Saturday, March 19, 2011

Serangan 112 peluru berpandu dilancar ke atas Libya

Malaysiakini
Mac 20, 11 9:22am

Kapal perang dan kapal selam Amerika dan British melancarkan fasa pertama serangan peluru berpandu ke atas pertahanan udara Libya dan pegawai pertahanan Amerika berkata, serangan itu dipercayai mengakibatkan kerosakan besar.

Dalam serangan tersebut, 112 peluru berpandu Tomahawk dilancarkan ke atas lebih 20 sasaran di pantai untuk membuka laluan kepada pasukan udara bersekutu bertindak melumpuhkan pertahanan udara Libya, lapor AP.

Para pegawai pertahanan Amerika berkata adalah terlalu awal untuk menilai kesan serangan tersebut, tetapi berasaskan kepada ketepatan sasaran peluru yang dilancarkan, mereka merasakan ia mengakibatkan kerosakan teruk ke atas pertahanan udara Libya.

Pegawai berkenaan tidak mahu disebut namanya kerana misi serangan tersebut masih berterusan.

Ketika mengumumkan misi serangan tersebut ketika melawat Brazil, Presiden Barack Obama berkata beliau keberatan mengambil langkah ketenteraan tetapi yakin ianya perlu untuk menyelamatkan nyawa orang awam.

Obama mengulangi bahawa beliau tidak akan menghantar tentera Amerika memasuki Libya.

"Kami tidak boleh melihat sahaja apabila seorang pemimpin yang zalim memberitahu rakyatnya bahawa tidak akan ada belas kasihan ke atas mereka," katanya di Brasilia.

Setakat ini, Amerika dilihat menghadkan peranannya dalam campurtangan di Libya, dengan fokus pertamanya untuk melumpuhkan pertahanan udara Libya, dan kemudian menyerahkan kepada negara-negara Eropah dan mungkin negara-negara Arab untuk menguatkuasakan zon larangan terbang di atas ruang udara negara Afrika Utara.

Pembubaran DUN Sarawak: Gelanggang pertandingan dibuka


Semua parti politik kini tertumpu ke Sarawak dengan pembubaran DUN yang berkuatkuasa isnin ini. Soalnya beranikah PM untuk membubarkan sama parlimen atau PRU DUN Sarawak nanti akan dijadikan sandaran bagi PM membubarkan Parlimen.

BN mungkin dalam keadaan selesa lalu berani membubarkan DUN kerana jika ditunggu lebih lama kelak akan memakan diri sendiri. Lebih-lebih lagi dalam suasana masyarakat yang tidak begitu sukakan Ketua Menterinya yang sudah 30 tahun menjadi Ketua Menteri. Malah jika Sarawak bertangguh lagi dikhuatiri akan banyak lagi "kemungkaran ekonomi" pentadbiran kerajaan Sarawak akan terbongkar. Dan natijahnya akan menyebabkan BN Sarawak akan sesak nafas.

Dalam pada itu pakatan pembangkan Sarawak didapati masih lagi berebutkan kerusi untuk bertanding khususnya di kalangan PKR dan SNAP yang boleh mencetuskan kelemahan pada pihak pembangkang. Kalau berdasarkan PRU12 dahulu, pertandingan satu lawan satu akan menyebabkan BN mengalami kemerosotan kerana pembangkang dapat bersatu. Kalau tidak dapat mengemukakan satu lawan satu, dikhuatiri juga pakatan pembangkang akan tewas pada BN nanti.

Bagaimanapun penulis rasakan parti DAP akan menonjol kali ini khususnya di kawasan majoriti Cina. PKR agak sukar menembusi undi bumiputera Sarawak secara total. Tetapi jika sebahagian undi bumi diperolehi PKR dan ditambah undi Cina maka PKR berkemungkinan dapat memenangi sesuatu kerusi di kerusi pengundi campuran. Manakala PAS masih lagi dalam usaha untuk bertapak dan jika menang satu kerusi pun boleh dianggap berjaya dan PAS mungkin akan bertanding satu atau dua kerusi sahaja.

