Sunday, November 1, 2009

Bekas Mufti Perlis DiTahan JAIS


Sekoyong-koyong keluar berita tentang penahanan bekas Mufti Perlis Dr.Mohd Asri Zainal Abidin malam tadi. Ianya rentetan dari kenyataan Dr Asri sehari sebelum itu berkaitan penolakannya terhadap tawaran sebagai Yang Dipertua YADIM. Ini juga berikutan memorandum dari pihak-pihak terttentu dalam YADIM yang dikatakan memfitnahnya sebagai berfahaman wahabi dan sebagainya. Berikutan itu Dr Asri menyatakan beliau mula tawar hati dengan tawaran dari Perdana menteri itu.

Dalam sehari dua lepas juga Dr Haron Taib, Ketua Dewan Ulama PAS dilaporkan berkunjung ke rumah Dr Asri di Bukit Mertajam Pulau Pinang dan khabar angin bertiup kencang mengatakan kemungkinan bekas mufti Perlis itu memasuki PAS. Namun kenyataan Dr Asri kemudiannya melenyapkan seketika andaian itu kerana beliau tidak berhajat memasuki mana-mana parti buat masa ini dan akan kekal sebagai pihak yang berkecuali dalam menyampaikan pandangan-pandangannya.

Namun begitu , kenyataan beliau itu kemungkinan juga kenyataan umum sebagaimana kenyataan orang politik juga bagi menenangkan suasana sedangkan disebaliknya telah ada keputusan yang lain. itulah tanggapan awal saya berkaitan perkara ini.

Dan apabila beliau ditahan JAIS malam tadi mengundang tafsiran yang lebih menjurus ke arah itu. Apakah tindakan JAIS itu seakan amaran pada beliau supaya menghindarkan diri dari terlibat dalam politik pembangkang apa lagi menyertainya. Dan juga apakah tindakan JAIS itu ada kaitan dengan arahan pihak lain. Jawapannya akan ditemui tidak lama lagi. Dan apakah ini juga ada kaitan dengan usaha mengheret orang tertentu yang dikatakan "bermasalah" dalam pentadbiran PR-PAS di Selangor dan memburukkan imejnya.

Semua andaian ini masih berlegar dalam fikiran para penganalisa dan juga bloggers dan saya pasti kebenarannya akn terserlah jua apabila tiba masanya nanti. Oleh itu Dr Asri dan para pejuang Islam hendaklah bersabar dengan ujian Allah ini dan kebenaran akan tetap mengatasi kebatilan.

No comments:

Post a Comment