
DUN Galas akan menghadapi satu PRK selepas kematian Wakil Rakyatnya Gemuloh Che Hashim Sulaima dari PAS. SPR khabarnya akan bermesyuarat pada Rahu ini (6 Oktober) bagi menentukan hari penamaan calon dan juga hari pengundian. Mengikut Dato' Wan Omar dari SPR beberapa perkara akan diambil kira bagi menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian seperti hari perayaan dan juga aktiviti parti.
Melihat pada keadaan itu kemungkinan besar pengundian akan berlangsung akhir bulan Oktober atau awal November. In kerana pada awal Oktober iaitu 5 Oktober Hari Depavali bagi penganut Hindu dan pertengahan Oktober (17 dan 18 Oktober) Hari Raya Haji bagi umat Islam. Sama ada penghujung Oktober atau awal November maknanya PRK tersebut dalam musim tengkujuh dan kemungkinan hujan lebat turun ataupun banjir. Untuk itu semua parti politik perlu mengelakkan sebarang bentuk poster daripada kertas sebaliknya lebih baik ianya dari plastik di musim begini. Kalau poster dari kertas alamat tak lama akan koyak rabak.
UMNO nampaknya terkedepan dalam mengumumkan Pengarah PRK ini dengan menamakan YB Tengku Razaleigh Hamzah Ahli Parlimen Gua Musang sebagai pengarah PRK ini. Dan PAS nampaknya belum lagi mengumumkan pengarahnya. Samada TPM ingin mengelakkan mengambil tanggunmgjawab selaku pengarah atau memberi penghormatan pada Ku Li tidak dapat dipastikan. Khabarnya juga KU LI yang masa kini berada di London dikatakan menerima perlantikan itu. Itu menurut sumber dari UMNO sendiri.
Kita dapat mengandaikan dua tiga perkara bila Ku Li dipilih sebagai Pengarah PRK ini. Pertamanya jika Galas kalah pada PAS, yang bakal dipersalah adalah Ku LI dan akan disifatkan pengaruh KU Li telah berkurangan dan ini memungkinkan UMNO mencicirkan nama Ku Li untuk bertanding sebagai calon Parlimen Gua Musang dalam PRU13nanti. TPM yang secara tradisinya menjadi Pengarah PRK kecil juga dapat berselindung disebalik Ku Li jika kalah. Itu congak jika kalah, tetapi jika menang...tak timbul peranan kuatKU Li tetapi akan dibesarkan kerjasama semua pihak dalam UMNO yang memunmgkinkan menang.
Kemenangan UMNO itu juga nanti bergantung pada sejauh mana "autonomi" yang diberikan pada Ku Li untuk memimpin dan mengarah dalam PRK ini.Kalau setakat "pengarah kosong" sahaja tanpa kuasa kawalan peruntukan dan juga logistik dan sebagainya, mungkin peranan beliau tidak akan menonjol. Dan kalau peranan beliau tidak menonjol, kemungkinan besar UMNO akan kalah.
Pada hemat saya bagi PRK Galas ini, selain faktor Ku LI tadi faktor calon juga akan memberi implikasi besar dalam menentukan menang-kalah parti-parti yang akan bertanding. Takkan Ku Li sanggup menjadi calon DUN pula sedangkan dia telah jadi Ahli Parlimen, kecualilah UMNO nak sangat dia jadi calon macam kes di Bagan Pinang tempoh hari bagi memastikan kemenangan berpihak pada UMNO. Buat masa ini adalah dikirakan 50-50 bagi kedua-dua pihak UMNO dan PAS.
Pengarah PRK bagi pihak PAS juga akan menentukan hala tuju dan taktik bagi PAS memenangi PRK ini. Perlu diingatkan Galas mempunyai pengundi campuran 3 kelompok besar iaitu Melayu, Orang Asal dan Cina. Kalau mengikut trend sekarang 80% pengundi Cina kira-kira 1,900 orang akan memihak pada Pakatan Rakyat- PAS. Jadi PAS perlu mendapatkan 50% undi dari pengundi Melayu dan Orang Asal untuk menang. Itu perkiraan atas kertas. Di lapangan mungkin lain perkiraannya.