Maka pengemudi utama pakatan pembangkang adalah PKR. Sekiranya PKR dapat mengemukakan calon berwibawa dan berlaku pertandingan satu lawan satu dengan BN, PKR masih ada harapan.

Bagaimanapun ini adalah pandangan awal, sebelum masuk bertanding dan gelanggang baru dibuka. Mungkin selepas masa berkempen nanti akan lebih jelas pola atau corak pengundian masyarakat Sarawak dalam PRU DUN Sarawak kali ini.

DUN Sarawak bubar Isnin ini

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengumumkan DUN Sarawak dibubarkan Isnin ini, dan notis mengenainya telah dihantar kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Sehubungan pembubaran itu, pilihan raya negeri hendaklah diadakan dalam masa 60 hari.

Khabar angin juga bertiup kencang bahawa hari pengundian akan jatuh pada 16 April. Bagaimanapun masih belum jelas bilakah tarikh penamaan calon dijalankan kerana ia bergantung kepada tempoh berkempen.

Menurut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan tarikh untuk hari penamaan dan penamaan calon.

Bagaimanapun, dijangkakan tempoh berkempem selama lapan hari berdasarkan amalan dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

Dalam pilihan raya pada Mei 2006m BN hilang lapan kerusi kepada pembangkang. Enam dimenangi DAP dan masing-masing satu untuk PKR dan bebas.

Friday, March 11, 2011

Jepun digegar gempa kuat, tsunami badai pantai timur


Malaysiakini
Mac 11, 11 3:24pm

Jepun hari ini dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.

Di beberapa tempat sepanjang perairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan ratusan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.

Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen NHK.

Jumlah kerosakan sedang dinilai manakala tiada maklumat lengkap mengenai kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu.
Akibatnya, satu amaran tsunami setinggi 10 meter dikeluarkan.

Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.

Televisyen NHK dan saksi melaporkan, gempa bumi kuat itu turut mengakibatkan kecederaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu kebakaran serta tsunami setinggi empat meter.

Berikut ringkasan perkembangan itu:

Reuters melaporkan tsunami setinggi 10 meter membadai pelabuhan Sendai dengan ombak terus merosakkan kawasan pertanian dan menghanyutkan rumah, kenderaan dan apa-apa sahaja di laluannya.

Keadaan itu juga dilaporkan menyebabkan kebakaran dan tanah runtuh. Pusat penapisan di Chiba berhampiran Tokyo juga dilaporkan sedang terbakar.

Setakat ini bekalan elektrik kepada empat juta penduduk di Tokyo dan kawasan sekitarnya diuputuskan.

Kebanyakan laluan di Tohoku yang menyambung ibu negara Jepun itu dengan kawasan utara terputus.

Perkhidmatan keretapi ke utara Jepun juga dihentikan manakala lapangan terbang antarabangsa Narita ditutup. Ribuan penumpang terkandas dan dipindahkan manakala semua penerbangan dibatalkan.

Lapan pesawat tentera sedang meronda dan memantau kesan tsunami yang memusnahkan negara paling maju di Asia itu.

Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan mengarahkan tentera melakukan apa yang terdaya bagi membantu keadaan. Beliau dijangka akan mengadakan mesyuarat jemaah menteri.

Menurut jurucakap kerajaan lebih banyak tsunami dijangkakan.

Bank pusat Jepun pula memberi jaminan akan memastikan kestabilan pasaran kewangan.

Beberapa pusat tenaga nuklear juga ditutup secara automatik.

Serentak dengan perkembangan itu, beberapa negara seperti Cina dan Taiwan juga mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduknya supaya berpindah.

- Reuters

Thursday, March 10, 2011

Novel Interlok: Ramai yang membantah itu tidak pun membaca novel ini



Rasanya sudah agak lama juga isu ini diperkatakan dan ini merupakan posting pertama saya memngenai isu ini. Pada mulanya saya rasa tidak mahu mengulasnya tetapi ada kawan yang berbahas dengan saya dan minta diulaskan dari sudut pandangan saya sebagai aktivis sastera.

