Thursday, March 8, 2012

SBPA dibatalkan dan SSM diterus dengan penambahbaikan

Semalam Perdana Menteri telah mengumumkan pembatalan SBPA dan meneruskan skim SSM dengan penambahbaikan. Terdapat pro dan kontra mengenai pengumuman ini. Secara umumnya ramai yang menyambut baik tetapi kalau boleh ditambahbaik lagi. Dan bagi kerajaan pula pembatalan ini memberikan satu isyarat yang tidak berapa baik pada pandangan orang ramai.

Apa tidaknya, pengumuman berdegar-degar dahulunya itu hanya sekadar gimik sahaja, dan juga ianya menggambarkan perancangan yang tidak rapi. Apakah "fault" ini perlu dipikiul oleh JPA sahaja atau ada pihak lain lagi. Namun apapun alasannya rakyat dapat melihat ketidaktegasan pihak pemerintah dalam hal ini dan bagaimana ianya emnguntungkan pihak atasan sahaja. Itulah yang menjadi punca pembatalan. Mengapa tidak difikirkan dahulu lagi dan yang penting lagi pihak Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam CUEPACS tidak dibawa berunding pada awal perancangan. Jadikanlah ianya sebagai satu pengajaran.

(di bawah petikan dari MI)

Kerajaan mansuh SBPA, SSM ditambah baik
TERKINI @ 01:10:40 PM 08-03-2012
Oleh Clara Chooi
March 08, 2012

PUTRAJAYA, 8 Mac — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) telah dibatalkan berikutan kritikan yang ia hanya memberi kelebihan kepada pegawai atasan kerajaan sedangkan kakitangan bawahan menerima kenaikan yang rendah.

Perdana Menteri turut mengumumkan sistem sedia ada, Sistem Saraan Malaysia (SSM), akan ditambah baik.

Najib turut memberitahu penjawat awam ketika pertemuan bersama mereka di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini bahawa Ketua Setiausaha Negara hanya akan menerima kenaikan gaji sebanyak tujuh peratus, berbanding sistem SBPA yang menyaksikan pendapatan ketua penjawat awam itu mencecah RM60,000 sebulan.

Kadar bayaran terhadap KSU itu telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pekerja gred bawahan yang hanya diberi kenaikan serendah RM1.70, dan menerima bantahan daripada 1.4 juta kakitangan awam yang merupakan “lubuk undi” untuk Barisan Nasional (BN), memandangkan pilihan raya umum mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kenaikan untuk Kumpulan Pengurusan dan Professional, dari Gred 1 hingga 54 adalah terhad kepada 13 peratus sahaja.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa Putrajaya terpaksa menambah RM2 bilion kepada RM2.6 bilion yang sebelum ini diperuntukkan di bawah SBPA.

Perdana Menteri terdahulu mengarahkan semakan semula terhadap skim berkenaan selepas kesatuan kakitangan kerajaan CUEPACS menentang pelaksanaan skim terbabit.

Sebuah panel diwujudkan dan diketuai oleh bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia (PSD) Tan Sri Ismail Adam dan diberi tempoh sehingga 16 April ini untuk membuat keputusan.

Keputusan untuk memansuhkan SBPA ini juga memberikan kesan terhadap peluang Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Abu Bakar Abdullah untuk menjadi Ketua Setiausaha Negara.

No comments:

Post a Comment