Saturday, October 30, 2010

Juara Piala Malaysia: Tahniah pasukan The Red warriors


Perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia baru saja selesai dan pasukan Kelantan- The Red warriors telah berjaya muncul Juara baru dengan menewaskan pasukan negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional, Bukit jalil malam ini. Kemenangan bergaya Kelantan ini dapat mengubat duka tahun lalu yang tewas 1-3 kepada lawan yang sama.

Maka episod kali ini seumpama episod balas dendam dan Kelantan berjaya "membalasnya" bagi kekalahan tahun lalu itu. Kejayaan ini merupakan pertama kali dalam sejarah bola sepak Kelantan. Sebelum ini Kelantan hanya muncul Juara banyak kali tetapi pada Piala Emas Raja-Raja sahaja.

Pasukan kendalian Jurulatih B.Sathianathan ini sememangnya sedari awal diyakini memenangi perlawanan ini. Sepanjang musim ini pasukan Kelantan yang mempunyai pengurusan yang baik dibawah pimpinan Presiden KAFA, Tan Sri Anuar Musa telah berjaya menunjukkan permainan yang baik dan bermutu.

Dari segi corak permainan Kelantan jaub telah maju dan baik dan telah lama meninggalkan corak "robust" suatu masa dahulu. Cuma kelakuan penonton sahaja yang sedikit dirisaukan, tetapi ternyata pada malam ini penonton Kelantan telah menunjukkan disiplin yang baik tanpa insiden yang tidak diingini. Setakat pembakaran mercun itu perkara biasa sahaja.

Mungkin juga pada kelmarin MB Tok Guru sendiri ada berpesan supaya pasukan kelantan bermain dengan baik dan penyokong pula Tok Guru meminta berkelakuan baik serta berdisiplin. Semangat kesukanan yang tinggi perlu ditunjukkan dan Tok Guru berharap Kelantan Insya Allah memenangi perlawanan malam ini. Dan ternyata Kelantan telah menang pada malam ini dan bakal menerima insentif kewangan seperti yang dijanjikan oleh Tok Guru Menteri Besar Kelantan.

Pada malam ini juga Dato' Ahmad yaakob,Timbalan MB Kelantan yang mewakili Tok Guru di stadium Bukit Jalil telah mengumumkan Kelantan cuti pada 31 Oktober iaitu esok hari. TMB menyatakan perkara ini MB telah bermurah hati memberikan "cuti peristiwa" di atas kejayaan Kelantan dan memudahkan urusan balik para penyokong ke Kelantan.

Apapun Tahniah kelantan! Gomo Kelate Gomo!

Friday, October 29, 2010

Bila Tok Guru bercakap pasal bola dan janji kerajaan Kelantan pada Red Warriors


Dalam masa demam bola sepak menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan pada malam ini, ramai orang memperkatakannya. Dan antaranya termasuklah Tok Guru Nik Aziz , Menteri Besar Kelantan. Sebagai Ketua Kerajaan Negeri, beliau telah memberikan semangat pada pasukan Kelantan dan katanya insya Allah Kelantan akan menang dan muncul Juara.

Lebih penting lagi nasihat beliau pada para penyokong pasukan kelantan supaya menjaga kelakuan dan tatatertib dengan tidak menimbulkan sebarang kekecohan seperti masa lalu.

"Dalam pada itu, Nik Aziz turut mengingatkan penyokong Kelantan yang akan hadir ke stadium agar menjaga adab dan tatasusila dan tidak menimbulkan kekecohan.

"Saya nak tengok penyokong jaga tatsusila, jangan ada keganasan, semangat kesukanan kena jaga molek.

"Kita rakyat dan kerajaan negeri Kelantan duduk dalam keadaan tenang, berakhlak dan beradab," katanya penuh harapan.

Beliau bagaimanapun optimis Kelantan mampu membawa pulang Piala Malaysia ke negeri itu pada pertemuan Sabtu ini.

"Saya sebagai rakyat Kelantan berdoa agar kita berjaya..InsyaAllah kita harap kita berjaya," tambahnya.


Pesanan Tok Guru itu penting dan wajar sekali diikuti oleh para penyokong pasukan Kelantan yang bertandang ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam ini. Semangat kesukanan yang tinggi perlulah ditonjolkan baik semasa permainan dan juga selepas perlawanan. hendaknya jangan ada peristiwa membakar kerusi atau menimbulkan kekecohan dan sebagainya.

Sementara itu Tok Guru juga ada menjanjikan imbuhan berbentuk kewangan pada Pasukan kelantan nanti. Kalau pada tahun lepas Kerajaan Kelantan membawa para pemain ke Tanah Suci Mekah mengerjakan umrah, tetapi kali ini ganjaran wang tunai dijanjikan. Ini kerana menurut Tok Guru ganjaran wang tunai ini akan turut dinikmati dan dikongsi isteri dan anak-anak pemain juga.

Selamat berjuang untuk pasukan Kelantan dan semoga berjaya.

Kelantan janji wang tunai buat The Red Warriors
Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 29 Okt: Tidak seperti musim lalu, kerajaan negeri Kelantan akan memberi imbuhan berupa wang tunai kepada pemain pasukan bola sepak The Red Warriors Kelantan yang berjaya ke final Piala Malaysia musim ini.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pemberian wang tunai tersebut ekoran kerajaan negeri merasakan ianya lebih sesuai berbanding imbuhan menunaikan umrah yang diberikan musim lalu.

"Imbuhan ada, tahun lepas kita bawa ke tanah suci, tapi dapat dirasai oleh suami sahaja, isteri tak dapat rasa apa-apa.

"Jadi tahun ini kita ubah teknik sikit, kita bagi wang tunai supaya suami sebagai pemain dapat rasa, isteri sebagai penonton dapat rasa, anak-anak pun seronok," katanya kepada stesen radio HotFM semalam.

Beliau bagaimanapun tidak memberitahu berapa jumlah yang akan diberikan kepada setiap keluarga pemain tersebut.

Sabtu, 30 Oktober ini, Kelantan akan berdepan pasukan Negeri Sembilan, pada Piala Malaysia edisi ke-84 di Stadium Bukit Jalil.

Pertemuan ini adalah kali kedua berturut-turut selepas bertemu pada peringkat akhir musim lalu dengan kemenangan milik Negeri Sembilan 3-1.

Dalam pada itu, Nik Aziz turut mengingatkan penyokong Kelantan yang akan hadir ke stadium agar menjaga adab dan tatasusila dan tidak menimbulkan kekecohan.

"Saya nak tengok penyokong jaga tatsusila, jangan ada keganasan, semangat kesukanan kena jaga molek.

"Kita rakyat dan kerajaan negeri Kelantan duduk dalam keadaan tenang, berakhlak dan beradab," katanya penuh harapan.

Beliau bagaimanapun optimis Kelantan mampu membawa pulang Piala Malaysia ke negeri itu pada pertemuan Sabtu ini.

"Saya sebagai rakyat Kelantan berdoa agar kita berjaya..InsyaAllah kita harap kita berjaya," tambahnya.

Ditanya pengalamannya bermain bolasepak, beliau memberitahu meminati sukan itu sejak kecil.

Malah katanya lagi, bahagian lututnya kini masih terdapat kesan kececederaan akibat bermain bolasepak sebelum perang Jepun lagi.

"Saya muda dulu main bola sebelum perang Jepun, ketika itu saya duduk pondok.

"Lepas Asar main bola, kawan saya sepak, kena lutut kanan saya smpai hari ni cedera. Orang tak tahu tu.

Beliau turut memberitahu, selain bermain bola sepak, beliau juga aktif dalam sukan berkuda.

"Ayah saya ada empat ekor kuda, kami empat beradik berlumba kuda.

"Bila saya menang, saya lepas tangan atas kuda tu, tiba-tiba biawak melintas, kuda terkejut dan berhenti mengejut, jatuh la saya.

