Sunday, August 29, 2010

Indonesia: "Abang Besar" yang selalu nakal


Malaysia dan Indonesia memang mengalami keadaan pasang-surut perhubungan baik yang boleh diibaratkan sebagai adik dan abang. Pantang ada sesuatu isu ianya bakal mewujudkan demonstrasi di pihak Indonesia. Seolah-olah menggambarkan "abang besar" suka membuat nakal pada adik kecilnya.

Kalau sebelum ini semasa pilihanraya pemilihan Presiden isu hubnungan dua negara ini juga dijadikan modal politik di sana dan isu-isu Ambalat, Tarian Pendet serta penderaan pembantu rumah Indonesia di Kuala Lumpur telah menjadi isu penting bagi puak-puak pendemo di sana.

Seingat penulis, sejak Indonesia "kehilangan" kedaulatan atas kepulauan sipadan dan ligitan ekoran keputusan Mahkamah Antarabangsa (ICJ), telah menyebabkan rata-rata rakyat Indonesia menyalahkan ahli MPR mereka atas kekalahan itu. Sejak itu muncul pula pelbagai isu lain sentiasa diapi-apikan dalam media di sana.

Terbaru isu pertindihan perairan di kawasan Riau - Penggerang, Johor yang menyebabkan 15 nelayan Malaysia didakwa menangkap ikan di perairan Indonesia dan bot-bot mereka ditunda ke kawasan Batam. Suatu panggilan kecemasan diberikan kepada Pasukan Polis Marin Wilayah Selatan, Malaysia dan akibatnya berlaku ketegangan sehingga akhirnya 3 daripada “pegawai” Indonesia itu ditahan polis Malaysia manakala 7 nelayan Malaysia ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia.

Walaupun isu ini dikatakan "selesai" ekoran pembebasan nelayan Malaysia dan juga 3 anggota penguatkuasa Indonesia, tetapi ianya telah menjadi sati isu besar yang kemudiannya terjadinya demonstrasi di beberapa bandar di Indonesia termasuk di Jakarta, dihadapan Kedutaan Besar Malaysia sendiri.

Sesunggunya perairan Malaysia-Indonesia memang mengelirukan kerana ia terlalu sempit dan rapat. Difahamkan juga terdapat pula arus yang kuat berhampiran sempadan yang kekadang samada membawa bot jiran ke sini atau bot kita ke sana. Ekoran insiden ini pihak berkuasa Indonesia bersuara ingin mengadakan perbincangan segera bagi mengatasi isu "pertindihan" ini.

Namun apa yang dikesali, peristiwa ini dijadikan batu loncatan oleh sesetengah pihak di sana untuk menganjurkan demonstrasi liar termasuk "membakar bendera" Malaysia di samping melontarkan najis ke laman kedutaan. Dan pihak berkuasa di sana juga tidak begitu tegas ke atas pendemo yang liar itu. Selain itu terdapat suara-suara ancaman lain termasuk ancaman terhadap kepentingan ekonomi Malaysia di sana.

Mahu kemanakah hubungan Malaysia-Indonesia? dan apa tindakan segera kepimpinan tertinggi kedua-dua pihak mengatasinya. Sempena semangat Ramadhan yang mulia ini sesuatu dapat dilakukan bagi mengharmonikan suasana itu. Wasallam.

Saturday, August 28, 2010

Isu bukan Islam berucap di masjid:adakah prasangka politik


Pada sehari dua ini heboh diperkatakan pemimpin bukan Islam dilaporkan berucap dalam masjid atau surau semasa mereka memberikan bantuan kepada masjid atau surau itu. Malah sesetengah media yang mempunyai agenda tertentu menyatakan pemimpin bukan Islam itu menyampaikan "tazkirah" satu istilah yang sinonim dengan penyampaian ilmu agama yang lazimnya disampaikan seseorang bergelar ustaz sahaja.

