Friday, November 6, 2009

Masalah MCA Semakin Jauh Dari Penyelesaian


Masalah politik yang dihadapi oleh MCA salah sebuah parti komponen penting BN kini semakin berlarutan. EGM dahulu rupanya tidak dapat menyelesaikan masalah yang semakin menjadi rumit. Malah kini ada kawan -kawan bloggers secara nakal menyatakan " 1 MCA : 2 Timbalan Presiden"....meniru gaya 1 Malaysia gamaknya. Apa tidaknya, tidak sampai sebulan Datuk Liow Tiong lai dilantik menjadi Timbalan Presiden dari jawatan asalnaya Naib Presiden, tiba-tiba kini Datuk Chua Sopi Lek pula kembali mendapat jawatan lamanya sebagai Timbalan Presiden.

Semakin merumitkan. Ia menjadi semacam Cerita Hindustan pulak. Dalam Cerita wayang hindustan watak yang telah mati boleh hidup kembali. Nampaknya kumpulan muda dalam MCA seakan mahu naik cepat dalam politik dan memberikan tekanan pada Presidennya Datuk Ong Tee Keat agar meletak jawatan ekoran EGM. Tetapi nampaknya Presiden dan Timbalannya ( Ong dan Soi Lek) yang dikatakan tidak "ngam" itu telah berpakat kembali dengan "pelan damai" bagi menyekat kumpulan muda dalam MCA mengambilalih teraju kepimpinan. Presiden bersetuju menerima Soi Lek kembali sebagai Timbalan Presiden dengan pengesahan ROS yang Soi Lek masih sebagai Timbalan Presiden.

Sedangkan dalam Mesyuarat Majlis Presiden sebelum ini telah melantik Tiong lai sebagai Timbalan Presiden. Fenomena 2 Timbalan Presiden ini semakin buntu apabila kumpulan Ting Lai meminta diadakan EGM kedua bagi mengatasi kemelut, sedangkan kumpulan Ong dan Soi Lek tidak mahu mengadakan EGM kedua. Ong Tee Keat pula telah memecat 4 orang ahli Jawatankuasa Pusat MCA yang dikatakan penyokong kuat Tiong lai dan kelmarin 5 orang ahli Jawatankuasa Pusat pula meletak jawatan. Mereka tidak mahu Soi Lek yang dicemari skandal masih kekal dalam MCA sebagai Timbalan Presiden.

Datul Liow Ting Lai juga menyatakan kesediaannya untuk membawa perkara ini (2 Timbalan) ke Mahkamah dan beliau tidak akan berundur dari jawatan Timbalan Presiden yang telah diberikan kepadanya itu. Drama MCA akan berterusan dan kita tunggulah apa keputusannya, apakah MCA akan juga terbelah dua, dan adakah akan ada parti baru sebagaimana yang dialami oleh MIC dengan kehadiran Parti Makkal Sakti. Hanya masa yang akan menentukannya.

No comments:

Post a Comment