"Lutut saya rosak sebab bola, belakang saya rosak sebab kuda, jangan main-main," ceritanya.

dari Harakahdaily)

Demam bolasepak dalam Kempen PRK Galas


Dalam suasana PRK di Galas, Gua Musang perlawanan bola sepak final Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan turut mencuri tumpuan. Baik dari pihak PAS dan jjuga UMNO masing-masing memberikan "hadiah" seperti menyediakan bas dan tikiet percuma untuk petugas masing-masing ke Stadium Bukit Jalil. Mungkin ini adalah antara insentif pada petugas masing-masing.

Pihak BN telah memberikan "tiket percuma sebanyak 700 tiket" kepada para petugasnya di samnping menyewa berbelas bas bagi tujuan itu. Begitu juga dengan PAS yang turut menyediakan 5 buah bas dan tiket bagi para petugas parti itu.

Nampaknya baik UMNO ataupun PAS masing-masing memberikan insentif kepada para petugasnya untum turut memberikan sokongan pada pasukan Kelantan. Amalan ini amatlah baik dan terpuji kerana walaupun masing-masing "berlawan" dalam politik tetapi dalam memberi sokongan pada pasukan Kelantan "mereka bersatu" menyokong Red Warriors.

Yang tinggal menjaga pos-pos mungkin para petugas yang berusia, kerana anak-anak muda yang sebelum ini menjadi petugas kemungkinan besar datang ke stadium menyaksikan bola sepak. Bagaimana pun itu hanya sementara waktu sahaja.

"Penasihat jentera pilihan raya kecil PAS di Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, pihaknya hanya berihat seketika untuk turut sama memberi sokongan kepada pasukan Kelantan.

"Kita fokus pada 'bola' dulu, lepas menang, kita balik pada pilihan raya," kata beliau yang juga ahli parlimen Kota Baru.
Bercakap dalam satu sidang akhbar harian di markas PAS di Galas, beliau berkata, parti itu akan juga menyediakan lima buah bas untuk membawa penyokong Kelantan ke Bukit Jalil untuk menonton perlawanan akhir itu. "


Selain itu di bilik Gerakan masing-masing sama ada PAS atau UMNO-BN, skrin besar disediakan bagi menyaksikan perlawanan bola sepak itu. Mungkin malam ini tiada Ceramah atau gerak kerja lain. Semua tertumpu pada bola sepak.

"Sementara itu, suasana itu sudah mula dirasakan di pihak BN apabila Umno Gua Musang mengedarkan tiket percuma perlawanan akhir Piala Malaysia, kepada rakyat Galas.

Pengarah pilihan raya kecil BN bagi Galas, Razaleigh Hamzah mengedarkan tiket percuma itu - dipercayai berjumlah 700 - sewaktu satu pertandingan futsal di Sungai Terah pagi ini."


Ternyata demam bola sepak telah "menggerhanakan" seketika kerancakan kempen PRK Galas dan mungkin esok keadaan akan kembali seperti biasa sehinggalah menjelang hari pembuangan undi pada 4 November nanti.

Thursday, October 28, 2010

Piala Malaysia: Kelantan Vs Negeri Sembilan


Pertama sekali tahniah pada kedua-dua pasukan bola sepak Kelantan dan Negeri Sembilan yang berjaya memasuki Pertandingan akhir yang akan berlangsung esok(sabtu) di Stadium Bukit Jalil. Kejayaan kedua-dua pasukan itu bertemu pada peringkat akhir seolah ulangan pada sesi lalu yang mana tahun 2009 Kelantan juga bertemu Negeri Sembilan tetapi tewas dan Negeri Sembilan muncul Juara.

Saya tidaklah begitu minat sangat bola sepak, tetapi menonton juga di TV. Kalau di stadium tu, amatlah jarang saya pergi kerana berasa tidak selesa apa lagi kalau berlaku sesuatu insiden yang tidak baik. Bagaimanapun sebagai anak Kelantan saya menyokong pasukan Kelantan untuk permainan malam ini dan akan menonton di TV pada malam esok.

Cuma satu perkara sahaja hendak diingatkan pada para penyokong kedua-dua pasukan terutama sekali penonton Kelantan supaya berdisiplin dan tidak menimbulkan sebarang masalah. Pasukan Kelantan juga membawa tema "Permainan tercantik" pada kali ini menjanjikan satu perlawanan yang menarik.

Sukan bola sepak merentasi sempadan kepartian dan walaupun di Gua Musang sekarang ini sedang hebat kempen PRK, dan ada pihak BN menaja 1000 tiket percuma bagi anak-anak Gua Musang menonton di stadium Bukit Jalil; tetapi ambillah peluang itu. Cuma tidak usahlah menampakkan suasana "perlawanan politik" di stadium, dalam ertikata lain "bendera parti-parti politik" baik BN atau PAS tak usahlah di bawa masuk stadium dan dikibarkan.

Biarlah sukan adalah sukan yang mempunyai peminat yang pelbagai dan merentasi kepartian. Selamat berjuang untuk pasukan Red Worriors dan semoga berjaya muncul Juara pada tahun ini.

ETP;Malaysia akan jadi Hub Hiburan Malam Terkemuka!Apakah jadahnya?


Perdana Menteri dilaporkan mahu menjadikan Malaysia sebagai Hub Hiburan Malam Terkemuka bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang sering diwar-warkannya. Ianya akan dilaksanakan dengan penubuhan bebnerapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama,melonggarkan garis panduan penghibur antarabangsa dan "mempakejkan" semula acara antarabangsa seperti MotoGp dan Formula1.

"Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.

Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.

Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.

Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal)."

Lantas saya teringat pada komen seorang kawan yang membandingkan hiburan malam yang sedia ada sekarang telahpun "banyak" dan mengikut kawan itu "Malaysia takkan terlawan dengan Thailand". Kalau nak menarik pelancong pun tak usahlah dengan cara itu, lagi pun pelancong asing tak kisah sangat kelab malam, di negara mereka bersepah.

Kalau tak silap saya beberapa tahun dahulu, satu kajian diadakan dan menurut kajian itu faktor utama menarik minat pelancong adalah tempat bersejarah dan juga alam semula jadi.Nah, perbaiki 2 tempat tumpuan pelancong ini, bukannya hiburan malam!

Saya sekali lagi tersengih bila kawan itu menyatakan, " tengok tarian penari Thailand cukup lembut, penari Malaysia juga boleh ikut dan tak kurang hebatnya...tapi bila penari di Thailand buka pakaian...ini yang penari di Malaysia tak boleh lawan." Dalam bab tu kita kalah dengan Thailand katanya".

Untuk itu saya katakan, kita perkuatkan perkara lain yang lebih afdal dan lebih bersih seperti menyediakan tempat lawatan bersejarah yang menarik dan kemudahan alam semula jadi. INi kita boleh lawan dan baik dengan Thailand dan negara mana sekalipun.Apa kejadahnya kita suburkan negara dengan hub hiburan malam yang akan melalaikan rakyat terbanyak.

Walaupun pengwujudan hub hiburan malam terkemuka ini dikatakan akan menjana kewangan dan peluang kerja, tetapi apalah sangat dengan peluang itu jika dibanding dengan "kerosakan" yang diundang nanti.

"Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan

Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020."

Kalaupun ia mendatangkan pulangan kewangan pada negara dan peluang pekerjaan, tetapi ingatlah kerajaan juga akan menanggung kosnya nanti bagi "menguruskan" segala kerosakan akibat hiburan malam. Mungkin Pusat Serenti akan semakin banyak didirikan, Sekolah perempuan hamil(seperti di Melaka) akan banyak didirikan dan penjara akan diperbanyakkan lagi. Ini semua diperlukan bagi "menampung kerosakan" akibat wujudnya hub hiburan malam itu.

Apalah malangnya terlalu banyak Hub di negara ini. Ada Hub Makanan Halal, Hub Kewangan Islam yang disambut baik masyarakat ; tetapi Hub Hiburan ini rata-rata ditentang banyak pihak termasuk NGO dan pelbagai pihak.

Dan yang terpenting sekali janganlah semata-mata kerana kepetingan ekonomi, kita mengundang kemurkaan Allah, Tuhan seru sekalian alam. Ingatlah di negara jiran Allah menimpakan gempa bumi, tsunami dan letusan gunung berapi; apakah Malaysia juga akan menerima bala' yang serupa suatu hari nanti jika kita(tangan-tangan manusia) melakukan pelbagai kerosakan di muka bumi ini. Wallhu a'lam.

Al Fatihah...perginya seorang profesor sejarah, Prof . Dato' Dr. Nik Annuar Nik Mahmud


Pada petang tadi setibanya di rumah kira-kira jam 7.00 mlm dari Kota Bharu, saya menerima sms dari seorang sahabat bahawa Prof Dato' Dr Nik Annuar telah meninggal dunia pada jam 6.50 petang tadi. Saya segera membalas sms tersebut dan meminta sama-sama membaca Al Fatihah untuk arwah.

Dan pada malam ini juga saya ada menerima banyak lagi sms dari kawan dan kenalan yang rapat dengan profesor sejarah UKM tersebut. Pemergian beliau sesungguhnya merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja buat UKM tetapi juga negara khususnya dalam arena sejarah negara. Allahyarham seorang cendekiawan yang begitu rajin membuat penyelidikan dan menghasilkan banyak penulisan. Dan bidang yang paling beliau minati adalah aspek sejarah kebangkitan Tok Janggut di Kelantan 1915 dan juga sejarah Patani.

Dua bidang di atas amat beliau minati dan telah banyak menghasilkan penulisan mengenainya. Malah beliau pernah dihalang memasuki Thailand gara-gara kajiannya mengenai sejarah Perjuangan Melayu Patani yang kurang disenangi pihak berkuasa Thailand. Allayarham juga adalah mempunyai pertalian darah dengan keturunan Melayu Patani dan juga cucu-cicit juga pada pemimpin Melayu Pasir Puteh yang berjuang bersama Tok Janggut menentang Inggeris.

Allahyarham pada bulan lepas membuat pembedahan sakit barah usus di HUKM dan ekoran dari itu berlaku komplikasi lain yang menyebabkan Allahyarham diserang stroke.

Sebagai beklas anak muridnya , saya mendoakan Semoga Allah mencucuri Raahmat ke atas ruh Allahyarham dan menempatkannya di sisi Orang-Orang Soleh. Amin.

Thursday, October 21, 2010

PRK Batu Sapi: Rundingan PKR-SAPP gagal


PRK Batu Sapi di Sabah yang diadakan serentak dengan PRK N.45 Galas, Gua Musang nampaknya akan menyaksikan pertandingan sekurang-kurangnya 3 penjuru antara BN(yang akan diwakili PBS), PKR dan SAPP. Rundingan SAPP dan PKR dikatakan gagal mencapai kata sepakat bagi mengemukakan satu lawan satu dengan BN.

Walau bagaimanapun kemungkinan ia akan banyak penjuru jika pihak Bebas juga akan masuk bertanding dalam PRK itu bagi menguji pengaruh menjelang PRU akan datang. Kedua-dua pihak SAPP dan PKR bagaimanapun diberitakan tidak akan menyernag antara satu sama lain dalam PRK ini dan akan menjadikan medan PRK ini sebagai benchmark bagi tawar-menawar atau "rujukan" dalam pembahagian kerusi yang akan ditandingi apabila berlaku PRU13 nanti.

Walaupun gagal dalam perundingan awal ini, masa masih ada sehingga 26 Oktober ini iaitu hari penamaan calon jika berhajat juga untuk mengemukakan pertandingan satu lawan satu sama ada BN-PKR atau BN-SAPP. Kalau berlaku pertandingan 3 penjuru akan memberi kelebihan pada BN pada kali ini. Ia juga bakal menyaksikan pola pengundian masyarakat Cina di Sabah dalam PRU nanti. Iniu kerana masyarakat Cina di Sarawak telah menunjukkannya dalam PRK Sibu dahulu yang mana BN telah tumbang pada calon DAP

Nampaknya SAPP begitu beria benar untuk meletakkan presidennya Datuk Yong Teck Lee yang juga bekas Ketua Menteri Sabah di era penggiliran Ketua Menteri dahulu dfan masa itu SAPP adalah kerabat BN. Kini sapp telah keluar BN tetapi belum rasmi menganggotai Pakatan Rakyat.

(petikan Malaysiakini di bawah)
Rundingan PKR-SAPP gagal, pertandingan 3 penjuru?
Pilihan raya kecil Batu Sapi dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, PKR dan SAPP apabila usaha mencari jalan penyelesaian antara kedua-dua parti pembangkang itu menemui jalan buntu.

Di sebalik usaha supaya kerusi Batu Sapi ditandingi satu lawan satu, kedua-dua PKR dan SAPP berdegil mahukan calon masing-masing diketengahkan.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak berkempen menentang satu sama lain dan menjadikan BN sebagai sasaran bersama dengan harapan pilihan raya kecil itu boleh dijadikan "sumber rujukan" oleh mereka apabila mengadakan rundingan pada masa akan datang.

SAPP akan mengumumkan calonnya Sabtu ini, manakala Leong sekadar berkata PKR akan mengumumkan calonnya "sedikit masa lagi".

BN akan mengumumkan calonnya daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) Ahad ini.

Mesyuarat peringkat tertinggi lebih sejam hari ini diadakan oleh kedua-dua parti itu dengan bendahari PKR mewakili Pakatan Rakyat manakala SAPP pula diketuai oleh presidennya, Datuk Yong Teck Lee.

Bercakap kepada wartawan pada sidang media selepas mesyuarat itu, kedua-dua pemimpin berkenaan mengakui tiada kata sepakat yang dicapai mengenai Batu Sapi.

Namun, mereka tidak menolak kemungkinan kerjasama pada pilihan raya umum akan datang.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan penamaan calon pada Selasa ini manakala pengundian adalah pada 4 November ini.

Kerusi Batu Sapi kosong, berikutan kematian ahli parlimennya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, minggu lalu.

Mendiang menduduki kerusi berkenaan sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenanginya tanpa sebarang saingan.

Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau dicabar oleh calon Bebas, Chung Kwong Wing tetapi berjaya mengekalkan kerusinya dengan mudah dengan majoriti 3,708 undi.

Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771.

Dr Zulkefli Mohamad dipilih calon PAS PRK Galas


PAS pada malam ini telah mengumumkan Dr. Zulkefli Mohamad, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang sebagai calon bagi PRK DUN N.45 Galas. Dengan pengumuman oleh Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sebentar tadi telah menamatkan teka teki tentang siapakah yang akan menjadi calon PAS.

“Inilah pemimpin yang PAS pilih sebagai ‘Calon Kita’ bagi Pilihan Raya Kecil N.45 Dun Galas. Beliau adalah Dr Zulkefli Mohamad,” umumnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Menurut Tuan Guru Nik Aziz, Zulkefli dipilih kerana diyakini mampu meneruskan kerja cemerlang yang telah diusahakan wakil rakyat sebelum ini, Allahyarham Chek Hashim Sulaima.

Hadir sama dalam Majlis pengumuman calon yang berlangsung di Dataran Ilmu di Gua Musang itu ialah Presiden PAS Tuan Guru Dato' Haji Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Ustaz Nasharuddin Mat Isa serta pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR dan Timbalan Setiausaha Agung DAP Dato' Ngeh Koo Ham.

Pengumuman calon oleh PAS yang lebih awal dari UMNO-BN ini memperlihatkan keupayaan PAS yang mempunyai ramai calon berkebolehan dan terdiri dari golongan profesional seperti Dr.Zulkefli yang juga seorang Doktor Perubatan yang mempunyai klinik sendiri di Gua Musang. Ianya juga menggambarkan PAS lebih bersedia dalam PRK ini bagi menghadapi musuh tradisi UMNO.
(Berikut petikan dari Harakah Daily)

Galas: Dr Zulkefli calon PAS
Mohd Nor Yahya
GUA MUSANG, 21 Okt: Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Dun Galas.

Pengumuman itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis pengisytiharan calon di Dataran Ilmu, di sini sekitar jam 11.54 malam ini.

“Inilah pemimpin yang PAS pilih sebagai ‘Calon Kita’ bagi Pilihan Raya Kecil N.45 Dun Galas. Beliau adalah Dr Zulkefli Mohamad,” umumnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Menurut Tuan Guru Nik Aziz, Zulkefli dipilih kerana diyakini mampu meneruskan kerja cemerlang yang telah diusahakan wakil rakyat sebelum ini, Allahyarham Chek Hashim Sulaima.

Hadir sama pada majlis tersebut, semua pimpinan utama PAS Pusat termasuk Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa. Turut serta ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham.

Biodata Zulkefli:

Beliau merupakan anak kepada seorang pemimpin PAS, Mohamad Awang yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Penerangan PAS Kelantan tahun 1996.

Bapanya juga adalah bekas Adun Guchil, Kuala Krai tahun 1974-1978.

Ibunya pula, Ramelah Mat Jusoh seorang yang gigih mendidik 10 orang anak.

Hasilnya, calon PAS ini adalah anak yang ketujuh, seorang yang benar-benar mewarisi bakat perjuangan ayahnya.

Dr Zulkefli dilahirkan pada tanggal 16 Januari 1966 bertempat di Guchil 3, Kuala Krai.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil, Kuala Krai. Kemudian meneruskan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra.

Kecemerlangannya dalam pelajaran terbukti apabila mendapat tawaran belajar di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan tahun 1992.

Pengalamannya sebagai seorang doktor kerajaan di Hospital Taiping, Perak (1992) kemudian berpindah ke Hospital Besar Kota Bharu (1993) dan Pusat Kesihatan Ciku 3 Gua Musang; telah mendidik beliau menyayangi masyarakat dan memahami kesusahan hidup rakyat.

Justeru itu, beliau mengambil keputusan membuka klinik sendiri di Ciku 3, Gua Musang sebagai meneruskan khidmat dan merapatkan lagi hubungannya dengan rakyat.

Dr Zulkefli mula aktif dalam PAS apabila terlibat dengan cawangan ketika berkhidmat di Ciku 3, sehinggalah beliau terpilih untuk jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang.

Beliau juga pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2004 di Dun Galas dan pilihan raya umum 2008 bagi Parlimen Gua Musang.

Meskipun begitu, beliau menyedari bertanding di kubu kuat Tengku Razaleigh bukanlah mudah untuk mencapai kemenangan, namun dengan kegigihan dan kesungguhan, beliau tetap menghadapinya dan sedia memikul tanggungjawab parti.

Justeru, masyarakat dan parti menilainya sebagai seorang pemimpin yang ikhlas, taat dan rela berkorban demi perjuangan Islam.

Saturday, October 16, 2010

PAS sentiasa peka perubahan; tetap komited dengan Islam


Pada hari kelmarin PM Dato'Najib melontarkan pandangannya tentang perlunya UMNO berubah ke arah Model Baru Politik bagi menjamin kelangsungannya. Pandangannya segera disambut oleh bekas Mufti Perlis Dr Mohd. Asri Zainal Abidin bahawa PAS telah banyak berubah berbanding UMNO. Pandangan bekas Mufti itu dilontarkan dalam satu majlis anjuran UMNO yang mana moderatornya Dato' Seri Shahidan Kassim. Apakah Dr Asri mula berjinak dengan UMNO semula yang sebelum ini dihentamnya.

Cuma satu perkara bagi saya ialah beliau perlu berlaku adil dan bercakap benar walaupun dalam Majlis anjuran UMNO. Dalam hal ini beliau setakat ini agak seimbang dalam memberikan komen dan banyak komennya berdasarkan ilmu, bukannya berdasarkan tujuan lain seperti mana ulama' UMNO yang begitu takut menyatakan "kebenaran". Mungkin ini disebabkan Dr Asri berkawan dengan semua pihak baik UMNO,PAS dan juga PKR. Jadi beliau tidak kekok dalam memberikan pandangan. Cuma pandangan beliau seringkali dipandang sesetengah penguasa agama mirip pada anutan Wahabi sehingga antara beliau dengan ulama' di JAKIM seringkali bertelagah.

Dan jangan juga melupakan anak didiknya 40 orang ulama' muda yang menganggotai UMNO adalah bertindak untuk "membaiki dari dalam" dan kita juga tunggu-tunggu juga hasilnya apakah berjaya mereka "memperbaiki" akhlak UMNO atau "terhanyut" dalam kerangka kebangsaan UMNO yang semakin getir. Lebih-lebih lagi PERKASA, sebuah NGO juga turut memperjuangkan Melayu malah leih "melayu dari perjuangan melayu UMNO".

Dalam Majlis anjuran Kelab UMNO Luar Negara itu Dr Asri menyatakan bahawa
“Kita lihat sekarang PAS sudah berubah dan banyak melakukan kelonggaran dalam beberapa isu tapi nampaknya Umno menjadi seperti PAS semasa tahun 80-an dulu."

Kenyataan beliau di atas perlu difahami dan diharapkan tidak menjurus pada PAS telah "longgar" dengan syariat Islam. PAS berubah betul, tetapi ia masih istiqomah dan berpegang teguh pada ajaran agama Islam yang berdasarkan Quran, Hadis, Ijma' dan Qias.

Kenyataan beliau itu dibimbang disalahtafsir oleh golongan sekular atau golongan yang suka menangguk diair yang keruh lagi berselut sebagai PAS telah mengalami kelonggaran dari segi pegangan aqidahnya. Saya rasa selagi PAS dibawah pimpinan ulama', perjuangan nya tidak akan lari dari landasan Islam.

(petikan Malaysian Insider)

<strong>Asri: PAS banyak berubah agar kekal relevan banding Umno
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
October 17, 2010KUALA LUMPUR, 17 Okt — Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin muncul pada forum anjuran Umno malam tadi sambil berkata, PAS seolah-olah memperlihatkan ia banyak berubah berbanding dengan parti dominan Barisan Nasional (BN) itu sepanjang dua dekad yang lalu.
Kata beliau (gambar) perubahan mengikut peredaran masa itu dapat dilihat dengan ketara khususnya sejak selepas pilihan raya umum ke-12.

Sehubungan itu menurut beliau, Umno yang ada sekarang dilihat tidak lagi menjaga dan mengangkat hal-hal berkaitan agama Islam.

Malah kata beliau, Umno tidak boleh jadi parti yang membawa sentimen perkauman, sebaliknya perlu menjadi lebih matang dalam membuat keputusan.

“Umno tidak boleh jadi (parti membawa sentimen) perkauman, sebaliknya Umno perlu lebih matang dalam membuat keputusan. Jangan membuat perkara yang boleh membahayakan diri sendiri,” katanya.

“Kalau dulu Umno boleh dikatakan mendahului dalam banyak perkara termasuk dalam hal-hal agama.

“Tetapi sejak kebelakangan ini selepas pilihan raya umum ke-12, saya lihat isu yang dibawa Umno gagal mengangkat Umno di peringkat global.

“Isu yang dibawa Umno hanya setempat, saya tidak tahu macam mana Umno menyusun ulama-ulama mereka,” katanya.

Sebagai contoh kata beliau, dalam isu bukan Islam masuk masjid, doa untuk bukan Islam dalam khutbah dan juga isu wang ihsan, ia tidak menunjukkan identiti Umno yang sebenarnya.

“Saya dukacita dengan apa yang berlaku dalam isu-isu tersebut, apabila pemimpin-pemimpin Umno (kata) tidak boleh sedangkan banyak bukti mengatakan sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada forum Kursus Kepimpinan Kelab Umno Luar Negara di bawah tajuk “Menjana Modal Insan Ulul-Albab di Peringkat Global” di sini malam malam tadi.

Beberapa jam sebelum pandangan Asri itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengusulkan kemungkinan diwujudkan Model Politik Baru bagi memastikan kelangsungan Umno sebagai parti yang menerajui pemerintahan negara.