Stigma yang ada dalam pemikiran masyarakat Islam di Malaysia hari ini bahawa orang bukan Islam tidak sepatutnya boleh berada dalam masjid, apa lagi menyampaikan ucapan. Bagaimanapun jika di negara luar perkara ini adalah bukannya sesuatu yang pelik. Bahkan di universiti-universiti luar seperti Universiti St Andrew, England atau di negara-negara Timur Tengah misalnya, profesor yang mengajar agama Islam adalah bukan Islam. Dan mereka ini pakar dalam agama Islam tinggal lagi "hidayat" Allah belum lagi membuka hati mereka. Mereka fasih berbahasa Arab, membaca Quran bahkan menghafal Quran berbanding kita yang dah berpuluh tahun Islam tetapi baca Quran pun merangkak-rangkak.

Kalau profesor-profesor ini memberi tazkirah tentang Islam memanglah sesuai kerana mereka pakar dan ramai pemimpin Islam dari negara kita yang pernah belajar di Universiti-universiti itu tahu perkara ini.(misalnya Dr Yusuf Noor dan Dr Abd. Hamid Othman adalah lepasan PhD dari Univ.St Andrew) Semoga suatu hari Allah membuka pintu hati mereka untuk memeluk Islam.

Dalam kes sehari dua ini, cuma nampak sedikit "tidak cermat" di pihak pengurusan Masjid atau Surau yang telah mengundang fitnah. Terutama sekali berkaitan "aurat" jika melibatkan pemimpin bukan Islam wanita. Untuk itu adalah lebih elok diadakan sahaja majlis itu dipekarangan Masjid bagi mengelak fitnah ini. Tak kiralah majlis itu menyampailkan bantuan apa pun dan dari pemimpin mana pun, dan lebih elok lagi tanpa apa-apa kain rentang berbau politik.

Suatu hal lagi golongan establishment atau penguasa agama yang memperbesarkan perkara itu juga melihat keadaan ini dari kaca mata politik. Itu yang susahnya. Kalau semuanya melihat dari "kaca mata dakwah" alanglah eloknya. Malah Masjid Negara yang menyediakan jubah bagi bukan Islam wanita untuk memasuki Masjid Negara adalah melihat dari kaca mata dakwah.

Malah sesetengah NGO yang menunjukkan mereka amat peka dan memperbsarkan perkara ini seolah-olah mereka saja yang berjuang menjaga Islam sebenarnya hanya mengambil isu ini bagi mileage politik mereka juga. Dan mereka juga adalah bukannya "kaki masjid" sebenarnya, kalau kaki karaoke atau lain tidak tahulah.

Untuk itu saya percaya jika semua pihak berhati-hati dan cermat dalam perkara ini terutama pengurusan Masjid atau Surau, fitnah ini dapat dielakkan dan dapat menjadikan majlis seumpama ini (yang dihadiri pemimpin bukan Islam) sebagai satu medan dakwah yang baik sempena bulan mulia ini.

Friday, August 20, 2010

Tazkirah Ramadhan di Surau Al Furqan, Selayang


Pada malam ini semasa saya ke Surau dan sambil mencari parkir kereta saya ternampak sebuah kereta yang membawa seorang ustaz yang saya cam wajahnya sebagai Ustaz Ahmad Awang, bekas Presiden PUM. Masa itu saya masih mencari parkir, dalam hati kecil saya berkata, takkan Ustaz Ahmad kerana beliau di Perak, tak kan jauh sekali datang.

Apabila saya beroleh parkir dan segera memasuki Surau, memang sah beliau Ustaz Ahmad dan saya sempat memberi salam dan bersalam dengan beliau semasa kami sama-sama memasuki surau. Dalam hati saya begitu gembira kerana malam ini berpeluang mendengar tazkirah beliau. Beliau imamkan Solat Isya' dan Solat Tarawih diimamkan Hafiz iaitu 2orang pemuda Hafiz Quran yang bergilir setiap malammenjadi imam tarawih. Dalam hati rasa lega lebih-lebih lagi malam kelmarin saya solat di rumah sahaja kerana lewat flight tiba dari Kelantan.

