Friday, November 13, 2009

Penantian satu penyiksaan: Pesawat Air Asia Lambat


Petang semalam saya terpaksa menunggu lama bersama para penumpang lain untuk ke Kuala Lumpur gara-gara apa yang dikatakan "masalah teknikal" oleh pihak pengurusan Air Asia. Apa tidaknya penerbangan kami yang sepatutnya jam 5.00 petang telah ditunda dua kali iaitu kepada 9.35 ,alam dan sekali lagi kepada 10.15 malam. Walaupun kami diberi makan KFC percuma tetapi tidak berbaloi dengan penantian selama 5 jam lebih itu.

Benarlah kata orang, penantian suatu penyiksaan. Terasa begitu lama sekali menunggu, namun apakan daya terpaksa juga juga menunggu kerana untuk ke Kuala Lumpur. Kalau berkereta selama 5 jam telah pun sampai Kuala Lumpur sekiranya tanpa henti. Itu yang selalu saya lakukan kerana saya biasanya tidak suka berhenti kecuali untuk mengisi minyak dan solat sahaja, dan solat biasanya jama' dan qasar dilakukan.

Semasa menunggu petang semalam, bateri handphone hampir habis, nasib baik saya ada 2 hp dan satu lagi boleh digunakan. Ini gara-gara melihat internet menggunakan hp kerana terlalu lama menunggu dan terasa jemu jika tidak ada apa-apa aktiviti. Nak dikatakan faktor hujan di Kl lebat tidak juga kerana pesawat lain seperti MAS dan Fire Fly ada pesawat yang datang dari KL dan menurut pihak Air Asia pesawat yang akan datang ke Kota Bharu itu lambat tiba di Kuala Lumpur dari destinasi lain.

Pada bulan lepas saya terpaksa menunggu lama juga akibat penerbangan MAS mempunyai masalah bila pilot yang akan menerbangkan pesawat telah melebihi "jam penerbangannya". Pada hari ni lain pula masalahnya. Apapun saya harapkan pihak pengurusan Air ASIA dapat memperbetulkan masalah itu supaya tidak berulang yang menyebabkan kesusahan pada para penumpang.

No comments:

Post a Comment