“Bukan sahaja kita perlu Model Ekonomi Baru, kita mungkin perlu Model Politik Baru,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Kelab Umno Pesara Kakitangan Kerajaan di Seri Perdana.

Najib, yang juga Presiden Umno berkata strategi seperti “politik pembangunan” tidak lagi berkesan jika digunakan sekarang.

“Saya kira mengapa orang menolak parti-parti yang banyak berjasa dahulu kerana parti itu tidak berubah. Parti itu dilihat sebagai kaku dan tidak dinamik. Mereka tidak berubah mengikut masa.

“Tetapi sebaliknya kalau kita berubah dan kita dilihat sebagai parti yang dinamik dan segar, Insya-Allah sokongan rakyat pada kita akan berterusan pada masa-masa akan datang,” katanya.

Asri juga menegaskan PAS yang dulu begitu menitikberatkan soal agama sudah berubah mengikut peredaran zaman, tetapi Umno dilihat kembali ke masa lalu.

“Kita lihat sekarang PAS sudah berubah dan banyak melakukan kelonggaran dalam beberapa isu tapi nampaknya Umno menjadi seperti PAS semasa tahun 80-an dulu.

“Umno tidak boleh jadi perkauman, sebaliknya Umno perlu lebih matang dalam membuat keputusan. Jangan membuat perkara yang boleh membahayakan diri sendiri,” kata beliau yang pernah disebut-sebut akan menyertai Umno tetapi telah menegaskan tidak akan menjadi ahli mana-mana parti buat masa sekarang.

Asri juga mendakwa sikap pemimpin Umno yang ada sekarang merupakan punca rakyat terutamanya orang Melayu sudah bosan dan tidak lagi menyokong parti Melayu itu.

Beliau berkata pemimpin Umno dilihat lebih menjaga kepentingan peribadi masing-masing sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat.

“Apa yang berlaku sekarang kita lihat Umno sudah mula hilang sokongan kerana sikap peribadi pemimpin-pemimpin mereka iaitu sikap sombong dan cara pengurusan negara yang menyebabkan rakyat mula tolak Umno.

“Rakyat terutamanya orang Melayu tidak membenci Umno atau formula yang digunakan Umno selama memajukan negara ini tetapi adalah kerana sikap pemimpin mereka.

“Umno perlu betulkan semua ini, jika tidak mereka akan kehilangan sokongan orang bukan Melayu dan juga orang Melayu,” katanya

Dalam ucapannya itu, Asri juga menegaskan parti-parti politik di negara ini perlu melahirkan lebih ramai individu yang berpengetahuan luas ataupun Ulul-Albab.

“Ulul-Albab adalah golongan yang mempunyai pengetahuan yang matang di mana mereka bersedia mendengar dan kemudian pilihan yang terbaik cuma selama ini ia tidak diangkat oleh kepimpinan negara.

“Justeru, parti politik yang bertanggungjawab adalah parti yang menjadikan rakyat sebagai bangsa Ulul-Albab iaitu rakyat yang berpengetahuan.

“Bukan pemimpin yang hanya menyuruh rakyat mengikut telunjuk mereka walaupun apa yang diikut itu sememangnya salah,” katanya.

Kursus selama dua hari itu disertai kira-kira 200 perwakilan pelajar luar negara dan juga pemerhati.

Turut hadir anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Shahidan Kassim yang bertindak sebagai moderator, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan Timbalan Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara) Ibrahim Ahmad.

Model politik baru: Gagasan baru PM Dato' Najib


Selepas membuat pembentangan Bajet yang disifatkan ramai sebagai Bajet menjelang Pilihan Raya Umum 13, pada hari ini PM telah melontarkan satu ide baru iaitu "model politik baru". Nampaknya dalam semenjak dua menjak ini Perdana Menteri kita sukakan perkataan "model" bagi membawa sesuatu idea pembaharuan yang sebelum ini "model ekonomi baru".

Model politik baru mungkin diwujud bagi kelangsungan Umno: Najib
October 16, 2010PUTRAJAYA, 16 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengusulkan kemungkinan diwujudkan Model Politik Baru bagi memastikan kelangsungan Umno sebagai parti yang menerajui pemerintahan negara.

“Bukan sahaja kita perlu Model Ekonomi Baru, kita mungkin perlu Model Politik Baru,” katanya ketika berucap di majlis pelancaran Kelab Umno Pesara Kakitangan Kerajaan di Seri Perdana di sini.

Najib, yang juga Presiden Umno berkata strategi seperti “politik pembangunan” tidak lagi berkesan jika digunakan sekarang.

“Saya kira mengapa orang menolak parti-parti yang banyak berjasa dahulu kerana parti itu tidak berubah. Parti itu dilihat sebagai kaku dan tidak dinamik. Mereka tidak berubah mengikut masa.

“Tetapi sebaliknya kalau kita berubah dan kita dilihat sebagai parti yang dinamik dan segar, Insya-Allah sokongan rakyat pada kita akan berterusan pada masa-masa akan datang,” katanya.


Walau bagaimanapun berdasarkan petikan dari laporan Malaysian Insider di atas kita belum nampak lagi bagaimana rupa model politik baru itu. Dan apakah model politik baru itu meliputi sama parti pembangkang atau sesama BN sahaja.

Yang jelas PM seakan mengakui bahawa "politik pembangunan" tidak lagi berkesan pada hari ini. Maknanya rakyat telah faham hari ini bahawa pembangunan adalah perkara wajib dilakukan sesiapa sahaja yang menjadi kerajaan. Untuk itu jan ji-janji politik berbentuk pembangunan tidak dapat menarik minat rakyat lagi dan janji itu pula pada kebiasaannya sekadar janji semasa Pilihan Raya.

Kita seringkali mendengar upacara pecah tapak sesuatu projek seperti pembinaan hospital, jambatan dan sebagainya yang entah berapa kali PRU diadakan upacara pecah tanah, sedangkan projek tidak nampak batang hidungnya.

Mengikut Pm, model politik baru ini adalah perlu bagi memastikan kelangsungan UMNO sebagai parti yang menerajui pemerintahan negara. Apakah ini satu "retorik" pada rakan-rakan dalam BN atau satu anjakan baru dalam politik Malaysia. Mungkin dalam Perhimpunan Agung UMNO akan datang akan lebih jelas corak "model politik baru" yang dimaksudkan oleh PM ini.

Friday, October 15, 2010

Bajet 2011 oleh PM: Adakah anda mendapat manfaat?


Pada petang tadi ramai yang menyaksikan siaran secara langsung Bajet 2011 yang bentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia yang juga Perdana Menteri di Dewan Rakyat. Di antara yang mengikuti siaran langsung itu adalah penjawat awam dan juga kalangan para peniaga. Biasalah bagi penjawat awam, ingin mengetahui apakah ada bonus atau pemberian lain. Nampaknya bonus tiada, hanya pemberian saguhati RM500 bagi meringankan beban kakitangan awam menjulang pembukaan sesi persekolahan 2011. Sudah dua kali Bajet tiada istilah bonus yang diberikan.

Bagaimanapun banyak pemberian lain diberikan pada Bajet kali ini walaupun tiada bonus. Namun satu perkara lagi nampaknya tiada juga penurunan cukai individu.Itu adalah dua perkara yang sering dilihat oleh penjawat awam. Mungkin satu kelegaan juga bila tiada lagi PTK yang dihapuskan menjelang Jun 2011.

Pihak pembangkang mengandaikan Bajet 2011 ini adalah Bajet PRU13 yang bakal diadakan tidak lama lagi. Oleh sebab itu beberapa "goodies" telah diberikan kerajaan. Antaranya kenaikan elaun Imam, Guru KAFA dan juga elaun JKKK,JKKP serta Tok Batin. Agak lumayan juga kenaikan elaun mereka antara 200 - 300 ringgit sebulan. Sedangkan penjawat awam dapat 500 ringgit tetapi setahun! Bolehlah buat perbandingan.