Selesai solat witir, kami semua para jemaah mendengar tazkirah kira-kira sejam dari Ustaz Ahmad iaitu dari jam 9.30 hingga 10.30 malam. Memang benar seperti dikatakan ustaz beliau sejak dari awal Ramadhan lagi memberi kuliah di Lembah Kelang setiap hari dan hanya hujung minggu iaitu hari Ahad sahaja beliau akan balik ke Perak sejak dua minggu Ramadhan.

Kuliah Ustaz bermula dengan huraian perkembangan Islam dari Semenanjung Arab hinggalah ke Islam pada keadaan masa kini. Ia diselangi dengan perbandingan semasa yang cukup bernas untuk diambil iktibar. Pokok persoalannya ialah kita kena kembali pada acuan Islam dan quran adalah panduan yang paling baik. Beliau juga menghuraikan secara ringkas masalah gejala sosial remaja masakini dan cadangan pihak tertentu yang bukan mencari punca sebenar sebaliknya secara adhoc sahaja seperti cadangan sekolah hamil dan sebagainya.

Beliau turut memberi panduan apa yang dinyatakan dalam Quran. Pokok asasnya ialah Solat mesti diutamakan seperti ajaran Islam iaitu anak berusia 7 tahun kena suruh solat dan 10 tahun boleh pukul atau disiplinkan supaya solat. Bagi anak-anak remaja pula hendaklah pisahkan tempat tidur mereka seperi disarankan Islam. Banyak lagi tips yangberguna yang diberikan ustaz berpandukan ajaran Islam.

Sesungguhnya Solat itu mencegah seseorang melakukan kemungkaran. Jadi bagaimana jika seseorang solat tetapi masih melakukan kemungkaran. Itu sebenarnya mereka belum solat dalam erti kata yang sebenarnya...hanya meniru-niru solat dan tidak menjiwai
nya lagi. Wallhu a'lam. Bagi faedah para pembaca di bawah dipetik catatan dari blog Cina Islam, iaitu YB Drs Idham Lim.

Refleksi Ramadhan : Ramadhan Bulan Doa
10 Ramadhan 1431H.
oleh : Syaikh

RENUNGAN KE-15

Ramadhan Bulan Doa

Allah akan senantiasa dekat dan mengabulkan doa hamba-hamba-Nya di setiap waktu, khususnya pada bulan Ramadhan, sebagaimana telah disebutkan di muka bahwa setiap muslim memiliki doa yang dikabulkan di bulan Ramadhan, maka hendaknya seorang muslim bersungguh-sungguh dalam berdoa sambil memperhatikan faktor-faktor terkabulnya doa. Faktor tersebut ada lima, yaitu:

Memilih waktu yang tepat, yaitu waktu sahur, penghujung shalat wajib, di antara adzan dan iqamat, detik-detik terakhir hari Jum’at, di saat imam (khatib) datang sampai selesai shalat Jum’at, dan di saat berbuka puasa.

Memilih tempat yang tepat seperti Masjid, Mekkah, Madinah, dan tempat yang lainnya.

Kondisi orang yang berdoa, misalnya seorang musafir, seorang ayah yang mendoakan anaknya, orang yang berpuasa atau orang yang berperang, karena besar kemungkinan doanya akan dikabulkan, begitu juga orang yang terdzalim karena doanya tidak akan di tolak bahkan Allah akan mengangkatnya ke atas awan sambil mengatakan,

وَعِزَّتِي وَجَلاَلِيْ لَأَنْصُرَنَّكَ وَلَوْ بَعْدَ حِينٍ.

“Demi kemuliaan dan keperkasaan-Ku Aku akan menolongmu walau dalam kurun waktu yang lama.” (HR. Ahmad).

Atau dia berada dalam kesulitan di mana seseorang tidak memiliki kemampuan sama sekali, akhirnya ia menyerahkan semua urusannya kepada Allah Ta’ala dengan mengharap pertolongan-Nya. Allah Ta’ala berfirman, “Atau siapakah yang memperkenankan (do'a) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdo'a kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan..” (An-Naml: 62).

Diriwayatkan bahwa Musa alaihis salam ketika melewati seorang laki-laki yang sedang berdoa kepada Allah, beliau berkata kepada-Nya, “Ya Rabb, demi Allah andaikan dia memohon kepadaku niscaya akan kukabulkan.” Allah Ta’ala menjawab, “Hai Musa, Aku lebih mengasihaninya daripadamu, akan tetapi dia memohon kepada-Ku sedangkan hatinya tidak bersama-Ku,” maka Nabi Musa alaihis salam segera memberitahu laki-laki tersebut, akhirnya dia serius dalam berdoa dan memusatkan pikiran dan hatinya hanya kepada Allah, kemudian Allah mengabulkan doanya.

Maka seyogyanya seseorang (di saat berdoa) menampakkan dirinya dalam keadaan kesulitan, hati yang luluh karena-Nya, memutuskan harapan dari selain-Nya dan tidak menjadikan doanya sebagai percobaan atau iseng belaka. Rasulullah shallallahu ‘alaihui wasallam bersabda,

ادْعُوا اللهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِاْلإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللهَ لاَ يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاَهٍ.


“Berdoalah kamu kepada Allah dengan yakin akan dikabulkannya dan ketahuilah bahwasanya Allah tidak akan mengabulkan doa orang yang hatinya lalai dan main-main.” (HR. At-Tirimidzi dan Al-Hakim).

Hadits tersebut hadits hasan karena diriwayatkan dengan dua sanad satu sama lain saling menguatkan.

Sifat doa (cara berdoa).

Hendaknya dia beriltizam (komitmen) dengan adab-adabnya yaitu, berwudlu, menghadap kiblat, mengangkat tangan, mengulang-ulang sampai tiga kali, memilih do’a-do’a yang singkat lagi padat, bertawassul kepada Allah dengan nama-namanya yang maha indah dan sifat-sifatnya yang maha tinggi tidak berdoa dengan doa yang mengandung dosa dan pemutusan silaturrahmi dan tidak mengonsumsi makanan yang haram dan yang lainnya.

Pada kesempatan ini saya ingin sampaikan kekeliruan yang terjadi pada sebagian orang di saat mereka berdoa, yaitu berlebih-lebihan, artinya berdoa dengan menyebutkan keinginan satu per satu sehingga memakan waktu yang cukup lama. Seperti Ya Allah, ampunilah ibu bapak kami, kakek dan nenek kami, paman dan bibi kami dari bapak atau ibu, dan menyebutkan seluruh kerabatnya, kemudian tetangganya, teman-temannya dan yang lainnya. Padahal cukup bagi mereka untuk memilih kata-kata yang simpel seperti Ya Allah, ampunilah dosa kami, saudara kami, kerabat kami dan teman-teman kami.

Termasuk juga doa yang berlebih-lebihan apabila berdoa dengan asma’ Allah yang tidak ada dasarnya dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, seperti Ya Gufran.. Ya Sulthan.. Begitu juga berdoa dengan suara keras, dan ini banyak terjadi di masa sekarang terutama dengan adanya pengeras suara, bisa jadi orang yang tinggal di bagian barat di dalam sebuah kota terdengar doanya oleh orang yang berada di sebelah timur dikarenakan kerasnya, dan ini tidak layak. Seandainya dia seorang imam lantas berdoa dan ma’mumnya mengucapkan amin, cukuplah baginya mengeraskan suara yang bisa didengar oleh ma’mumnya saja, dan jika berdoa dalam keadaan seorang diri hendaknya berdoa dengan suara rendah. Allah Ta’ala berfirman,

“(Yang dibacakan ini adalah) penjelasan tentang rahmat Rabb kamu kepada hamba-Nya Zakariya, yaitu tatkala ia berdo'a kepada Rabbnya dengan suara yang lembut.” (Maryam: 2-3).

