Friday, July 30, 2010

TPM ke Kelantan 15 Julai lalu; ada cerita tersendiri

Pada lawatan PM sebelum itu iaitu pada 16 Jun 2010 yang mana telah mencatatkan sejarah tersendiri dalam satu lawatan PM ke Kelantan yang berakhir dengan "sesuatu" yang agak "memilukan" untuk dikenangi. Saya juga ada mengulasnya dalam posting yang terdahulu. Untuk kali ini saya cuba menyusuri lawatan TPM ke Kelantan pada 15 Julai lepas.

Sememangnya kedatangan beliau itu adalah untuk perasmian persidangan UMNO Bahagian Tanbah Merah dan Jeli dan disamping itu diadakan acara pemimpin bersama rakyat di kedua-dua tempat tersebut. Dan seperti biasa selain ahli UMNO kerahan wajib ialah kakitangan kerajaan Persekutuan yang bukan sahaja sekitar dua daerah tersebut tetapi juga dari Kota Bharu juga dikerahnya.

Ketibaab TPM di Lapangan Terbang Gong Kedak telah disambut pelbagai lapisan masyarakat terutamanmya para pemimpin UMNO Bahagian. Kebetulan juga dalam sehari sebelum TPM tiba di Kelantan, media masa melaporkan usaha-usaha termasuk dari seorang mufti bagi membawa UMNO-PAS berpadu. Dan Menteri Besar Kelantan menyambut cadangan ini dengan mengatakan mereka "boleh berbincang untuk bekerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan"; manakala kerjasama parti tidak boleh kerana telah ada keputusan muktamar PAS yang mahu kekal dalam PR.

Walaupun begitu, ramai yang berharap TPM akan berjumpa MB apabila datang ke Kota Bharu. Tetapi ternyata perkara itu tidak terjadi sepertimana tidak terjadinya pertemuan PM dan MB dalam Kelantan Fiesta di Stadium Sultan MUhamad IV 16 JUn lalu.
Jadi harapan masyarakat ramai ingin melihat pertemuan itu yang sekurang-kurangnya perjumpaan biasa tidak berlaku. Mungkin masing-masing ada "sedikit ego" yang menyebabkan pertemuan itu tidak berlaku.

Namun begitu antara kedatangan TPM itu juga dipercayai untuk "mendamaikan" dua pihak bertelagah dalam UMNO terutama UMNO Rantau Panjang dan juga UMNO Tanah Merah. Ramai yang melihat kegawatan dalam UMNO ini di Kelantan semakin kronik. Kalau sesama UMNO pun berbalah mana mungkin dapat berhadapan dengan PAS, lebih=-lebih lagi PAS sudah 20tahun memerintah Kelantan.

Kedatangan beliau juga adalah bagi menghormati jemputan Datuk Mustapha Muhammad, Ketua Perhubungan UMNO Kelantan yang juga Ketua UMNO Jeli. Di Jeli TPM diberi sambutan hebat dan selepas merasmikan mesyuarat di Jeli beliau ke Tanah Merah. Tiada apa perkara buruk berlaku di Tanah Merah walaupun sebelum itu dibimbangi kedua pihak bertelagah akan "bertembung" di depan TPM.

Namun ada ceritanya yang ramai tak puas hati di Tanah Merah ini. Sehari sebelum itu masyarakatsekitar Tanah Merah telah diminta untuk membuka akaun di Agro Bank kerana dikatakan pemimpin tempatan di situ mewar-warkan bantuan persekolahan akan disampaikan oleh TPM. Saya tidak pasti pihak TPM tahu atau tidak , atau ianya diusaha sendiri oleh kumpulan tertentu kerana ternyata apabila berita akan mendapat bantuan ramai yang telah membuka akaun Agro Bank.

Dalam majlis yang dihadiri TPM itu memang ada penyampaian bantuan TPM ituyang saya difahmkan dalam bentuk cek Agro Bank. Tetapi yang menjadi buah mulut ramai di Tanah Merah ialah kerana ramai yang telah membuka akaun itu gagal mendapat bantuan seperti yang diberitakan. Ini pasti akan dijadikan modal politik bukan sahaja oleh para pimpinan UMNO tempatan yang bertelagah tetapi juga dapat digunakan PAS yang merupakan musuh politik utamanya.

