Thursday, May 12, 2011

Sekadar catatan bertemu Ust. Nik Mohd. Abduh


Pada khamis 5 Mei lepas kebetulan saya satu flight dengan Ust. Nik Abduh untuk perjalanan ke Kuala Lumpur dengan penerbangan firefly. Sementara menunggu boarding saya jumpa beliau yang masa itu tengah menulis sesuatu pada mini laptopnya sambil minum kopi di ruang menunggu. Saya mendatanginya dan selepas salam dan berjabat tangan, kami berborak-borak. Saya tanyakan beliau berita tentang Usama Bin Laden dan menyatakan saya sudah baca postingnya dalam blog beliau.

Mengikut beliau berita itu ada benarnya, Usama gugur kerana berdasarkan 'kebangkitan' rakyat Pakistan yang berikrar membalas dendam dan juga katanya presiden Obama juga ada membuat pengumuman itu, takkan presiden akan memperkata sesuatu yang tidak ada dalilnya walaupun kadang-kadang ada juga 'penipuannya'. Itu biasalah adat orang kafir, tetapi katanya ,"ana percaya berita Usama gugur ini ada kebenarannya".

Kami banyak bersembang pasal politik dunia dan juga sesekali mengimbau pertemuan tatkala saya berkursus di India sekitar tahun 1990 dan pada masa itu Ustaz belajar di Universiti Deoband , India. Nyata beliau masih ingat lagi pertemuan di India itu dan saya sendiri bersama keluarga sempat melawat ke universiti tempat Ustaz belajar, Deoband, dengan kami menaiki keretapi selama 5 jam dari New Delhi.

Pada masa itu ada kira-kira belasan orang pelajar Malaysia menuntut di Deoband, dan kerana atas permintaan pelajar di sana yang ingin makan nasi briyani, isteri saya dan isteri kawan saya telah membantu menunaikan hasrat para pelajar di sana dan kami kenduri briyani pada hari itu di Deoband.Itu kisah tahun 1990 dahulu nun jauh dirantau orang. Dan jika para pelajar turun ke New Delhi, rumah sewa saya adalah tempat persinggahan semalam dua mereka untuk makan nasi lemak. Mereka kata dah jemu asyik makan capati sahaja di India.

Pada hari ahad 8 mei kami sekali lagi tertserempak di ruang menunggu Subang airport, rupanya penerbangan pulang kami pun sama juga seperti mana datang dahulu. Masa inilah kami sempat berborak lama sedikit ekoran 'kelewatan' pesawat. Dari politik luar negara hinggalah dalam negeri. Menurut Ustaz, beliau tidak lagi dapat bertanding dalam JK pemuda kerana telah melebihi umur, apabila saya ajukan persoalan tentang muktamar PAS jun ini.

Demikian catatan kecil bertemu teman yang agak lama tidak sempat berbual panjang kerana masing-masing ada tugas sendiri. Seingat saya tahun 2010 saya ada menjemput Ustaz dan Ustaz Azhar di Hotel Putri, Jalan Raja Laut selepas mereka habis mesyuarat, kerana mereka hendak menziarahi Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh yang masa itu dirawat di Hospital Selayang. Itu pertemuan saya dengan Ustaz yang juga agak panjang juga iaitu dari tengah hari hingga ke petang.

Cuma ralatnya saya idak terinagt untuk memberitahu Ustaz yang saya akan ambil posting dari blog beliau tentang tajuk Usama itu untuk paste kan dalam blog saya. Bagaimanapun saya ada kreditkan namanya. Malah dalam setiap tajuk yang saya ambil sama ada dari blog teman atau akhbar, akan diberi maklum/kredit penulis asalnya.

1 comment:

  1. Terima kasih kerana meningatkan tentang India..hebat dan berwarna warni.Sy pernah bertemu Ustaz Nik, Ustaz Azhar dan Ustaz tak ingat nama tatkala mereka ziarah ke rumah di Mayur Vihar...mmang terserlah keperbadian Ustaz Nik meskipun ketika itu usia masih muda.Sampaikan salam pada yg lain.Ustaz Junitpun lama tak jumpa.Seorng lagi dh lupa nama tapi dia org Selangor ambil Master di Lucknow selalu bawa kepala kambing untuk dibuat sup oleh teman dari Perak.Akbar pun pernah datang n sy kena baca doa...hahaha.Dia dtg sekali je lepas tu datang tapi tak berapa nk ngam..hehehe

    ReplyDelete