Setiap ibadah yang dilakukan secara rahasia akan lebih dekat kepada keikhlasan dan diterima Allah.

Tidak ada hijab atau penghalang

Misalnya memakan makanan yang haram seperti riba, menipu, dan menyembunyikan sesuatu dengan sumpah palsu, atau memakan harta anak yatim dan lainnya. Dalam shahih Muslim dikatakan,

أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ يَا رَبِّ يَا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ.

“Rasulullah menceritakan seorang laki-laki yang lama bepergian, pakaian serta badannya kusut dan kucel, kemudian berdoa sambil mengangkat kedua tangannya dan berkata, ‘Ya Rabb.. Ya Rabb..,’ tapi makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, maka bagaimana mungkin doanya akan dikabulkan?” (HR. Muslim).

Termasuk juga yang akan menghalangi dikabulkannya sebuah doa, meninggalkan amar ma’ruf nahi munkar, sebagaimana disebutkan dalam hadits qudsi,

إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ يَقُولُ مُرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ مِنْ قَبْلِ أَنْ تَدْعُوْنِي فَلَا أُجِيبُ لَكُمْ وَتَسْتَضِرُوْ نِيْ فَلَا أَذْصُرُكُمْ.


“Allah q berfirman, ‘Hai manusia lakukanlah amar ma’ruf nahi munkar sebelum kamu berdoa kepada-Ku dan Aku tidak mengabulkan (doa)mu dan sebelum kamu minta tolong kepada-Ku dan Aku tidak menolongmu serta sebelum kamu meminta kepada-Ku dan Aku tidak memberimu.” (HR. Ahmad, Al-Baihaqi, dan Ibnu Majah).

Jadi, manakala seseorang meninggalkan amar ma’ruf nahi munkar baik kepada dirinya sendiri, anaknya, keluarganya, tetangganya, kerabatnya, dan semua lapisan masyarakat, niscaya Allah akan memberi sanksi kepadanya dengan tidak dikabulkannya doa.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 11:26 AM

Friday, August 13, 2010

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak


Saya rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada semua dan semoga dengan kedatangan Ramadhan ini akan memberikan semangat dan keberkatan pada kita dan jalanilah Ramadhan tahun ini dengan sesempurna yang mungkin kerana belum tentu kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang pada tahun depan. Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak. Di bawah dikutip tulisan Dr Zul untuk renungan kita bersama.

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

ALHAMDULILLAH, Ramadan tiba lagi yang mempunyai pelbagai kelebihan di mana antara kelebihan tersebut al-Quran diturunkan seperti nas (al-Baqarah: 185) yang bermaksud: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.




Ibn al-Jauzi berkata: Ada tiga pendapat:

Diturunkan sekali gus, iaitu pada malam Qadar ke Bait al-'Izzah dari langit dunia seperti kata Ibn Abbas.
Diturunkan al-Quran dengan kefarduan puasa seperti riwayat daripada Mujahid dan al-Dahhaq.

Permulaan al-Quran dengan turunnya kepada Nabi Muhammad SAW pada bulan Ramadan seperti pendapat Ibn Ishak dan Abu Sulaiman al-Dimasyqi.

Berkenaan dengan hadis syaitan ditambat, penerangannya seperti berikut:

Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Apabila menjelmanya Ramadan, nescaya dibuka pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fath al-Bari 4/132 tidak menyebut sebarang komentar ketika dikemukakan hadis ini.

Dalam Faidh al-Bari 'ala Sahih al-Bukhari oleh Sheikh Anwar al-Kashmiri 3/327 menyebut: Di sisi riwayat Tirmidzi iaitu yang dirantai ialah jin yang ganas. Justeru, tidak lazim bahawa dirantai keseluruhannya.

Begitu juga sebab berlakunya maksiat bukan hanya terbatas dengan godaan syaitan semata-mata, tetapi di sana ada sebab yang lain seperti pengaruh hawa nafsu yang juga antara sebesar-besar musuh manusia. Apa yang dapat diperhatikan sedikitnya maksiat dan banyaknya ketaatan dilakukan pada bulan Ramadan ini tanpa syak.

Dengan sebab itu, Saidina Uthman r.a memberi nilai tambah daripada segi amalan dua kali ganda berbanding bulan lain. Lihat juga penjelasan yang dikemukakan oleh al-Tahawi.

Ibn Hajar al-Haitami dalam Ittihafu Ahlu al-Islam bi Khususiyat al-Siyam menyebut: "Diambil daripada hadis ini bahawa pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup mengikut hakikatnya. Ini untuk menggambarkan kepada malaikat dan lainnya berkenaan bulan Ramadan dan pahalanya".

Ikatan dan belenggu syaitan pula termasuk hakikat demikian pada kebanyakan masa atau secara majaz kinayah daripada menahan perbuatan jahat dan tipu daya kepada manusia. Hal ini ada kebenarannya.

Dalam Ahkam al-Siyam, oleh Dr. Muhammad Uqlah menyebut: "Iaitu maksud tambatan atau ikatan ialah kurang godaan dan menyakiti mereka".

Semoga kita mengambil semangat Ramadan ini yang memberi 1,001 macam kebaikan untuk menambahkan lagi amalan ketaatan sehingga kita mendapat rahmat, keampunan dan dimerdekakan daripada api neraka Allah SWT. Amin.

Thursday, August 5, 2010

Apabila Tun Dr Mahathir juga tak faham 1Malaysia


Pada awal minggu ini Tun Dr.Mahathir telah melontar idea tentang 1Malaysia yang disifatkannya tidak difahaminya dengan jelas. Malah menurut beliau masing-masing orang Cina, Melayu dan bangsa-bangsa lain memahami 1Malaysia mengikut pandangan masing-masing. Seperti sebelum ini Dr.Mahathir membantah gagasan Islam Hadhari semasa PM Pak Lah, kini dia juga "membantai" gagasan 1Malaysia PM Najib.Dalam Malaysiakini dan juga Malaysia Insider dimuatkan kenyataan beliau yang agak jelas dan "berani" berbanding medfia arus perdana lain.

Kebetulan pula komennya itu semasa PM tidak berada dalam Malaysia kerana bercuti di luar negara. Kebetulan pula juga , TPM Tan Sri Muhyiddin turut bersetuju dengan pendapat Dr.Mahathir ini. Walaupun TPM agak berlapik dengan mengatakan perlu lagi diperjelaskan supaya rakyat dapat memahaminya.


Dalam komennya awal minggu ini Dr Mahathir berkata penjelasan terperinci dan menyeluruh berhubung 1 Malaysia wajar diberi bagi mengelak pandangan dan pendapat berbeza dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

“Saya bercakap dengan orang Cina, orang Melayu, masing-masing ada pendapat berbeza dan tidak boleh disatukan, saya berpendapat satu penjelasan perlu dibuat,” katanya.

“Mereka (rakyat) tidak tahu yang mana satu, yang mana untuk orang Cina dan yang mana untuk orang Melayu. Kalau suruh saya buat penjelasan, mana saya tahu bukan saya yang buat slogan itu,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulas kenyataan Dr Mahathir itu kelmarin berkata langkah untuk memberi penjelasan mengenai konsep 1 Malaysia memang wajar dilakukan dan sedang dijalankan oleh kerajaan untuk memberi penerangan secara terperinci kepada rakyat mengenainya.

Beliau yang bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir berkata kerajaan tidak menjangkakan rakyat akan dapat memahami konsep itu selepas setahun ia diperkenalkan oleh Najib dalam pentadbirannya.