Justru, kedatangan TPM tempoh hari juga sebagaimana PM dahulu tidak dapat memberikan "impak" yang besar pada UMNO Kelantan dan juga pada "kejernihan" hubungan antara kerajaan negeri dan persekutuan. Malah khabarnya risikan seorang Menteri yang akan berkunjung ke Kelantan sebelum puasa ini untuk melawat projek Taman Budaya kendalian kementeriannya dan juga merasmikan satu majlis lain di samping untuk
"bertemu"dengan MB Kelantan juga katanya tidak jadi. Dan pada tarikh itu iaitu 5 Ogos 2010 MB dan EXCO serta para pegawai kerajaan negeri berada di Lojing, berhampiran Cameron Highlands bagi upacara perasmian Jajahan Baru Lojing oleh DYMM Pemangku Raja Kelantan.

Sunday, July 18, 2010

Isu Perpaduan...timbul semula


Dalam keadaan tak semena-mena isu perpaduan Melayu timbul semula khususnya melibatkan perpaduan antara PAS-UMNO. Anehnya tidak seorang pun yang meyelitkan perkataan penglibatan sama Melayu dari PKR.

Isu perpaduan Melayu ini bermula semula atau "bergema semula"selepas satu Majlis Wacana di Kota Bharu pada 10 Julai lalu. Dalam Wacana tersebut Wakil UMNO iaitu Lokman Nor Adam (Panel Pemikir JASA) dan juga Affandi Yusuf telah berforum di atas tajuk "BOlehkah Melayu Bersatu? bersama-sama YB Dr Mujahid Yusuf Rawa(PAS) dan Ustaz Mohd. Asri Zainal Abidin, bekas Mufti Perlis serta Prof Madya Mohd.Agus Yusuf sebagai moderatornya.

Dalam Wacana tersebut Lokman telah menyatakan "perjuangan Islam PAS akan lebih mudah sekiranya berpadu dengan UMNO" termasuk hasrat PAS melaksanakan hudud akan lebih mudah dilaksanakan jika bersatu dengan UMNO. Walaupun kenyataan itu dibahaskan oleh YB Mujahid yang menjelaskan bagaimana PM Dr Mahathir sendiri waktu itu telah ,menulis surat pada kerajaan Kelantan memberi amaran tentang pelaksanaan hudud itu.

Bagaimanapun pada keesokannya berita banyak melaporkan pandangan hasrat perpaduan UMNO_PAS ini dengan memberikan lebih berita pada kenyataan Lokman Nor Adam. Dan dari itu timbullah satu siri baru isu perpaduan yang digendangkan kembali termasuk oleh TPM dan juga dibalas Menteri Besar Kelantan kerana pada 15 Julai lalu TPM ke Kelantan merasmikan mesyuarat UMNO.

Sepereti biasa selepas kuliah Jumaat, Tok Guru MB Kelantan ditanya pemberita berkaitan isu ini dan beliau menjelaskan beliau sedia berbincang dengan UMNO bagi isu-isu yang selain dari perpaduan UMNO-PAS seperti isu royalti minyak dan sebagainya. Kenyataan MB Kelantan itu jelas dan ditambah pula dengan kenyataan akhbar yang dikeluarkan sehari sebelumnya bertarikh 14 Julai seperti diperturunkan di bawah;

Tiada lagi Rundingan PAS~UMNO

Kenyataan Akhbar YAB Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat,Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.

Sukacita saya merujuk kepada laporan beberapa akhbar hari ini (14 Julai 2010), khususnya menyentuh permasalahan hubungan PAS dengan Umno.

Sukacita dinyatakan, isu berunding antara PAS –Umno sudah selesai. PAS sudah menolak untuk berunding dengan Umno. Sekarang PAS sudah menerima kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Kalau Umno ingin sangat menjaga perjuangan orang Melayu, lebih baik Umno menukar dasarnya kepada Islam. Kerana Islam yang menyelamatkan manusia dan kita harus ingat penghujung hidup manusia adalah Akhirat. Sebab itu, Islam mengajar hidup manusia mesti berpandukan ad-Din, iaitu cara hidup berpandukan agama. Hanya agama diambil kira di Akhirat.

Atas maksud untuk memenuhi tuntutan hidup beragama, maka setiap kali umat Islam sembahyang, hendaklah membaca al-fatihah yang di dalamnya mengandungi perkataan “maliki yaumiddin” yang bermaksud hari agama, hari berlakunya pembalasan mengikut neraca agama. Sementara agama itu pula terkandung di dalam 30 juzuk al-Quran.