Pada saya tidak ada apa-apa yang tidak kena dengan novel ini. Saya juga baru lepas membacanya sekali lagi novel itu.Ianya tidak sekali-kali bertujuan menyentuh atau ingin merendah kaum tertentu. Hanya "orang politik" sahaja nampaknya beria-ia mempolitikkan isu ini dan saya percaya mereka tak pernah membaca novel ini. Malah watak "Maniam" dalam novel ini begitu baik hati sekali menolong orang Melayu semasa keadaan Darurat yang kebetulan anaknya adalah seorang Inspektor Polis.

Watak Maniam juga pernah ditolong orang Melayu iaitu watak ayah Seman yang membantu Maniam daripada dipukul oleh samseng-samseng sekaum dengan Maniam. Apakah orang-orang India yang membantah novel ini kurang setuju dengan novel yang memaparkan susur galur mereka yang asalnya dari India. Kalau itu puncanya orang Cina tidak apa pula dengan gambaran asal usul mereka dari Tanah Besar leluhur mereka.

Seorang teman sasterawan bahawa di India sendiri ada sebuah novel yang berjudul "untouchble" atau maknanya "Paria" yang ditulis oleh Dr Raj Mulk Anand, seorang India dari kasta ksatriya. Novel "Paria" ini diterbitkan serentak di India dan England tahun 1936. Terjemahan novel ini ke bahasa Melayu dibuat oleh shahrudin dan diterbitklan oleh Oxford university press pada tahun 1964.

Novel "paria" oleh Dr. Raj Mulk Anand ini tidak pun mencetuskan polemik dan kekacauan di India walaupun tajuk novel itu sendiri telah menyentuh sesuatu yang dianggap "tidak baik" oleh masyarakat India di Malaysia masa ini.

Oleh sebab itu novel Interlok tidak ada apa salahnya baik dari segi sastera ataupun bahasa, malah ianya merupakan satu gambaran menarik tentang masyarakat pelbagai kaum pada waktu itu iaitu latar waktu sekitar 1900an hingga menjelang kemerdekaan

Di bawah dikutip kenyataan dari bebera Sasterawan Negara tentang novel ini yang menerangkan dengan baik tujuannya dan garapan ideanya.

Empat sasterawan negara hari ini tampil mempertahankan novel Interlok, karya, Datuk Abdullah Huseein dan menganggap tidak ada masalah dilihat pada istilah dan lukisan yang digambarkan oleh pengarang dalam novel berkenaan.

Malah keempat-empat mereka - Muhammad Haji Salleh, Datuk Anwar Ridhwan, Datuk Shahnon Ahmad dan Noordin Hassan - menyifatkan tujuan penulis itu cukup mulia, iaitu melukis gambaran kaum-kaum di negara ini, dengan masalah dalamannya sendiri, dan di akhirnya bersatu menerima negara dan harapan baru.

“Kami juga tidak mengesan tujuan untuk menghina mana-mana kaum. Akhiran karya ini menawarkan harapan dan kecerahan. Itulah tujuan terpenting pengarang,” kata mereka dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, keempat-empat sasterawan negara tersebut mengajak rakyat membaca sastera dari pendekatan sastera dan menghormatinya secara wajar dan pintar, supaya dapat dikutip pemikiran dan kearifan sasterawan negara.

“Kami, Sasterawan Negara Malaysia, ingin menegaskan bahawa sebuah teks sastera bukanlah sebuah teks politik, dan bukan juga teks sejarah atau geografi. Sebuah karya sastera ialah sebuah teks yang melukis jiwa manusia, perasaannya, nilai dan kepentingannya dalam konteks zaman dan sejarahnya.

“Yang dilukis didekatkan sehampir mungkin kepada kenyataan di dalam dan di luar diri manusia, kerana karya sastera tidak tercipta daripada kekosongan atau vakum. Peristiwa di luar - peperangan dan kedamaian, kesusahan dan kesenangan, kerusuhan dan ketenangan - dilukis oleh kata-kata dan peribadi pengarang. Ini telah dilakukan sejak beribu tahun oleh semua pengarang, di semua negara,” kata mereka.

