Selepas cuti berhari raya bersama ayah ibu tercinta serta saudara mara di kampung, maka tibalah harin ya untuk kembali ke ibu kota bagi meneruskan tugas masing-masing. Bagi saya yang bertugas di KB juga terpaksa ke KL bagi menghantar isteri dan anak-anak yang bertugas serta bersekolah di sana.
Memandangkan perjalanan pulang tempoh hari agak perit dengan kesesakan jalan raya, maka kami merancang untuk kembali ke ibu kota lebih awal sedikit dan memilih hari khamis 24 September, iaitu hari raya ke 5. Cukuplah 5 hari beraya di kampung laman dan beraya pula dengan sahabat handai dan kenalan di KL. Alhamdulillah perjalanan pulang seperti kami jangkakan agak melegakan dan kami juga turun awal jam 9 pagi dari Kota Bharu dan sampai di Kuala Lumpur jam 3.30 petang iaitu kira-kira 6 jam setengah sahaja dan berhenti sekali mengisi minyak di Gua Musang.
Perjalanan balik ke ibu kota berjalan lancar dan tidak mengalami masalah. Mungkin kalau pulang sabtu atau ahad ini agak sesak bukan sahaja dari Kota Bharu ke Gua Musang malah sepanjang perjalanan, kalau mengikut masa yang lepas. Cuma kami bertemu dua kejadian kemalangan kecil sepanjang perjalanan gara-gara pemanduan yang tidak berhemah pengguna jalan raya sendiri.
Cuma bila sampai di kawasan kami Selayang BBS, tidak banyak kedai makan yang dibuka dan kami sekeluarga mengalas perut di Kedai Ayamas, makan nasi ayam kerana bila sampai rumah penat nak masak. Lagipun rumah kami di belakang kedaikedai tersebut sahaja, jadi terus makan dan bila balik rumah bolehlah mandi dan solat zuhur walaupun agak lewat sedikit iaitu jam 3.30 petang.
Blog Archive
-
▼
2009
(129)
-
▼
September
(28)
- Bila Tok Guru minta Ibrahim Ali undur dari MP
- Tun Dr.Mahathir hentam lagi...Samy intai jalan keluar
- Calon BN bagi PRK Bagan Pinang: Ada Masalahkah!
- Parti bagi kaum India bertambah satu lagi...
- Datuk Lee Chong Wei, apa dah jadi?
- "Terapi Peluk": Percayakah anda?
- Kemalangan jalan raya di musim perayaan
- Catatan perjalanan pulang ke Ibu kota selepas raya
- Catatan perjalanan beraya pulang ke kampung
- Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin
- Tun Dr.Mahathir Vs Samy Vellu
- Bila sesekali Tun Daim berkata-kata
- Akhirnya Samy Vellu memohon maaf pada Dr.Mahathir
- Pengumuman cuti Jumaat melegakan perantau pulang raya
- Dr. Mahathir terima terjahan pemimpin MIC
- PRK Bagan Pinang, siapa calon UMNO
- Jangkaan Kesesakan Jalan Raya Menjelang Raya
- Kumpulan Samy Menang Besar: Boleh Cakap Besar
- Bila Tun Dr. Mahathir jawab balik bidasan Samy
- Bila Datuk Seri Samy Vellu dan Tun Dr. Mahathir Be...
- DS Najib ke Kelantan, Luluskan Jambatan
- Esok UPSR Semoga Bebas H1N1
- Membaca Al-Quran : Jadikan amalan
- H1N1: Penurunan kesnya sebagai Rahmat Allah sempen...
- PM DS Najib & isteri ke Kelantan hari Nuzul Quran
- Kg. Buah Pala akhirnya hilang menjelang minggu depan
- Bakar Bendera Malaysia...tunjuk perasaan mahasiswa...
- Kunjungan TPM ke Terengganu gagal?
-
▼
September
(28)
Friday, September 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment