Friday, November 20, 2009

Lee Chong Wei Juara Bila Lin Dan Tiada


Pada dua hari lepas Datuk Lee Chong Wei telah menjuarai Terbuka Hong KOng setelah menumpaskan lawannya Peter Gede dari Denmark. Sebelumnya pada pusingan separuh akhir Chong WEi telah mengalahkan seorang pemain China, Bao Cun Lai. Sayangnya Lin Dan tidak mengambil bahagian dalam Terbuka Hong Kong ini dan kalau Lin Dan ada biasanya Chong Wei akan kalah pusingan awal atau separuh akhir sahaja. Badi Lin Dan amat kuat menghantui beliau.

Dalam banyak perlawanan sekiranya Lin Dan ada, Chong Wei tidak dapat bermain dengan selesa, hatta pernah tumpas pada pemain tidak ternama sekali pun. Apa lagi kalau dalam perlawanan akhir beliau bertemu Lin Dan. Walaupun rekod pertemuan mereka da yang memihak beberapa kali kepada Chong Wei tetapi lebih banyak yang dimenangi Lin Dan, dan antara yang dimenangi Chong Wei itu adalah pertemuan akhir yang berlangsung di gelanggang sendiri iaitu di Malaysia.

Walaun pun kini bergelar pemain nombor satu dunia, tetapi gelaran besar belum lagi dipunyai Chong Wei seperti Juara Kejonan Dunia, Juara Olimpik atau Juara All England. Beliau hanya sekadar memenangi Kejuaraan siri terbuka di beberapa negara sama ada Asia dan Eropah.

Untuk muncul Juara sebenar Chong Wei mestilah mempunyai ketahanan mental yang kuat bagi mengatasi Lin Dan, kerana dari segi skil , mereka sama sahaja. Beliau juga hanya perlu menumpukan kejohanan besar sahaja dan Sukan SEA misalnya tidak perlulah beliau mengambil bahagian, walau pun beliau boleh memberi pingat pada negara. Yang lebih penting ialah tumpuan pada kejohanan besar dan yang terdekat ialah Kejohanan All England pada Mac 2010 kelak. Ini kerana selepas Muhammad Hafiz Hashim memenanginya dahulu Chong Wei tidak dapat mengulanginya lagi, sekurang-kurangnya dapat mengahrumkan nama negara pada temasya badminton tersohor itu.

No comments:

Post a Comment