Saturday, May 8, 2010

PRK Sibu; saingan 3 penjuru: PM tak mahu ulas pasal "peluang" BN dan Kit Siang kata "political miracle" kalau DAP menang


PRK parlimen P 212 Sibu sah perlawanan 3 penjuru berdasarkan penamaan calon hari ini, tetapi esok lusa belum tentu. Ini berdasarkan pengalaman lalu, calon Bebas biasanya akan menarik diri saat-saat akhir, lebih-lebih lagi kalau calon itu ada "penajanya" dari pihak-pihak tertentu.

Kalau 3 penjuru sekalipun, perlawanan sengit tetap antara DAP dan BN sahaja. Calon Bebas hanya kacau daun sahaja dan tak ada peluang langsung untuk menang. Untuk itu adalah dirasakan calon Bebas itu akan menarik diri juga nanti seperti di PRK Hulu Selangor baru-baru ini. Calon BN/SUPP diwakili oleh Robert Lau Hui Yew dan DAP oleh YB Wong Ho Leng, yang juga ADUN Bukit Assek. Calon Bebas ialah Narawi Darus.

Pertandingan Tiga Penjuru Pada Pilihan Raya Kecil Sibu

SIBU: Pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu 16 Mei ini akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional(BN), DAP dan Bebas.

Calon BN, Robert Lau Hui Yew dari Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) akan ditentang calon DAP Wong Ho Leng yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Assek dan calon Bebas Narawi Harun.

Senarai calon berkenaan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Wong See Meng, yang juga Pegawai Daerah Sibu di Dewan Suarah di sini pada 11.25 pagi.

See Meng menerima borang pencalonan ketiga-tiga calon berikutan tiada isu dibangkitkan sepanjang tempoh bantahan selama satu jam.

Hui Yew merupakan calon pertama menyerahkan borang pencalonan pada 9.02 pagi diikuti Wong pada 9.03 pagi dan Narawi pada 9.25 pagi.

Ribuan penyokong bagi calon BN dan DAP, termasuk kira-kira 5,000 dari BN, berhimpun di bandar ini sejak awal pagi ini, menyebabkan kesesakan trafik di jalan-jalan yang menuju ke pusat penamaan calon.

Mereka melaungkan slogan parti masing-masing tetapi keadaan adalah terkawal.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengetuai penyokong BN berarak ke pusat penamaan calon sepanjang kira-kira 2 kilometer dari Estet Delta.

Kem DAP pula diketuai Setiausaha Agung Lim Guan Eng dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail manakala Narawi hanya diiringi dua individu - pencadang dan penyokong pencalonannya.

Kawalan keselamatan oleh anggota polis di sekitar pusat penamaan calon dipertingkatkan bagi mengawal lalu lintas dan memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.- BERNAMA


Anehnya Perdana Menteri sewaktu ditanya pemberita tidak mahu mengulas soal "peluang BN" sebaliknya mahukan jentera BN bertugas dengan penuh disiplin dan bekerja keras bagi memastikan kemenangan BN. Manakala bagi Lim Kit Siang pula meramalkan partinya hanya mempunyai peluang 40% sahaja untuk menang.

Apakah DAP turun sebagai "underdog" kali ini bagi mengelakkan "tekanan" dan Kit Siang juga hanya meramalkan jika DAP menang kelak, ianya merupakan satu "keajaiban" politik. Ternyata pada awal ini DAP turun sebagai underdog tanpa tekanan yang memungkinkan mereka dapat bergerak dengan selesa.

Apapun para pengundi cina di Sibu ini lebih "celik" politik berbanding dengan masyarakat pedalaman lain, bahkan lebih "celik" berbanding sesetengah tempat di Semenanjung sekali pun. Oleh sebab itu juga BN juga agak berhati-hati pada PRK Sibu ini kerana ianya akan mencorakkan pola pengundian dalam PRU peringkat DUN yang akan diadakan tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment