Saturday, May 29, 2010

PKR: siapa 'kapal titanic' yang akan karam dulu?


Sempena Mesyuarat PKR di Kota Bharu sekarang, penulis cuba huraikan satu isu yang berkaitan dengan parti itu. Mengikut Fairus Khairuddin, bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga bekas ADUN PKR yang meletak jawatan menyatakan bahawa Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah berkata bahawa" kapal UMNO" akan menerima nasib seperti kapal Titanic yang terkenal itu.

Bagaimanapun Fairus menyatakan bahawa kiasan itu kini terbalik pada PKR pula dan katanya PKR yang katanya akan karam kapalnya berikutan keluarnya ADUN dan Ahli Parlimen PKR dari parti. Jadi "kapal siapa" yang akan tenggelam dahulu UMNO/BN atau PKR. Persoalan ini menarik untuk diperkatakan kerana keadaan yang berlaku dalam pergolakan politik dalam negara sekarang. BN dan komponennya terutama MCA DAN MIC dan tidak terkecuali serta komponen lain sedang bermasalah peringkat serious. Kalau diibaratkan sakit kanser, ianya berada pada tahap ke 4, tahap kritikal.

Manakala pada PKR dilihat semakin ramai ADUN/Ahli Parlimennya keluar menjadi MP Bebas yang 'mesra BN'. Jika dilihat dari segi itu ia sedikit sebanyak menjejaskan PKR selaku peneraju Pakatan Rakyat(PR). Tetapi harus dingat bahawa, keluarnya pemimpin dan wakil Rakyat PKR ini tidak diikuti oleh para pengikutnya. Bermakna sokongan pada PKR tetap utuh, dan ini terbukti dalam PKR Hulu Selangor, walaupun tewas tipis tetapi undi PKR bertambah. Ini bermakna BN tidak boleh terlalu "gembira" dengan keluar parti pemimpin PKR, kerana mungkin ianya memang "orang yang bermasalah" atau "termakan umpan politik".

Oleh itu dalam PRU13 kelak peristiwa "lompat" pemimpin PKR ini tidak memberi apa-apa kelebihan pada BN jika penghijrahan mereka ke arah mesra BN tidak diikuti para pengikut yang ramai. Hanya mereka dan ahli keluarga sahaja yang dapat memberikan "laba" pada BN, sedangkan rakyat banyak akan "memprotes" atas tindakan wakil rakyat mereka itu. Untuk itu berbaloikan untuk BN bergembira sakan pada masa ini dengan penghijrahan itu.

Pada penelitian penulis, sekiranya "momentum" sokongan masyarakat Cina tetap pada sekitar 70% pada Pakatan Rakyat (PR) dan undi masyarakat Melayu khususnya luar bandar pada PR meningkat melebihi 45%, begitu juga dengan undi masyarakat India kekal disekitar 40%; maka BN kemungkinan besar akan tumbang, dan bakal menjadi pembangkang pula.

Oleh itu semua pakatan parti politik sama ada BN atau PR masing-masing ada masa sekitar 2 tahun lebih saja lagi untuk memperbetulkan keadaan parti dan memberikan khidmat yang baik untuk rakyat. Rakyat akan membuat penilaian mereka dalam PRU13 nanti sama ada "kpi" pakatan mana yang diterima dan yang mana akan ditolak. Dan satu perkara lagi rakyat sekarang telah "celik" politik dari masa-masa lalu. Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment