kesan kececederaan akibat bermain bolasepak sebelum perang Jepun lagi.

"Saya muda dulu main bola sebelum perang Jepun, ketika itu saya duduk pondok.

"Lepas Asar main bola, kawan saya sepak, kena lutut kanan saya smpai hari ni cedera. Orang tak tahu tu.

Beliau turut memberitahu, selain bermain bola sepak, beliau juga aktif dalam sukan berkuda.

"Ayah saya ada empat ekor kuda, kami empat beradik berlumba kuda.

"Bila saya menang, saya lepas tangan atas kuda tu, tiba-tiba biawak melintas, kuda terkejut dan berhenti mengejut, jatuh la saya.

"Lutut saya rosak sebab bola, belakang saya rosak sebab kuda, jangan main-main," ceritanya.

dari Harakahdaily)

Demam bolasepak dalam Kempen PRK Galas


Dalam suasana PRK di Galas, Gua Musang perlawanan bola sepak final Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan turut mencuri tumpuan. Baik dari pihak PAS dan jjuga UMNO masing-masing memberikan "hadiah" seperti menyediakan bas dan tikiet percuma untuk petugas masing-masing ke Stadium Bukit Jalil. Mungkin ini adalah antara insentif pada petugas masing-masing.

Pihak BN telah memberikan "tiket percuma sebanyak 700 tiket" kepada para petugasnya di samnping menyewa berbelas bas bagi tujuan itu. Begitu juga dengan PAS yang turut menyediakan 5 buah bas dan tiket bagi para petugas parti itu.

Nampaknya baik UMNO ataupun PAS masing-masing memberikan insentif kepada para petugasnya untum turut memberikan sokongan pada pasukan Kelantan. Amalan ini amatlah baik dan terpuji kerana walaupun masing-masing "berlawan" dalam politik tetapi dalam memberi sokongan pada pasukan Kelantan "mereka bersatu" menyokong Red Warriors.

Yang tinggal menjaga pos-pos mungkin para petugas yang berusia, kerana anak-anak muda yang sebelum ini menjadi petugas kemungkinan besar datang ke stadium menyaksikan bola sepak. Bagaimana pun itu hanya sementara waktu sahaja.

"Penasihat jentera pilihan raya kecil PAS di Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, pihaknya hanya berihat seketika untuk turut sama memberi sokongan kepada pasukan Kelantan.

"Kita fokus pada 'bola' dulu, lepas menang, kita balik pada pilihan raya," kata beliau yang juga ahli parlimen Kota Baru.
Bercakap dalam satu sidang akhbar harian di markas PAS di Galas, beliau berkata, parti itu akan juga menyediakan lima buah bas untuk membawa penyokong Kelantan ke Bukit Jalil untuk menonton perlawanan akhir itu. "


Selain itu di bilik Gerakan masing-masing sama ada PAS atau UMNO-BN, skrin besar disediakan bagi menyaksikan perlawanan bola sepak itu. Mungkin malam ini tiada Ceramah atau gerak kerja lain. Semua tertumpu pada bola sepak.

"Sementara itu, suasana itu sudah mula dirasakan di pihak BN apabila Umno Gua Musang mengedarkan tiket percuma perlawanan akhir Piala Malaysia, kepada rakyat Galas.

Pengarah pilihan raya kecil BN bagi Galas, Razaleigh Hamzah mengedarkan tiket percuma itu - dipercayai berjumlah 700 - sewaktu satu pertandingan futsal di Sungai Terah pagi ini."


Ternyata demam bola sepak telah "menggerhanakan" seketika kerancakan kempen PRK Galas dan mungkin esok keadaan akan kembali seperti biasa sehinggalah menjelang hari pembuangan undi pada 4 November nanti.