Friday, November 6, 2009

Final Piala Malaysia Kelantan Vs N Sembilan


Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam esok akan dibanjiri puluhan ribu penyokong pasukan bolasepak Kelantan dan Negeri Sembilan yang bertanding dalam perlawanan akhir bagi merebut Piala yang berprestij itu. Adalah diharapkan semangat kesukanan yang tinggi dari kedua-dua penyokong setia khususnya penyokong Kelantan dan juga Negeri Sembilan. Era pennyokong Kelantan yang dikatakan "agak robust" perlu dibuang jika tidak mahu dicop, apa lagi dikenakan tindakan oleh FAM seperti mana sebelum ini.

Para peminat bolasepak tentunya mahu menyaksikan satu perlawanan yang hebat. Saya sebagai anak Kelantan tentunya mahukan Kelantan menjadi Juara pada kali ini bagi mengakhiri kemarau 40 tahun. Pada Piala FA dahulu di stadium sama Kelantan dikecewakan oleh Selangor untuk menjadi Juara. Diharapkan kali ini bagi Piala Malaysia Kelantan akan dapat menjulangnya. Insya Allah.

Para Jurulatih tempatan juga agak suka meramalkan pasukan mana yang akan menang, ramai yang menyatakan pasukan yang mendahului jaringan gol dan seterusnya mencari gol kedua akan muncul sebagai pemenang. Namun semuan ya bergantung dalam perlawanan akhir itu nanti...kata orang "bola itu bulat". segala-gala yang mungkin terjadi, walau pun di atas kertas N Sembilan mempunyai kekuatan seimbang semua posisi dan dibarisi ramai pemain kebangsaan.

Manakala Kelantan juga mempunyai penyerang hal Indra Putra dan Nurfarhan dan juga Khalid Jamlus yang boleh diharapkan bagi menghasilkan gol, apatah lagi dengan sokongan puluhan ribu peminat dan penyokong fanatik dari Kelantan ataupun yang berada di Lembah Kelang. Hanya satu yang saya harapkan dari penyokong fanatik, iaitu jangan "alak" pemain atas padang untuk bermain "ganas" dan pemain juga tidak mengikut rentak kemahuan para penonton.

Adalah tidak dapat dipastikan lagi Tuan Guru Menteri Besar akan turut sama memberi semangat bersama-sama TS Annuar Musa, Presiden KAFA untuk pasukan Kelantan. Kalau dalam perlawanan menentang Perlis di Stadium Sultan Muhamad Ke IV baru-baru ini Tuan Guru turut hadir. Sekiranya Tuan Guru turun ke stadium tentu akan melonjakkan semangat juang pasukan Kelantan nanti. Gomo...Kelate Gomo...main biar mene...gomo kelate gomo...jange tinggal sembahye( sembahyang)...

No comments:

Post a Comment