Oleh sebab itu, Islam mengajar kita supaya menerima pakai semua ayat al-Quran sebagai panduan hidup. Kita tidak boleh pilih untuk pakai ayat-ayat tertentu, sementara ayat-ayat tertentu pula kita tolak.

Atas prinsip agama begini, maka PAS selama 20 tahun mentadbir Kelantan adalah hasil daripada sokongan semua bangsa dan agama dan merekalah yang mengundi PAS atas nama Islam. Kalau tidak masakan PAS dapat menang besar tahun 1990 dan 2008 lalu.

Apa yang berlaku di Kelantan adalah sebagai bukti bahawa dasar Islam diterima oleh majoriti rakyat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang politik, termasuklah orang Umno turut menyokong dasar Islam yang dibawa oleh PAS.

Pada saya, kalau Umno tukar dasarnya daripada Melayu kepada Islam, maka Umno boleh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat. Bila Umno boleh bersama PAS atas dasar Islam, orang Islam makin kuat dan politik Melayu bertambah kukuh.

Sekaranglah masanya untuk Umno menukar dasar Melayunya itu. Jangan terikut-ikut dengan puak Yahudi. Kerana pengasas perjuangan bangsa itu adalah puak Yahudi. Ia disambung pula oleh puak Arab. Sedangkan perjuangan atas dasar kaum atau bangsa tidak diterima di sisi Nabi Muhammad SAW. Sedangkan di akhirat kelak kita akan masuk syurga. Untuk masuk syurga mestilah dengan syafaat Nabi. Macam mana untuk mendapat syafaat Nabi sekiranya kita berjuang tidak mengikut seruan Nabi.

Wallahu’alam.


Walaupun agak jelas pendirian Menteri Besar Kelantan, tetapi akhbar masih lagi memainkan isu ini. Pada hari sabtu keluar kenyataan dua orang ahli akademik Islam dan seorang mufti. Mereka ialah Prof Datu Mahmud Zuhdi, Prof Mohd Yusuf Hussin dan juga Tan Sri Harussani. Bagi pengamat siasah mereka ini dikenal pasti benar yang "mesra kerajaan" dan pada hari ini keluar kenyataan muka hadapan Tan Sri Harusani yang menyatakan orang Melayu akan hilang kuasanya dalam PRU13 ini jika tidak ada perpaduan antara PAS_UMNO.Dan beliau juga menyatakan beliau didatangi pemimpin PAS dan UMNO yang memintanya menjadi orang perantaraan.

Ini telah menimbulkan banyak polemik berterusan dan para pemimpin PAS juga telah memberi penjelasan yang lebih menyeluruh dan menyebabkan UMNO semakin tertekan keadaannya dalam isu ini. Harussani juga kemudiannya mengaku "pemimpin PAS" yang datang menemuinya itu adalah merupakan "pemimpin kecil " sahaja katanya.

Dalam hati kecil saya terasa perkara ini agak susah berlaku kerana masing-masing tidak berganjak dan tidak mahu mengalah. Saya bersetuju dengan kenyataan Tan Sri Annuar Musa bahawa UMNO sebagai parti yang besar berusaha memulakan usaha ke arah ini dan pastinya ada cara untuk menunjukkan keikhlasannya.

Dalam keadaan yang ada kini agak susah juga dan PM juga sedar tentang PAS yang masih menuntut royalti minyak seperti mana kenyatannya di Sabah hari ini dan orang PAS masih merasakan seolah "dianaktirikan" dengan wujudnya kerajaan dalam kerajaan di Kelantan dan pelbagai perkara lain.

Untuk itu perlu diwujudkan terlebih dahulu elemen "persamaan" yang boleh dikongsi dan diterima kedua belah pihak bagi membincangkan "perpaduan" itu sekiranya benar-benar inginkan perpaduan sejati dan seperti kata Ustaz Asri dalam Wacana pada 10 Julai lalu bahawa asas perpaduan yang sebaik-baiknya adalah Islam, dan berpadulah atas dasar Islam serta menolak segala isme-isme lain sama ada nasionalis, sekularis apatah lagi sosialis.
wallahu a'lam.