Walau bagaimanapun projek super mega kembali lagi dan apakah Malaysia perlukan projek itu seperti Menara Warisan setinggi 100 tingkat di kawasan Stadium Negara yang akan menelan belanja 5 billion ringgit. Tidak cukupkah dengan Petronas Twin Tower yanga ada dan juga Menara KL? Kita tidak mahu ianya hanya bagi menunjuk-nunjuk sahaja bukannya memberi manfaat bagi rakyat terbanyak!

Kalau projek lain yang berupa infrastuktur sama ada di bandar atau pedalaman kita memang menyokong penuh kerana ia memberi manfaat kepada rakyat terbanyak, tetapi bukannya projek yang hanya mahu menunjukkan pada dunia kita mampu dan mempunyai bangunan tertinggi. Tidak lama pun kalau kita memegang rekod itu, akan ada lagi negara lain yang akan mengatasinya nanti.

Dan satu perkara lagi pengecualian barangan berupa 300 item seperti beg tangan dan sebagainya itu bukanlah barangan asas keperluan sebaliknya ia adalah ibarat eksesori yang kalau ada wang boleh beli akalau tak ada rakyat tidak membelinya. Pelancong pun bukannya nak membeli belah sangat benda itu dan mereka melancong ke sini kerana hendak melihat budaya hidup masyarakat kita. Adalah lebih baik jika kerajaan boleh mengurangkan cukai kalaupun tidak menghapuskannya barangan keperluan asas seperti beras, tepung, gula dan sebagainya kerana ianya barangan asas yang perlu dibeli.

Apapun kita mengharapkan Bajet 2011 ini akan sampai pada sasarannya dengan pemantauan yang baik supaya rakyat bawahan akan mendapat faedah daripada apa yang diberikan oleh kerajaan sama ada secara langsung atau menerusi pembangunan prasarana.

(petikan dari malaysiakini)
Intipati Bajet 2011
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak sedang membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat.

Bajet 2011 bertema "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" dengan empat strategi utama.

Jumlah bajet - RM212 bilion, 2.8 preratus lebih tinggi daripada Bajet 2010

Perbelanjaan kos operasi - RM162.8 bilion

Perbelanjaan kos pembangunan - RM49.2 bilion

Berikut petikan penting ucapannya:

* Rizab negara RM310.8b = 8.5 bulan import tertangguh

* Negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dgn pertumbuhan KDNK 9.5% separuh pertama 2010

* Defisit dijangka rendah pada 5.4 peratus pada 2011

* Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu

* Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu

* Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.3 peratus tahun hadapan dengan pelaksanaan program dan inisiatif di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan perkhidmatan.

Warisan Merdeka - Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020

* Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.

* Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.

* Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.

* Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.

* Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20 peratus daripada jumlah aset yang diurus berbanding tujuh peratus sebelum ini.

* Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit.

* Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah

* Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri

* Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka

* Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.

* RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.

* RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.
* Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.
* RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.

* Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011

* Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.

* Skim Rumah Pertamaku bantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah

* Kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5 peratus kepada 6 peratus

* Elaun untuk JKKK, JKKKP dinaikkan kepada RM800 sebulan

* RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk bina infrastruktur seperti membina jalan luar bandar dan untuk membina jalan luar bandar

* RM2.1 bilion diperuntuk untuk bina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, selain RM696 juta bagi tujuan sama di Semenanjung Malaysia

* Sistem Penilaian Takap Kecekapan (PTK) dimansuh dan diganti dengan sistem penilaian lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam

Thursday, October 14, 2010

PRK Batu Sapi, Sabah serentak dengan Galas


Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya sebentar tadi telah menentapkan PRK Parlimen Batu Sapi akan diadakan serentak dengan PRK Galas, iaitu penamaam calonnya pada 26 Oktober dan 4 November sebagai hari pengundian. Walau pun sebelum ini SPR menyatakan tidak mungkin ianya diadakan serentak, tetapi ia berlaku juga.

Dan kita amat memahami situasi ini iaitu kekangan kewangan menjadi punca ianya diadakan serentak. Berdasarkan ini juga PRK umum 13 nanti dipercayai akan diadakan serentak dengan PRK DUN Sarawak yang dijangkakan awal tahun depan.

Jumaat Oktober 15, 2010
Pilihan Raya Kecil Batu Sapi dan Galas Diadakan Serentak
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November sebagai hari pengundian bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah manakala 26 Oktober sebagai hari penamaan calon, tarikh tersebut sama dengan pilihan raya kecil N.45 Dewan Undangan Negeri, Galas.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkannya di Ibu Pejabat SPR pada, Jumaat.

Kerusi Parlimen Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah daripada Barisan Nasional (BN) pada Sabtu lalu kerana terbabit dalam kemalangan motosikal. -BERNAMA


Ada kawan yang menyatakan soal angka 13 menghantui BN iaitu PRK Batu Sapi adalah yang ke 13 dalam siri PRK. Manakala PRU umum akan datang juga yang ke 13. Apakah spesis UMNO sama juga percaya benda khurafat seperti Cina MCA juga, tanya saya balik pada rakan tadi.

Apapun soal kekangan kewangan memang terasa apabila diadakan hujung tahun. Di Galas memang terasa apabila banyak jabatan kerajaan yang selalu ditunggangi UMNO menggeleng kepala kerana kekurangan peruntukan. Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Mustapha Mohamad awal-awal lagi menyatakan tiada projek Segera dalam PRK Galas.(Projek Mee Segera?) Malah beliau juga mahu pimpinan UMNO tidak membuat janji, sedangkan sehari sebelumnya Wanita UMNO Gua Musang mahukan Kerajaan Pusat menjanjikan penubuhan Kolej Universiti di Gua Musang.

Begitu juga kedengaran bahawa TPM akan mengelakkan ke kempen Galas kerana banyak janji TPM di PRK Manek Urai dahulu tak tertunaikan terutama sekali Janji Jambatan di Manek Urai yang kini entah ke mana. Walaupun pihak KESEDAR seolah cuba memberi gambaran yang baik dan projek itu dalam fasa permulaan tetapi rakyat setempat tahu keadaan sebenar benda itu. Tidak usahlah menipu rakyat dengan mengatakan janji itu telah tertunai sedangkan apa berlaku disebaliknya.

Saya juga mendapat maklum dari seorang kawan bahawa kempen UMNO hanya akan berlaku di 7 kawasan peti undi yang senang dihubungi. Manakala 6 peti undi di perkampungan Orang Asli sehingga ke Lojing tidak akan diberi tumpuan kerana perhubungannya sukar. Banyak belanja untuk pergi ke sana. Mereka mungkin terpaksa mengharapkan kerjasama dari Jabatan yang berkaitan orang asli sahaja. INi akan memberikan kelebihan pada PAS yang mempunyai Ladang Rakyat di kawasan itu dan ada Oarng Asli yang bekerja dengan Ladang Rakyat dan mereka juga dikatakan ada syernya yang baru-baru ini mereka diagihkan dividennya.

Menjelang hari penamaan calon, penulis akan cuba pergi sendiri ke Gua Musang bagi mendapat gambaran sebenar di lapangan dan akan postklan untuk makluman pembaca semua, Insya Allah.

Saturday, October 9, 2010

KU Li terima jadi Pengarah PRK Galas, Jadi Calon belum tentu


Teka teki sebelum ini sudah terjawab hari ini bila Ku Li yang pulang ke tanah air telah memberikan kenyataan bahawa beliau menerima lantikan sebagai Pengarah PRK Galas. Dan sememangnya ramai pemerhati yakin beliau tidak ada pilihan selain dari menerimanya. Tidak manis beliau menolak, tetapi bagi menjadi calon beliau berhak untuk menolak.

Oleh sebab itu beliau akan bincangkan dengan PM pada isnin 11 Oktober ini bagi membincangkannya. Mungkin dalam pertemuan tersebut ada "tarik tali" atau "give and take" . Sama-sama kita tunggu berita seterusnya. Untuk itu soal menjadi Pengarah PRK sudah selesai dan UMNO tidak boleh menganggap itu telah dapat menjadi modal besar walaupun lihatlah esok akhbar UMNO akan menyiarkan secara besaran persetujuan Ku Li menjadi pengarah PRK.