Apakah ini bermakna ada sesuatu perkara yang kita kurang maklum berlegar di puncak kuasa sekarang, yang menampakkan seakan ada "pertarungan" di puncak kuasa itu. Ini kerana pada 5 Ogos semalam, Datuk Nazri Aziz, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri mempertahankan gagasan 1Malaysia yang diilhamkan bossnya itu. Nazri telah "menempelak" Dr Mahathir dengan mengatakan konsep Bangsa Malaysia semasa Mahathir menjadi PM dahulupun juga keliru dan ramai yang tidak faham. Nazri yang pernah digelar Mahathir sebagai "kaki pukul" telah mempertahankan PM Datuk Najib dalam hal ini dan "berlainan " dengan sikap TPM yang sependapat dengan Mahathir.

“Apa isu sebenar di sini? Apa yang kecoh? Jika beliau sendiri tidak menjelaskan mengenai (konsep) Bangsa Malaysia bila beliau (Dr Mahathir) menjadi perdana menteri, mengapa sekarang Dr Mahathir mahu kerajaan menjelaskan 1 Malaysia?

“Malah kita sendiri tidak faham apa itu Bangsa Malaysia, tujuan konsep itu,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini.

Nazri (gambar) memberitahu The Malaysian Insider bahawa Dr Mahathir tidak harus menuntut penjelasan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana beliau sendiri telah gagal untuk menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan Bangsa Malaysia ketika menerajui kepimpinan kerajaan.

Dr Mahathir melepaskan jawatan perdana menteri pada Oktober 2003.

“Jadi perkara yang sama (wujud) ektika Tun Dr Mahathir, di bawah Wawasan 2020, beliau memperkenalkan Bangsa Malaysia, tapi beliau sendiri tidak pernah menjelaskan konsep Bangsa Malaysia,” katanya.


Para pemerhati melihat pertentangan pendapat ini melambangkan di puncak kuasa seakan ada "pertelagahan" dan ianya seakan terkesan semasa PM bercuti dan TPM memangku jawatannya. Perkara pertaman terkesan bila TPM mengingatkan komponen BN khususnya MCA dan DAP supaya jangan ungkit isu penggunaan "ALLAH" kerana kerajaan telah menanganinya. Ia berpunca dari kenyataan Datuk Hishamuddin yang agak "apologetik" dalam isu ini pada MCA dan GERAKAN. MUngkin Hisham ingin menjaga hati komponen BN itu dan biasalah dia suka mengambil sikap sebegini.( beliau juga pernah memohon maaf pada masyarakat Cina kerana mencium keris sewaktu Perhimpunan Agung UMNO)tetapi TPM agak tegas dalam hal ini dan seolah meminta sepupu PM itu "tidak bermain" dengan isu penggunaan nama Allah ini lagi.

Dan pertentangan kedua bilamana TPM menyokong Dr Mahathir dalam isu 1Malaysia dan terjahan keras Nazri pada Mahathir yang juga menampakkan seolah-olah memberitahu umum bahawa TPM sepatutnya "mempertahankan" gagasan ini selaku anggota kerajaan bukannya menyokong pandangan luar.

Apapun seakan benar ada pertarungan hebat di puncak kuasa itu dan peranan bekas PM Mahathir tidak boleh dipandang ringan oleh kepimpinan hari ini. Jika sikap konfrontasi diambil terhadapnya, Mahathir akan bangkit dengan lebih keras lagi. Soalnya mampukah PM Najib berkonfrontasi dengan Mahathir kerana apa yang berlaku pada Pak Lah boleh menjadi pengajaran.

Namun seeloknya setiap PM ada ciri pimpinan tersendiri dan tidak semestinya mengikut telunjuk Mahathir yang seolah-olah dia sahaja yang betul. Namun isu-isu yang membelit PM sekarang terlalu banyak untuk dirungkai sebelum PRU13 akan datang yang bakal mencorakkan politik negara masa akan datang.