Thursday, July 15, 2010

BN ...Barang Naik? akronim nakal


Saya terdengar hujah di kedai kopi semasa minum bagaimana seorang pak cik yang agak berusia mengatakan BN adalah Barang Naik...bagi menyatakan rasa tidak puas hatinya pada kenaikan harga barang keperluan utama bermula malam tadi. Apa lagi Pak Cik tu bersyarah sakan dan melepaskan geramnya pada kawan sebelahnya yang berlainan anutan parti dengannya. "Ini sebab pemimpin UMNO punya pasal ni... suka naikkan harga barang..yang pemimpin tu hidup mewah...kita rakyat jembel ni yang melarat.

Kawannya yang dari tadi senyap nampak merah muka juga bila partinya di persalahkan lalu berkata. "kenapanya ...Barang awak tak naik ke?" membuatkan ramai tertawa dengan makna disebalik gurauan negetif itu.

Betul... bila harga barang seperti petrol dan diesel serta gula dan gas naik, akan dengan sendirinya harga barangan lain akan turut naik. Walaupun kerajaan kata ianya bukan naik tetapi "diseleraskan" sahaja, tetapi rakyat kini telah cerdik , apapun istilahnya maknanya tetap sama ,iaitu mereka terpaksa membayar harga yang lebih. Bukahlah lebih senang menyatakan harga "naik" sahaja daripada bersilat kuntau supaya ayatnya nampak lunak seperti pengurangan subsidi atau penyelerasan harga!

Rasanya semua masih lagi ingat tatkala PM terdahulu Tun Abdullah Badawi menaikkan harga minyak semasa pentadbirannya dengan agak tinggi dan katanya kerajaan akan dapat penjimatan 4 billion ringgit dan akan digunakan untuk menaiktaraf kemudahan pengangkutan awam. Bercakap atas kertas memang senang, tetapi ke mana perginya 4 billion penjimatan itu, sedangkan pengangkutan awam pada tahap yang sama.

Begitu juga sekarang, beratus juta dapat dijimatkan daripada kenaikan harga ini dan PM sekarang menyatakan ianya akan digunakan bagi kepentingan rakyat. Betulkah? atau juga alasan bagi menjustifikasikan kenaikan itu. Rakyat juga percaya dalam seminggu dua ini lagu-lagu lama akan didendangkan iaitu seperti pengambilan gula berlebihan tidak baik untuk kesihatan, penggunaan kenderaan persendirian terlalu banyak akan menyebabkan udara tercemar dan pelbagai lagi.

Manakala perbandingan harga dengan negara-negara lain juga akan dinyatakan bahawa harga di negara kita adalah yang terendah sekali berbanding Amerika Syarikat! masyarakat akan hanya senyum sumbing dengan kata-kata yang akan keluar dari pemimpin atau pak-pak menteri kerana telah faham benar maksudnya. Manakala pihak berkuasa pula akan menggandakan penguakuasaan dan menangkap penyeludup-penyeludup "ikan bilis" atau penyeludup kecil dan sebagainya. Drama dan lakonan ini telahpun dijangkakan oleh masyarakat yang telah masak dengan perangai dan feel pemimpin mereka.

Bagaimanapun isu kenaikan harga barang ini dapat menggerhanakan isu pasir di Selangor dan juga isu-isu lain. Mungkin pihak kerajaan tergesa-gesa melakukannya kenaikan harga ini kerana "mengejar" masa tatkala bulan depan sambutan bulan Ramadhan dan seterusnya hari raya. Adakah ini "ole-ole bulan puasa" dari kerajaan untuk tahun ini. Atau apakah mungkin ada lagi pusingan kedua kenaikan selepas raya atau hujung tahun nanti. Kalau begitu gayanya harapan CUEPACS untun mendapat "bonus" dua bulan bagi kakitangan awam hanya tinggal kenangan sahaja.

Saya suka mencadangkan pada pihak kerajaan, supaya "mengimbangi" kenaikan harga barangan ini dengan "membuat pengorbanan" sama dipihak pentadbiran kerajaan. Apa kata PM dan kabinetnya turut "berkorban" memotong sedikit gaji atau elaun mereka umpamanya 10% termasuk CEO GLC serta pegawai JUSA. Ini bagi menampakkan pada masyarakat umum bahawa pihak kerajaan sendiri juga "berkorban" dan bukan hanya rakyat yang "terkorban" atau "berkorban" untuk kerajaan.