Saturday, March 5, 2011

PRK Dan PAS Menyantuninya


Pada masa-masa tertentu khususnya di kawasan kubu kuat PAS seperti di Kelantan, Terengganu atau Kedah serta sebahagian negeri Perak PAS memasuki gelanggang PRK adalah untuk memenanginya bagi membawa suara wakil parti Islam itu ke dalam Dewan Undangan Negeri. Namun begitu semasa kempennya tetapi juga dititik beratkan persoalan kefahaman Islam pada para pengundi.

Namun pada kawasan tertentu di pantai Barat, PAS memasuki gelanggang PRK dan juga PRU adalah lebih pada untuk menjadikan medan dakwah pada politik Islamnya. Acuan politik Islam yang dikemukakan PAS dapat disebar melalui ceramah dan kempen PRK untuk negeri-negeri yang masih lagi sukar untuk PAS bertapak.

Dan ianya tentu akan mengambil masa yang lama untuk memberi kefahaman itu. Seperti mana dalam PRK lalu di Tenang, Johor walaupun memang diduga PAS tidak akan menang tetapi usaha memperjelaskan ide perjuangan dan maslahah politik Islam perlu disebar dikhalayak ramai supaya ianya dapat difahami.

Di Tenang sekurang-kurangnya, ramai umat Islam di luar sana telah difahamkan oleh Puan Normala tentang haramnya bersentuhan(termasuk bersalam) antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim. Ianya bagaikan satu dakwah yang agak berkesan bila mana tokoh-tokoh agama turut bersetuju dengan hukum itu, walaupun banyak yang kita lihat isteri pembesar negara masih lagi bersalaman dengan lelaki bukan muhrim. Di mana suara pihak berkuasa agama kerajaan dalam hal ini? Apakah masih lagi mencari alasan "teguran bil hasanah" untuk menegur pemimpin atau isteri pemimpin itu?

Perkara sama dalam dua PRK yang terkini yang dimasuki gelanggang oleh PAS iaitu Merlimau di Melaka dan Kerdau Pahang. Mereka tidak menaruh harapan besar dalam PRK ini kerana dalam PRK segala macam "bantuan segera" dilonggokkan oleh pihak parti yang memrintah BN dan jarang PRK dapat dimenangi PAS kecuali di kawasan di pantai timur Terengganu dan Kelantan. Itu pun kadang-kadang dimenangi juga oleh BN/UMNO.

Untuk itu jadikanlah PRK dikedua-dua kawasan ini sebagai medan dakwah dan penyebaran politik Islam pada masyarakat setempat supaya suatu hari nanti Allah akan membuka pintu hatinya untuk mendekati sistem politik Islam yang lebih terarah pada memajukan masyarakat berpandukan agama Islam untuk mendapat keredhaan Allah. Wasallam.

Cermin diri sebelum perlekeh Syeikh Qaradhawi


Oleh Ahmad Muhajir

USAHA memfitnah dan memburukkan, ulama, mujahid, mujtahid, pendakwah, pemikir dan pemimpin gerakan Islam akan berulang dan berterusan, dan tiada kesudahan sampai akhir zaman.
Ini hanya pengulangan episod yang telah dilalui oleh para nabi dan rasul, sahabat, tabii tabiin, salafus salih, mereka bukan hanya difitnah dan dimaki, tetapi dihumban kedalam penjara, dipulaukan, dituduh sebagai tukang sihir dan gila, bahkan dibunuh dengan cara yang sangat kejam.

Ini pulalah yang dialami oleh Prof Dr Syeikh Yusof Al-Qaradhawi, ulama muktabar, mujahid dan mujtahid zaman kini. Beliau sudah biasa dengan penjara, dihalau atau tidak dibenar kembali ke negerinya Mesir, bahkan pada masa kini tidak boleh memasuki Amerika Syarikat dan beberapa negara Barat lainnya, ini tidak lain kerana beliau "didakwa" oleh pihak Barat sebagai ulama pengganas dengan fatwa-fatwanya yang jelas, terang dan berani, tetapi yang pasti semua beliau keluarkan setelah mengkaji nas dan hujah yang pasti.

