Saturday, November 7, 2009

Tahniah Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia


Baru sebentar tadi selesai perlawanan akhir Piala Malaysia dan keputusannya Negeri Sembilan muncul Juara mengatasi Kelantan 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Pemain Negeri Sembilan bijak memanfaatkan peluang sedangkan barisan Kelantan pada malam ini nampaknya serba tidak menjadi. Apakah ianya berpunca dari "harapan yang besar" yang diletakkan berbanding NS yang turun sebagai underdog.

Dalam hati saya sejak hujan petang tadi ragu-ragu apakah Kelantan dapat mengatasi NS memandangkan rekod NS sendiri dan NS juga memiliki pemain yang baik pada semua posisi. Lebih 65,000 penonton Kelantan nampaknya tidak sedikit pun menggusarkan pemain NS, sebaliknya ia meletakkan pemain Kelantan serba tidak kena ekoran "harapan yang diletakkan" penyokong terlalu tinggi itu.

Sebagai renungan sahaja, saya juga teringat akan kisah kekalahan tentera Islam dalam peperangan dengan golongan kuffar disebabkan tentera Islam "tidak bangun solat malam" (tahajud) pada zaman Salahuddin Al-Ayubi dan pada medan perang keesokannya beliau hanya menggunakan pasukan tentera yang solat malam sahaja dan hasilnya tentera Islam menang. Dan apakah penonton yang ramai datang itu sempat "Solat Asar dan Maghrib" tadi....bagi bersangka baik...mungkin mereka solat qasar barangkali. Dan apakah kekalahan ini ada kaitan dengan "SOLAT" itu..itu hanta bisik hati kecil saya sahaja. Ini kerana dalam Lagu Tema Gomo Kelate Gomo...memang ada disebut, "jangan tinggal sembahyang...

Kita tinggalkan sahaja bisikan hati saya itu yang tidak semestinya releven dengan apa yang berlaku tadi. Bagaimanapun saya sebagai anak Kelantan juga kesal dengan sikap para penonton dan penyokong Kelantan yang bertindak ganas. Saya memang sudah jangka ianya akan berlaku jika Kelantan tewas...inilah sikap penonton Kelantan yang masih belum dapat dikikis. Kalau dibarat mereka disebut sebagai "hooligan" ini akan merusuh jika pasukan mereka tewas dan sepanjang jalan mereka pulang , mereka merosakkan semua benda. Diharapkan pihak KAFA dan juga Kelab Penyokong Kelantan dapat mengubah sikap yang tidak baik ini pada masa akan datang.

Apapun Tahniah kepada Negeri Sembilan atas kemenangan itu, dan bagi Kelantan cuba lagi pada tahun hadapan .

No comments:

Post a Comment