Bagi saya , hati kecil saya masih lagi berat untuk mengatakan KU LI akan terima untuk jadi calon. Pertamanya seperti katanya dia pun dah jadi calon peringkat DUN pada masa lalu. Ramai pemerhati juga percaya dia yang sudah menjadi Menteri tidak sesuai untuk turun bertanding DUN. Dan kalau pun janji untuk melantik beliau sebagai MB Kelantan jika menang PRU13 nanti, soal nya apakah UMNO yakin menang dalam PRU13 nanti. Jangankan Kelantan, peringkat kerajaan pusat pun masih belum tentu UMNO-BN akan menang selesa.

Pada zaman Dr Mahathir jadi PM, Ku Li pernah jadi Pengerusi Perhubungan UMNO setelah beliau bubarkan Parti Semangat 46 memasuki semula UMNO. Gabungan Semangat 46 yang dibubar dan UMNO juga masih gagal tumbangkan PAS, masakah pada masa ini dapat tewaskan PAS yang dalam keadaan kuat.

Dalam PRU12 2008 baru-baru ini pun undi Ku Li bagi peti undi DUN Galas, Ku Li tewas kira-kira 300 undi pada calon PAS Zulkifli Muhamad bagi parlimen Gua Musang. Hanya undi dari DUN Paloh dan Nenggiri yang kedua-dua DUN dimenangi UMNO yang telah menyelamatkan kerusi Parlimen Gua Musang Ku Li. Jadi kalau pada PRK kali ini KU Li jadi calon pun, bukannya pasti sangat boleh menang!

Untuk itu Ku Li sepatutnya memikirkan semasaknya dan fikirkanlah apa yang UMNO buat dan pinggirkannya selama ini.Pertemuannya dengan PM pada isnin ini tentunya menjadi tumpuan. Ada kawan bloger yang katakan, apa jadi kalau Ku Li berjaya minta PM umumkan nak beri royalti minyak pada Kelantan. Saya katakan jika benar perkara ini terjadi PAS patut beri kemenangan percuma pada UMNO di Galas. Kerajaan PAS Kelantan tetap teguh dengan majoriti selesa kalau pun beri kemenangan percuma itu.
wallahu a'lam.

(petikan Malaysiakini)
Ku Li setuju jadi pengarah pilihan raya BN di Galas

Ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mengesahkan menerima pelantikan sebagai pengarah pilihan raya BN bagi dewan undangan negeri Galas.

Beliau berkata demikian setibanya daripada bercuti di luar negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, pagi ini.

Menurut Razaleigh beliau menerima tanggungjawab itu sebagai anggota Umno dan Ketua Umno Bahagian Gua Musang selama hampir 50 tahun, selain anggota Parlimen kawasan berkenaan.

Bagaimanapun pemimpin veteran Umno itu berkata, keputusan sama ada menerima tawaran sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu hanya akan diputuskan Isnin ini apabila mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Kita belum mengadakan mesyuaratpun. Kita bincang tadi, mungkin saya akan jumpa Perdana Menteri pada hari Isnin depan.

"Selepas itu, kita akan mengadakan mesyuarat, dan selepas mesyuarat, kita akan mengadakan sidang media, memaklumkan apa yang kita bincangkan dalam mesyuarat itu," katanya.

Pelantikan Razaleigh sebagai Pengarah Pilihan Raya BN bagi menghadapi pilihan raya kecil DUN Galas itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akhir bulan lepas, kerana yakin dengan kepimpinan beliau yang amat berpengalaman, berpengaruh serta dihormati pengundi di kawasan itu.

Semalam, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata Ku Li merupakan calon paling layak bertanding di DUN Galas berdasarkan kewibawaan beliau, khususnya di Gua Musang, selain dalam arena politik di peringkat nasional.

Mengenai dakwaan Pas bahawa cadangan menamakan beliau sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu adalah tidak wajar selain merendahkan darjatnya, Ku Li berkata beliau menghormati pandangan parti pembangkang itu.

Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, ditetapkan pada 4 November ini, manakala tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 26 Oktober ini.

Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima, 48, dari PAS akibat barah usus pada 27 September lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Chek Hashim mendapat 4,399 undi, menewaskan penyandang dari BN, Mohd Saufi Deraman (3,753 undi) dengan majoriti 646 undi.

Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang yang dimenangi oleh Razaleigh. Selain Galas, DUN Nenggiri dan Paloh juga terletak di bawah parlimen Gua Musang.

SU Agung UMNO: Selepas bertelagah PERKASA kini dengan PEMUDA dan Puteri UMNO

Apabila Setiausaha Agung UMNO Datuk Tengku Adnan Mansor bertelagah dengan PERKASA khususnya Datuk Ibrahim Ali, ramai beranggapan ianya kena pada tempatnya kerana PERKASA nampaknya begitu celupar bahkan pada UMNO sendiri. Kalau PERKASA nak perjuangkan kaum Melayu, silakan tetapi janganlah kaitkan dengan UMNO atau memberi amaran bahawa sokongan orang Melayu pada UMNO akan terhakis. Siapa PERKASA ! Hanya akhbar sahaja yang menonjolkan peranannya dan memperbesarkannya.

Di samping Datuk Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin, Tengku Adnan juga turut membelasah PERKASA hingga pada suatu ketika beliau berkata bahawa BN akan menjauhi diri dari PERKASA dan meminta pemimpin UMNO dan BN menghindarkan diri dari terlibat dengan program PERKASA.

Namun kemudiannya apabila boss nya iaitu PM agak 'lunak' sedikit pandangannya terhadap PERKASA, beliau "kona baring" pula dan mengatakan bukan UMNO tapi BN yang tidak sukakan PERKASA. Memang MCA dan MIC tidak sukakan PERKASA lantaran sifat perkauman PERKASA itu dan anehnya kedua-dua parti ini juga bersifat kaum juga!

Kelmarin Tengku Adnan buat hal pula dengan kenyataan pemuda dan puteri UMNO menganggotai parti UMNO kerana kepentingan peribadi dan ghairah berebut jawatan sahaja. Ini menimbulkan rasa tidak senang Pemuda UMNO dan juga Puteri hinggakan kedua-dua Ketua Puteri dan Pemuda memberi komen terhadap kenyataan Ku nan ini.

Malahan pihak lawan UMNO membuat kenyataan sinis bahawa perjuangan pemuda dan puteri dalam UMNO hanyalah untuk 'mendapat E-Class bukannya Ikhlas' iaitu merujuk pada jenama kereta mewah Mercedes E-Class. Ini semakin membuat rasa pedih anggota dan ketua PEMUDA DAN PUTERI umno tersebut. Walaupun semalam mereka juga secara terbuka meluahkan rasa tidak senang dengan kenyataan Ku Nan, hari ini Ku Nan tetap pertahankan kenyataannya sambil mengatakan " siapa yang makan cili, dia yang terasa pedas".

Keadaan ini boleh menggambarkan 'kecelaruan' dalam keluarga besar UMNO dan tidak baik pada pandangan umum. Apa lagi pada saat ini UMNO masih terkial-kial bagi menarik kembali sokongan Melayu dan juga bukan Melayu. Atapun apakah ini menandakan UMNO masih jauh dari berubah seperti yang selalu di war-warkan atau hanya menantikan saat rebah sahaja. Hanya Tuhan yang akan menentukan serta masa dan keadaan yang akan menyaksikan.

Dan ingatlah kalau tak silap dalam satu hadis yang maksudnya bahawa Allah akan mengutuskan satu kaum yang lain untuk memerintah sekiranya satu kaum yang diberi amanah itu mengabaikan amanah dan berlaku zalim pada rakyat jelata. Fikir-fikirkanlah maksud hadis ini. Dan sememangnya sesuatu kerajaan itu ada jangka hayatnya dan UMNO yang telah menjadi tunggak kerajaan selama 52 tahu itu juga ada jangka hayatnya!