Gaya kehidupan "mewah" para pemimpin kerajaan perlu di kurangkan dan perbelanjaan kerajaan juga perlu berhemah dalam apa acara sekalipun termasuk perayaan Rumah-Rumah Terbuka hari raya anjuran kerajaan dan lain-lain termasuk acara di peringkat "pemimpin bersama rakyat" yang menampakkan pembaziran dan tidak menampakkan kesan besar yang menguntungkan masyarakat keseluruhannya.

Sekiranya kerajaan bersederhana dalam perbelanjaan dan sedia juga "berkorban" dengan memotong sedikit gaji dan elaun terutama sekali para menteri dan timbalan, saya rasa rakyat akan sedikit terubat dengan kesnaggupan "orang atas" ini berkongsi zaman kesusahan ini.

5 Harga barang keperluan naik malam ini


Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan telah mengumumkan kenaikan harga petrol ( Ron 95 dan 97), diesel,gula dan gas LPG mulai lmalam ini. Di paparkan di bawah petikan dari Malaysiakini berita kenaikan harga tersebut dan harga baru barangan itu.

5-dalam-1: Harga petrol, diesel, gula dan gas naik
Jul 15, 10 6:26pm

Harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.

Tidak jelas berapa kenaikan harga RON 97. Tetapi difahamkan harganya naik 5 sen dan akan diselaraskan seterusnya kemudian.

Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pengumuman malam ini.

Menurut perdana menteri, penyelarasan semula harga barangan tersebut akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

Ia merupakan langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat mulai esok.

Bagaimanapun, tambanya, kerajaan masih membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion untuk subsidi bahan api dan gula pada 2010.

Harga bahan api dan gula di Malaysia, tegas Najib, masih antara yang terendah di rantau ini.

Berikut adalah harga baru:

Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
Diesel - RM1.75 seliter.
Gula - RM1.70 sekilogram
Gas LPG - RM1.85 sekilogram
Berikut adalah harga baru gas:

Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)
Sementara itu, Berita Harian online memetik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.

Najib berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kuala Kedah di Alor Star, petang ini.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.

Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.

Pada 27 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dilaporkan berkata, Malaysia akan muflis pada 2019 jika kerajaan tidak memotong subsidi dan bergantung kepada pinjaman.

Katanya, hutang Malaysia akan meningkat kepada 100 peratus daripada GDP pada 2019 d- daripada 54 peratus sekarang jika subsidi tidak dipotong.


Nampaknya dalam diam-diam kerajaan mengumumkannya malam ini. Dan kebetulan pula sesi Parlimen telah berehat pada masa ini, mungkin kesempatan ini diambil oleh PM bagi umumkannya, kalau tidak, cuak juga beliau kerana MP BN pun silap hari bulan boleh bantak kerajaan. Pembangkang memang akan menjadi modal yang paling baik sekali.

Apakah kenaikan harga barangan keperluan ini menandakan kerajaan beransur mengurangkan subsidi pada rakyat. Apa pun alasannya yang pasti kenaikan ini akan memberi kesan pada barangan lain dan juga perkhidmatan yang turut akan mengalami kenaikan harga. Dalam sehari dua ini kita akan dapat melihat kesan langsung dari kenaikan harga barangan ini.

Agaknya kerajaan tidak berhajat untuk mengadakan PRU dalam masa terdekat ini sebabnya jika diadakan PRU hampir pasti BN akan tumbang gara-gara dasar pentadbirannya yang tidak popular dan membebankan ini.

Friday, July 2, 2010

Isu penyertaan 40 ulama' muda ke dalam UMNO:cerita demi cerita mula terdedah!


Agak menarik juga untuk dususuli tajuk ini kerana apa yang diwar-warkan pada awalnya dikatakan 100 ulama' akan mentertai UMNO termasuk Ustaz Mohd Asri Zainal Abidin, bekas Mufti Perlis yang terkenal itu. Namun ianya tidak menjadi kenyataandan hanya 40 ulama' muda sahaja yang menyerahkan borang dalam majlis bersama PM itu.

Selepas majlis itu terkeluarlah cerita demi cerita yang memaparkan kisah sebenar dan masih lagi meleret sehingga kini. Ia bermula dengan penafian sekumpulamn 4 orang ulama' muda yang hadir berjumpa Pm itu. Mereka nafikan mereka menyertai UMNO, dan sebaliknya menyatakan mereka "ditipu" menyertai majlis itu. Di paparkan di bawah yang dipetik dari Malaysia Insider cerita selanjutnya mula terserlah.

