Friday, November 20, 2009

MCA semakin parah ekoran berbalah


Puak-puak yang bertelagah dalam MCA semakin parah nampaknya. Masing-masing kumpulan mempunyai pengikutnya sendiri dan semakin menampakkan golongan muda dalam MCA yang diwakili Ketua Pemuda dan Wanitanya kuat menyokong Datuk Liow Tiong Lai, Timbalan Presiden MCA yang baru dilantik dalam sebulan ini. Berikutan itu Presiden MCA Datuk Ong Tee Keat telah memecat dua Ketua Pemuda tersebut yang mengundang lebih parah keadaan. Semalam 10 orang lagi penyokong Datuk Liow telah digugurkan oleh Presiden dari menduduki Jawatankuasa Pusat MCA.

Hal ini menyebabkan golongan muda dalam MCA semakin menentang golongan Presiden dan Timbalan Presiden yang disahklan semula oleh ROS iaitu Datuk Chua Soi Lek. Pertelagahan mereka ini telah menyebabkan golongan penentang akan mengadakan EGM mereka pada 28 November ini walaupun ditentang kumpulan Presiden yang menaja pelan damai dengan Soi Lek. Walau apapun kenyataan dari Presiden kumpulan penentang ini tetap dengan EGM kedua yang akan diadakan itu. Ini menyebabkan timbul kerisauan di pihak Presiden parti jika sebilangan besar ahli MCA hadir dalam EGM itu yang akan menggambarkan mereka kehilangan sokongan akar umbi.

Sebelum ini juga TS Muhyidin dan juga DS Hishamudin selalu Timbalan Presiden UMNO dan Naib Presiden UMNO ada menyarankan supaya mereka berdamai demi BN dan mencadangkan campurtangan dari pucuk pimpinan BN khususnya Perdana Menteri. Berikutan keributan yang menjadi semakin kalut DS Najib akhirnya telah menemui kedua-dua kumpulan tersebut dan mencadangkan pelan perdamaian.

Pokoknya apakah pelan perdamaian yang dicadangkan DS Najib itu boleh memuaskan hati kedua-dua pihak yang bertelagah itu. Mengikut Perdana Menteri beliau telah ,mengadakan pertemuan dan menasihati kedua-dua pihak dan tunggulah sehari dua lagi untuk melihat keberkesanannya. Pada hari ini juga kumpulan Ong Tee Keat menerima satu tamparan hebat bilamana Setiausahanya telah meletak jawatan. Ini menimbulkan spekulasi yang akan memberikan gambaran orang kuatnya sendiri telah mengundurkan diri dari kumpulan Ong Tee Keat.

Sekiranya golongan Liow Tiong Lai dan Wee Ka Siong ini tetap juga dengan keputusan mengadakan EGM dan dalam EGM itu ramai perwakilan yang hadir, apa akan jadi pada kumpulan satu lagi. Bersediakan mereka untuk akur dengan kehendak akar umbi MCA atau mereka tetap berpaut pada jawatan yang ada tanpa memperdulikan kehendak akar umbi. Tunggu dan lihatlah perkembangan dalam seminggu dua ini, atau mungkinkah akan wujud satu parti lain sepertimana wujudnya Parti Makkal Sakti bagi kaum India. Dan perkembangan MCA selanjutnya akan menjadi semakin menarik. Semuanya gara-gara Chua Soi Lek dan juga Ong Tee Keat yang gagal menguruskan permasalahana dalaman partinya dengan baik.

No comments:

Post a Comment