Untuk itu masa masih tersisa untuk berubah iaitu sekitar 2 tahun ini sahaja atau jika tidak berubah, PRU13 nanti UMNO dan BN akan rebah!

(petikan dari Malaysiakini di bawah)

Ku Nan: Siapa yang makan cili dia terasa pedas

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata teguran beliau terhadap Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno sebelum ini lebih daripada teguran seorang bapa kepada anak-anaknya.

Katanya, adalah tidak adil untuk menakrifkan kenyataan beliau sebagai ''sweeping statement'' kerana pihak pengurusan lebih tahu apa yang berlaku di setiap bahagian dan sayap.

"Saya Setiausaha dia. Saya Setiausaha Pemuda, Wanita dan Puteri. Saya nasihat sebagai bapa kepada anak. Siapa yang makan cili dia yang terasa pedas, itu sahajalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Juara Rakyat dan Kenduri Bahasa sempena sambutan bulan Bahasa Kebangsaan peringkat Putrajaya 2010, hari ini.

Berita Harian semalam melaporkan bahawa Tengku Adnan, sedih dengan pergerakan Pemuda dan Puteri yang dianggapnya seperti tidak bermaya dan hanya ghairah untuk merebut jawatan bagi kepentingan peribadi.

Sangat sedih

Katanya, masalah itu berpunca apabila mereka yang bertanding merebut jawatan dalam

Katanya, masalah itu berpunca apabila mereka yang bertanding merebut jawatan dalam kedua-dua pergerakan itu mempunyai matlamat mendapat jawatan dalam kerajaan.

“Saya sangat sedih dengan Pemuda, mereka ini tidak faham mengenai perjuangan parti kerana mereka tidak datang daripada bawah.

“Mereka ingat apabila sudah mendapat jawatan dalam parti, mereka boleh mendapat tempat dalam kerajaan. Mereka ghairah untuk mendapat jawatan.

“Begitu juga dengan Puteri yang menghadapi masalah sama,” kata setiausaha agung Umno itu.

Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pada jamuan hari Raya yang dianjurkan bersama oleh Wanita Umno, Pemuda dan Puteri di Pusat Dagangan Dunia Putra, di Kuala Lumpur semalam berkata pihaknya berang dengan kenyataan Tengku Adnan itu.Menurut Rosnah beliau sedih dengan bidasan dan akan menimbulkan rasa tidak puas hati mereka pada mesyuarat majlis tertinggi Umno yang akan datang.

Katanya, adalah tidak adil bagi Tengku Adnan membuat kenyataan umum seumpama itu sedangkan hakikatnya ahli Pemuda dan Puteri melakukan apa yang terdaya mereka untuk parti dan kerajaan.

"Ramai di akar umbi bertungkus lumus siang dan malam, membantu parti dan kerajaan, antaranya menjalankan aktiviti politik. Pemuda mempunyai 700,000 ahli manakala Puteri pula mempunyai sekitar 340,000.
Tidak harus dikeluarkan

"Mustahil semua mereka yang memilih Umno dan BN mementingkan jawatan,” kata Rosmah.

Selain Rosnah, ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin juga menyatakan kekecewaan terhadap kenyataan itu dan mengatakan ia tidak seharusnya dikeluarkan di media.

Tengku Adnan bagaimanapun berkata kenyataan yang beliau keluarkan itu hanya sebagai menjawab soalan pemberita.

Thursday, October 7, 2010

Penamaan Calon dan pengundian PRK Galas: SPR tak peka


Pada 6 Oktober kelmarin, pihak SPR telah mengumumkan hari penamaan calon dan hari pengundian bagi PRK Galas iaitu pada 26 Oktober 2010 iaitu hari selasa dan pengundian pada 4 November 2010 iaitu hari khamis. Soalnya mengapa pihak SPR memilih tarikh tersebut bukannya tarikh hari cuti sama ada jumaat atau sabtu. Inilah agaknya beberapa pihak membuat anggapan pihak SPR "undur ke belakang" dalam soal ini atau apakah "ada udang disebalik Mi".

Kalau nak dikatakan ianya bagi mengelakkan hari Deepavali pada 5 Oktober dan juga Raya Haji pada 17-18 Oktober, SPR boleh memilih tarikh selepas itu. Ini kerna SPR ada tempoh 60 hari untuk melaksanakan PRK itu. Pada suatu ketika SPR memilih tarikh hari cuti dalam beberapa PRK bagi menyenangkan para pengundi, tetapi dalam hal ini apa pula alasan SPR. Seolah-olah tidak memberi peluang bagi pengundi yang berada di luar Galas untuk kembali mengundi, lantas peratusan undi akan turun. Apakah kurangnya peratusan yang dimahukan SPR, tentunya tidak!

Pihak Kerajaan Kelantan hari ini ada membayangkan kemungkin memberikan cuti peristiwa pada 4 November ini bagi memmudahkan pengundi. Tetapi itu hanya melibatkan para pekerja Kerajaan Negeri, staff Persekutuan tidak mendapat keuntungan juga. Tetapi sekurang-kurangnya melegakan pihak pengurusan Pilihan Raya yang biasanya dilantik dari kalangan pegawai di Pejabat Tanah dan Jajahan.

KOTA BAHARU, 7 Okt – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau kemungkinan akan mengisytiharkan cuti peristiwa pada 4 November untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Beliau berkata perkara itu sedang dipertimbangkan disebabkan tarikh tersebut jatuh pada hari Khamis yang merupakan hari bekerja.

Nik Aziz (gambar) yang juga Mursyidul Am Pas berkata, hasratnya ialah untuk memudahkan pengundi keluar mengundi terutama bagi penduduk di kawasan terpencil.

Katanya beliau juga kesal dengan tarikh itu yang jatuh pada hari bekerja dan sepatutnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berbincang dengan kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum membuat keputusan kerana ia membabitkan hari bekerja dan urusan dengan orang ramai.

“Tindakan yang dibuat oleh SPR itu boleh menambahkan lagi kemarahan rakyat terhadap kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Pelancongan di sini, hari ini.


Dalam pada itu perkembangan PRK semakin menampakkan kerancakannya. Dan nama-nama bakal calon juga semakin diperkatakan oleh kedua-dua pihak yang akan bertanding iaitu UMNO dan PAS. Malah ura-ura meletakkan KU Li sebagai calon DUN Galas semakin "kendur" dan bebarpa nama lain telah mula diperkatakan. INi berikutan tempelak dari beberapa pihak termasuk penyokong KU Li bahawa tindakan memaksa Ku Li turun ke DUN sebagai calon adalah seolah-olah merendah-rendahnya beliau.

Untuk itu sama-sama kita tunggu pengumuman dari Ku Li sendiri apabila beliau pulang ke tanah air pada 9 Oktober nanti. Sama ada beliau setuju jadi calon dan juga pengarah PRK atau hanya mengambil satu sahaja cadangan tugas yang mahu diletakkan atas bahunya.

Wednesday, October 6, 2010

PRK Galas: 4 November 2010 pengundian


Sah. PRK DUN Galas akan berlangsung pada 4 November nanti, manakala penamaan calonnya ialah pada 26 Oktober ini. Demikian dinyatakan oleh Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini."Pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama dan Suku Tahun Kedua 2010 yang telah dikemaskini sehingga 27 September lalu.

Menurut Wan Ahmad, seramai 11,553 pengundi yang melibat 11,426 pengundi biasa dan 127 pengundi pos, layak memilih ADUN Galas.

"Pengundi di Galas ini, yang berumur 21 tahun pun ada, yang lebih 100 tahun pun ada, yang paling tua berumur 111 tahun," katanya.

SPR juga, katanya, telah menamakan Ketua Jajahan Gua Musang, Wan Mustaffa Wan Abdul Halim sebagai pegawai pengurus pilihan raya yang akan dibantu oleh tiga penolong pengurus.


Dengan pengumuman oleh pihak SPR ini maka terang dan jelaslah PRK Galas itu dan hanya kini menunggu detik hari penamaan calon bagi para pengundi di DUN itu membuat pilihan calon mana yang disukai.