Aktivis: ‘Siapa tipu siapa dalam isu ulama muda serta Umno?’July 03, 2010
KUALA LUMPUR, 3 Julai — Seorang aktivis Umno Datuk Mustapha Taib berkata, dakwaan yang mengatakan Umno memperdaya ulama-ulama muda agar menyertai parti itu minggu lalu adalah tidak benar sama sekali kerana tiada individu yang dipaksa dalam soal itu.

Beliau juga mengakui empat orang yang mendakwa diperdaya Umno memang tidak mengisi borang dan tidak menyertai parti itu.

Mustapha yang mengakui membawa empat rakan anaknya termasuk Mohd Hosni Mubarak Abdul Hamid, salah seorang yang mendakwa diperdaya, ke majlis berkenaan memberitahu, pensyarah itu bersama kawan-kawanya tidak termasuk dalam senarai 40 ulama menyerti Umno Jumaat lalu.

Berkongsi cerita di sebelah pihaknya, kata beliau, pada malam berlangsungnya majlis kemasukan ulama muda ke dalam Umno, beliau sebenarnya mempunyai majlis makan malam bersama Kobena di Hotel Legend dan beliau turut menjemput rakan anaknya untuk turut serta.

Hotel Legend terletak berhampiran dengan Menara Dato’ Onn.

“Sebelum itu, saya singgah dengan mereka di majlis berkenaan dan tiba-tiba saya melihat Hosni dan rakan-rakannya berada di belakang Datuk Seri Shahidan Kasim semasa sidang media.

“Itulah yang saya ragu dan hairan. Kenapa mereka turut serta pada sidang media berkenaan?

“Selepas itu, saya tercari-cari mereka dan rupa-rupanya mereka turut sama menikmati jamuan bersama ulama muda yang menyertai Umno,” kata beliau dipetik Umno Online.

Beliau seterusnya melahirkan kehairanan kerana Hosni kini membuat kenyataan yang mengatakan Umno menipu berhubung kemasukan ulama muda ke dalam Umno.

“Siapa tipu siapa ni... saya pun hairan kerana beliau sama sekali tidak pernah mengisi borang keahlian Umno sebelum itu,” kata Mustapha.

Hosni mendakwa dia ditipu apabila disebut sebagai salah seorang daripada 40 ulama muda yang menyertai Umno Jumaat lalu.

Kata Hosni, keempat-empat mereka diperdaya oleh ayah kepada seorang rakan mereka kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu berjumpa dengan bekas pelajar-pelajar Jordan.

Ketika ditemui selepas ceramah anjuran PAS di Shah Alam kelmarin, Hosni yang mendakwa dirinya ‘diperdaya’ agar memasuki Umno minggu lalu menegaskan, dia tidak pernah mengisi borang menyertai parti tersebut sebagimana dilaporkan sebelum ini.

Bagaimanapun Hosni mengakui kehadirannya dalam program Jumaat yang berakhir dengan penyerahan borang adalah kerana diberitahu Najib yang juga Presiden Umno mahu bertemu dengan mereka yang pernah belajar di Timur Tengah.

Hosni, 27, pensyarah Maahad Tahfiz Integrasi Sains Teknologi Selangor mendakwa dia tidak pernah melihat dan mengisi sebarang borang keanggotaan Umno.

Katanya, dia tidak mahu orang salah faham dengan apa yang berlaku Jumaat lalu.

Dakwaan keempat-empat mereka juga dinafikan oleh Shahidan dan jurucakap kumpulan 40 ulama muda yang menyertai Umno.

Jurucakap kumpulan 40 ulama itu, Fadlan Mohd Othman juga telah menafikan empat orang yang mendakwa diri mereka ‘diperdaya’ untuk memasuki parti BN itu sebagai ahli kumpulan tersebut.

Kumpulan 40 ulama ini menyerahkan borang penyertaan ahli Umno kepada Najib sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Mereka diterima sebagai ahli Umno secara automatik.



4 orang ulama' muda itu kini berceramah atas pentas PAS menceritakan bagaimana mereka "ditipu" untuk turut serta dalam majlis itu. Sementara hari memasuki babak baru bila Datuk Mustapha Taib, aktivis UMNO ( juga bekas orang kuat PAS zaman Datuk Asri dulu)membuka cerita beliau adalah yang membawa 4 orang ulamai muda itu yang berkebetulan kawan pada anaknya.

Mengapa agak lambat sikit beliau muncul iaitu selepas Shahidan bekas MB Perlis bercakap menepis tanggapan berlakunya "penipuan" disamping ura-ura hendak menyaman pihak yang melaporkan berlaku "penipuan". Semuanya agak menarik bila kelmarin bekas YDP YADIM, Datuk Nakhaei Ahmad mengingatkan penyertaan 40 ulama' muda itu adalah penyusupan kumpulan pengikut Ustaz Asri bekas Mufti Perlis. Itu kata Nakhaei yang sememangnya ada "masalah" dengan Mohd Asri dan ini yang menjadikan isu ini lebih menarik lagi.

Dan hajat UMNO untuk menggunakan isu ini bagi menggambarkan pada masyarakat bahawa UMNO semakin diterima rakyat pelbagai lapisan nampaknya semakin terencat. Dan sekiranya silap hari bulan apabila lebih banyak cerita keluar akan lebih "menyemakkan" lagi keadaan.

Untuk nampak lebih jelas saya kira pihak UMNO perlu senaraikan nama 40 ulama' muda itu siapa mereka ssupaya kita tahu. Kalau asyik mengatakan 40 dan ada kumpulan yang mengatakan mereka ditipu tidak akan berkesudahan. Kalau betul ada cukup 40 orang senaraikan sahaja...habis cerita. Ini kerana seorang dua sahaja yang terkedepan menjadi jurucakap, manakala yang lainnya tidak diketahui. wallahu a'lam

Isu Lawatan PM ke Kelantan 16 Jun; apa kata penganalisis


Agak lama saya tidak update blog ini, ada dalam kira-kira 10 hari lantaran kesihatan saya masih belum pulih sepenuhnya. Walaupun minda tidak terganggu, tetapi untuk tangan menaip key board tu yang sedikit masalah berikutan tangan masih kebas lagi. Bagaimanapun bila menjenguk blog sahabat-sahabat serta blogger terkenal, saya teruja untuk menulis sama, apa lagi saya menyaksikan sendiri event itu.

Maksud saya saya hadir sendiri dalam bebnerapa event sempena Lawatan PM ke Kelantan pada 16 Jun lalu itu. Antaranya ialah perasmian Ar Rahnu Bank Islam, Lawatan ke Stesen Teksi dan beberapa lagi. Apabila melihat blog-blog seperti Tinta Merah sdr MSO, blog sahabat saya Green cresent, malah kickdefeela juga ada mengulasnya dari sudut pandangan masing-masing. Malah kickdefeela ternyata agak tersasar apabila ada dinyatakan ralatnyapada awal tulisannya pada YB Datuk Takiyuddin. Mengapa tidak dipastikan dulu berita itu sehingga dia terpaksa memperbetulkan dalam ralatnya!

Pada event itu saya juga antara yang menerima jemputan, malah jemputan menyambut di airport lagi. Namun saya tidak sempat pergi ke sana kerana pada kebiasaannya kalau pergi pun buat meramaikan sahaja..pak pacak kernaa orang parti yang lebih terkedepan, dalam banyak hal, hinggakan para pegawai kerajaan terpinggir jauh kecuali seorang dua yang terkenal sahaja.

Saya dapat merasakan denyut nadi sdr MSO yang menyatakan "kurangnya perancangan BN Kelantan" bagi memastikan kehadiran PM ke Kelantan memberi impak pada Kelantan atau sekurang-kurangnya dapat "mempertemukan" pemimpin utama BN dan PAS atas satu pentas yang sekirang-kurangnya boleh melambangkan hubungan federalisme yang nampak baik. Dengan itu setidak-tidaknya mereka dapat bertegur sapa dalam suasana yang harmoni. Namuin semuanya tidak menjadi.

Benar, antara keduanya UMNO dan PAS saling mencurigai seminggu sebelum lawatan PM lagi. Saya mendapat maklumat dalaman bahawa UMNO khuatir jika MB diberi berucap , dalam ucapannya bimbang diselit "pantun" yang mengenakan PM sepertimana dalam majlis ECER dengan PM Tun Abdullah dahulu. Kalau "terkena" pantun yang mengenakan itu...akan merah padam juga muka PM sambil tersipu...khususnya mengenai tuntutan royalti minyak.