Soal Palestin, beliau membenarkan bom bunuh diri, kerana rakyat Palestin tiada pilihan, berhadapan dengan kecanggihan senjata tentera Israel yang berbagai dan terkini, sementara rakyat Palestin atas kehendak Israel dan Barat tidak dibenarkan bersenjata, untuk mempertahankan tanah airnya yang sudah dirompak Israel melebihi 90 peratus keluasan tanah asal rakyat Palestin, di mana keadilannya?

Begitu pula soal Muammar Gaddafi, yang disebut sebagai lelaki gila dan wajib dibunuh. Hujah Qaradhawi sangat jelas, kerana sejak berkuasa sudah 42 tahun, sang kolonel telah menghumban ke penjara ribuan ulama dan pemimpin gerakan Islam, bukan hanya dikalangan Ikhwanul Muslimun Libya, tetapi ulama dan pemimpin lain yang ingin menegakkan kebenaran dan keadilan.

Gaddafi jelas tidak berminat dengan Islam, lihatlah buku hijau (kitabul akhdar/greenbook) yang dikeluarkannya, semua isinya berfaksikan sosialisme, adalah sedikit dibawa-bawa kata-kata Islam atau sedikit dipengaruhi oleh wahyu. Itupun mengikut penafsirannya. Hadis tiada langsung dalam buku itu, kerana dia sangat anti dengan hadis. Belum lagi pengalaman sahabat penulis, yang pergi ke kem latihan tentera Libya tahun 1984, bertemu dengan mereka yang dilatih dari beberapa negara luar termasuk dari Asean, sahabat ini bertanya tentang Nabi Muhammad dan nama para sahabat serta ulama-ulama dahulu.

Tiada satupun yang tahu, mereka hanya kenal JB Tito, Breznev, Stalin, Lenin, Mao Zhe Dong, kerana memang pelatihnya zaman itu adalah dari negara-negara komunis. Zaman itu Gaddafi begitu lantang dan berani melawan Amerika Syarikat dan Barat, sebab masa itu negara komunis terutama negara Rusia bersekutu masih hebat, dan tiada langsung suaranya mengkritik kekejaman Rusia di Afghanistan, dan berapa banyakkah bantuan yang diberikan Libya untuk rakyat Palestin.

Syeikh Qaradhawi, adalah ulama yang sangat sederhana, kerana kealiman dan kehebatan ilmunya, beliaulah yang menyedarkan aktivis gerakan Islam terutama daripada kalangan muda yang berada dalam garis almustakjilun (kumpulan pelampau) yang mahu bertindak keras, gopoh, tanpa perhitungan yang arif. Dan Qaradhawi sangat tidak setuju dengan tindakan keganasan di negara-negara yang aman dan damai, termasuklah di Indonesia dan Malaysia, bahkan Qaradhawi begitu mengharapkan Indonesia dan Malaysia akan menjadi tonggak kebangkitan umat, sebagaimana harapan Malik Ben Nabi, cendekiawan Afrika Utara beberapa puluhan tahun yang lalu.

Sebagaimana ulama dan pemimpin Ikhwan yang lain, Qaradhawi menganjurkan jalan tengah yang sederhana, menjauhi kekerasan apalagi keganasan, ini juga yang menjadi manhaj Ikhwan, tetapi kerana Ikhwan memperjuangkan Islam yang syumul, Islam adalah segala-galanya, meliputi semua aspek dan bidang kehidupan, dunia dan akhirat.

Makanya musuh dan Barat tidak suka, jadilah Ikhwan dan pemimpinnya terus dicaci, difitnah dan dipenjarakan. Kebangkitan rakyat Mesir baru-baru ini, Ikhwan macam tidak nampak menonjol, tetapi pemimpin dan aktivisnya jelas mengambil bahagian yang aktif, bahkan para doktornya terlibat jelas membantu, para demonstran yang luka atau yang mati.