Itu yang dikhuatiri UMNO Kelantan, dan mereka juga bimbang pemuda PAS akan menaikan kain rentang tuntut royalti. Dan sememangnya kain rentang itu dinaikkan oleh NGO GERAK di beberapa tempat sempana lawatan PM itu.

Di pihak PAS pula, mereka bimbang pihak UMNO akan menguasai sepenuhnya Majlis Kelantan Fiesta itu walaupun Red Carpet event manager. Malah mereka juga mencium taktik UMNO telahpun menyediakan "bunting" yang menyatakan PM akan rasmikan Kelantan Fiesta bukannya Pemangku Raja Kelantan seperti hebahan awalnya. Dan cakap-cakap "dalaman" bahawa UMNO akan pastikan kedatangan penonton dalam stadium melebihi 40,000 orang supaya mengatasi rekod perhimpunan penjelasan royalti minyak oleh YBM Ku Li dahulu. Cakap-cakap dan bisik-bisik inilah yang menyebabkan baik antara PAS dan UMNO saling bimbang membimbangi.

Nak dijadikan"kegagalan" malam itu bila hujan lebat turun mencurah-curah selepas petangnya Kerajaan Kelantan menyatakan mereka memulau Fiesta ini kerana "telah lari" dari jadual asalnya itu. Oleh kerana itulah malam itu "gagal" sama sekali dan PM juga tidak muncul kerana pulang awal ke kuala Lumpur. Hanya Tok Pa yang merasmikan fiesta itu " dalam keadaan yang memilukan" baik dari segi hadirin dan juga PA System dan sebagainya.

Satukesimpulan yang boleh diambil atas kegagalan ini ialah kerana masing-masing pihak "bimbang dan curiga" antara satu sama lain. Walaupun ada event managernya , tetapi event manager juga lebih memihak dan mungkin kurangnya komunikasi dengan pihak Negeri. Maka berlakulah apa yang tidak sepatutnya terjadi dan saya percaya ianya memberi pengajaran berguna pada semua pihak.

Diharapkan PM tidak akan "serik" datang ke kelantan pada masa depan walaupun program pada kali ini "tidak menjadi" atau membuahkan haSIL khussunya dalam hubungan Pusat dan negeri. Seingat saya perkara hujan lebut di majlis dalam stadium ini pernah berlaku masa majlis lain juga seperti masa Persembahan kebudayaan beberapa tahun dahulu. Masa itu Al-Sultan hadir, Menteri Kebudayaan hadir dan MB juga hadir tetapi Allah turunkan "hujan" lebat malam itu sebaik memula persembahan, iaitu selepas ucapan perasmian dan majlis itupun ditamatkan.

Apapun perancangan kali ini nampak "tak lendik" sejak mula lagi. Dan perasmian Ar Rahnu oleh PM pun lebih pada "tangkap muat" sahaja kerana perasmian premis yang begitu kecil oleh PM. Saya ingat lagi MC menyatakan supaya orang ramai tidak menyertai PM memasuki premis baru itu kerana ianya akan sesak dan muat 20 orang sahaja pada satu-satu masa.

Begitu juga dengan lawatan ke Wat Siam di Tumpat (Wat Machimaram) itu, Baru seminggu sebelum itu Menteri di JPm Datuk Nazri Aziz datang temui masyarakat Siam di Tumpat. Dan PM datang lagi minggu ini, cuma PM memberikan cek bantuan 200,000 dan juga menyampaikan IC pada sekumpulan orang Siam. Dari segi mileage politiknya, agak kurang juga kerana apalah sangat dengan undi masyarakat Siam itu kalaupun dapat separuh. Ini kerana kerajaan negeri juga ada wakil dari masyarakatSiam itu menerusi perlantikan Penghulu Tanpa Mukim dan sebagainya. Sepatutnya Menteri boleh melakukannya usaha-usaha ini tanpa melibatkan PM yang memerlukan sesuatu yang lebih besar impaknya.

Kesimpulannya, bagi saya kahadiran PM pada 16 Jun lalu " mengecewakan" dari segi kesannya baik pada masyarakat Kelantan keseluruhannya terutama sekali bagi "mengharmonikan" antara pihak-pihak negeri dan Pusat. Dan seharusnya jika ingin membawa PM ke Kelantan pihak-pihak tersebut perlulah membuatkan majlis yang lebih bermakna dan dapat memberi "hasil" pada semua masyarakat Kelantan, sesuai dengan PM adalah Perdana Menteri bagi semua termasuk rakyat Kelantan juga.