Pengalaman masa lalu, mengajarkan Ikhwan lebih berhati-hati, dalam beberapa kebangkitan lalu, Ikhwan hanya dibawa bersama masa kumpulan nasionalis dan sosialis tersepit. Apabila sudah berhasil Ikhwan dicampakkan, bahkan difitnah dan sebahagian pemimpinnya dipenjarakan. Kini Ikhwan berwaspada dan lebih realistik, boleh bersama apa sahaja aliran dan kumpulan Islam dan bukan Islam, untuk membangunkan kembali demokrasi serta menguruskan masa depan negara Mesir. Ini kemajuan yang luar biasa, menampakkan Ikhwan sangat sederhana dan ingin mempersembahkan Islam itu adalah rahmat untuk semua.

Itulah sikap Ikhwan dan ini jelas dari buku yang ditulis oleh Mursyidul Amnya yang kedua Dr Syeikh Hasan al Hudhaibi, dakwah kita adalah menyeru "du’at la qudat" pendakwah bukan pendakwa, kita hanya mengajak umat manusia kepada Islam, akhirnya yang menentukan adalah hidayah daripada Allah SWT.

Syeikh Qaradhawi telah menampakkan bagaimana adabnya yang tinggi, menghormati ulama zaman dahulu, baik ulama empat mazhab, mahupun ulama daripada berbagai-bagai aliran apa sahaja, dan yang mempengaruhi pemikirannya adalah Syeikh Ibnul Qayyim al Jauziyah, sama-sama murid Syeikh Ibnu Taimiyah dengan mufassir Syeikh Ibnu Katsir.

Bahkan dengan ulama-ulama yang didakwa sebagai "Wahabi", Qaradhawi berhubung dengan mereka, dengan debat dan polemik ilmiah yang santun dan saling menghormati, seperti Syeikh Nasiruddin al Bani dan Syeikh Abdul Aziz bin Baz, tidak seperti sesetengah pihak menghentam berbagai-bagai ulama yang dia tidak suka, dan menaikkan beberapa ulama lain yang dia suka. Bagi Qaradhawi semua ulama dahulu dan kini adalah mutiara, yang dapat diambil kehebatan ilmu dan diteladani kewarakan serta kezuhudannya, soal kekurangan dan kelemahannya itu, biarlah menjadi urusan mereka dengan Allah SWT.

Apa yang dilalui Qaradhawi kini, ini jugalah yang dialami pemimpin, ulama dan pejuang Islam di Indonesia dan Malaysia, mereka yang berjuang merebut kemerdekaan, setelah merdeka kemudian pejuang ini akan difitnah dan diburukkan sebagai pengkhianat atau anti nasional, dan jadilah mereka dimasukkan sebahagiannya ke penjara, sebagaimana dialami tokoh-tokoh parti Islam Masyumi, begitu juga pengalaman Dr Burhanuddin al Helmy, pejuang kemerdekaan Tanah Melayu, sebelum meninggal dipenjarakan dalam ISA berapa tahun lamanya.

Jadi siapalah kita nak memburuk atau menuduh Syeikh Qaradhawi dengan label yang bukan-bukan. Berapa buku yang sudah kita tulis, siapa yang sudah kita dakwahi, adakah keteladanan dan karisma kita yang dihormati oleh dunia Islam atau ditakuti oleh pihak Barat. Syeikh Qaradhawi tidak terdengar menipu, berbohong apalagi memusuhi atau memfitnah anak bangsanya atau sesama Islam dan juga tidak menzalimi mereka yang bukan Islam, dan tiada pula terdengar isterinya hidup mewah-menggunakan harta rakyat Mesir atau Qatar, kerana keluarganya dinaungi oleh tarbiyah yang berterusan bercahayakan al-Quran dan As Sunnah dan semua anak-anaknya adalah sarjana dan menjadi semuanya.

Menyusuri Pulau Pinang di bawah DAP


Agak lama saya tidak membuat posting dan kebetulan dari 1 Mac hingga 3 Mac lalu saya berada di Pulau Pinang dalam rangka lawatan membuat tinjauan di sana. Dalam perbualan dengan pemandu teksi dan juga beca, didapati tidak ada masalah bagi mereka itu berada di bawah pentadbiran YAB Lim Guan Eng.

Malah saya disapa secara sinis oleh seorang pemandu teksi denganb mengatakan pada saya bahawa semasa pemerintahan BN selama 50 tahun dulu."apakah Ketua Menterinya Orang Melayu?" Saya terasa terpukul dengan sapaan sinis itu.

Berbalik soal pembangunan negeri ini, tidak ada apa yang tergendala sebenarnya. Malah Pulau Pinang bakal ada sebuah lagi Jambatan yang menghubungkan Pulau itu dengan Seberang Perai. Berhampiran Batu Maung kerja-kerja sedang giat dijalankan oleh kontraktor. Ini membuktikan bahawa walaupun ditadbir pembangkang, Pulau Pinang terus maju ke hadapan. Katakanlah Kerajaan Pusat yang meluluskan pembinaan Jambatan Kedua itu, tetapi kenapa Pusat membinanya; Ini kerana ianya akan juga memberi keuntungan pada negara, bukan sahaja Pulau Pinang.

Oleh itu apabila YAB Ketua Menteri Pulau Pinang menyatakan bahawa 4 buah negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Selangor,Kedah dan Kelantan telah menyumbangkan RM 25 billion pelaburan yang bersamaan dengan 53% daripada jumlah keseluruhan pelaburan Malaysia yang berjumlah RM 47.2 billion untuk tahun 2010.

Berdasarkan fakta ini 4 buah negeri yang ditadbir Pakatan ternyata lebih berjaya daripada 10 buah negeri yang ditadbir oleh BN secara umumnya.

"The 4 PR states of Penang, Selangor, Kedah and Kelantan have beaten the other 10 BN states by attracting RM25 billion in investments comprising 53% of Malaysia's total investments of RM47.2 billion in 2010. For the first time in history, Penang is now the new champion of investments in Malaysia, coming out top in 2010.
Penang replaced the previous 2009 champion Sarawak by recording RM 12.2 billion in 2010 as compared to Sarawak RM3.9 billion. Penang was No. 4 in 2009 with RM 2.1 billion but shot up 5 times to No.1. On the other hand Sarawak went down from No.1 in 2009 with RM 8.5 billion to No. 4 with RM3.9 billion in 2010. Penang's success in drawing in RM12.2 billion is an extraordinary vote of confidence by both foreign and local investors in the PR state government of Penang.

The No.2 state after Penang is another PR state of Selangor with RM 10.6 billion in investments. In fact the 4 PR states of Penang, Selangor, Kedah and Kelantan combined comprise RM 25 billion investments or 53% of the total investments in Malaysia of RM47,177 million in 2010. These 4 PR states alone can beat the remainder 10 states of BN Malaysia combined!
Despite the financial constraints and limitations imposed by BN, PR have shown our good governance. In Penang we have excelled by being praised by the Auditor-General Report for being the best financially managed state with record surpluses of RM88 million in 2008 and RM77 million in 2009. Penang became the first state government in history to be commended by Transparency International for CAT(Competency, Accountability and Transparency) governance in establishing integrity in leadership."


Oleh sebab itulah BN amat bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kembali negeri Selangor ke tangannya kerana Pulau Pinang agak sukar untuk diperolehi kembali. Berdasa perangkaan di atas Pulau Pinang dan Selangor adalah antara negeri terkaya dalam Malaysia berdasar pelaburannya. Malah dalam sejarah juga buat pertama kali Pulau Pinang menduduki tempat pertama tahun 2010 edi disegi jumlah pelaburan mengatasi Sarawak yang menjuarai sebelum ini.

Sekiranya pentadbiran Pulau Pinang tetap konsisten dengan urus tadbir yang baik dan menyantuni kebajikan segenap lapisan rakyatnya tanpa mengira kaum, saya percaya usaha UMNO/BN untuk mentadbir kembali negeri itu tidak akan berjaya'; kecuali BN menampilkan corak pentadbiran yang sama dengan pentadbiran Pulau Pinang sekarang.